Thursday, December 2, 2010

Thank you Lonely planet images

UDE_8677 UDE_8683 UDE_8684 Barang atau hadiah yang dinanti telah pon sampai. Hadiahnya daripada lonely planet images dengan usahasama nokia, sebenar pada mulanya aku ade join contest lonely planet, One planet. 100 million. diorang mencari gambar-gambar untuk wajah-wajah dunia. Apa yang buat aku berminat sangat nak join contest 100 million nie sebenarnya, aku nak cuba nasib untuk menang tiket penerbangan keseluruh pelusut dunia. Harapan untuk menang tu memang agak susah jugak sebab boleh dikatakan 1 dunia join contest nie dan ade kelebihan pada negara-negara masing. Bagi penyertaan paling banyak adalah dari India, apa yang aku dapat tengok dari list. Untuk mencuba nasib aku pon submit dalam 4 keping gambar yang bercirikan Tourism Malaysia, cuba-cuba la mana tau ade nasib boleh menang. 2 bulan selepas contest 100 million, aku dapat email daripada lonely planet yang mengatakan aku tersenarai dalam 50 orang peserta bagi finallist stage dan dalam email tu cakap, antara 50 orang finalist akan memenangi Nokia mini N95 Gold Edition, so diorang mintak detail bersurat, tak boleh pakai email kena pos by letter kepada diorang di Melbourne. Agak happy juga pada mulanya, sebab dapat masuk finalis untuk menang tiket penerbangan keseluruh dunia dengan money pocket 50,000 USD . Masa yang diberikan dalam 1 bulan untuk diorang select gambar-gambar terbaik. Didalam senarai penyertaan mengikut negara, hanya 4 orang daripada Malaysia, so aku wakilkan orang melayu dalam tu, Paling ramai adalah daripada india. Finally keputusan pon dah keluar, siapa yang menang grand prize pon dah kelua di website lonely planet, yang banyak menang adalah peserta daripada india dan aku rasekan ade kelebihan pada diorang yang diorang gunakan kelebihan yang ada pada negara diorang, ye la negara diorang nie penuh dengan warna warni perayaan dan kebudayaan yang selalu disambut, apapun aku ucapkan Tahniah kepada pemenang 100 million. Keputusan pon dah dapat, so redha dengan setiap keputusan yang dibuat oleh juri lonely planet. walaupun tak menang tapi, dapat Handphone Nokia mini N97, sape yang nak bagi free kan. Tahun depan kalau ade lagi contest lonely planet, insyallah aku nak mencuba nasib, kalau boleh aku sedaya upaya nak tonjolkan Malaysia pada diorang

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP