Tuesday, April 26, 2011

Vienna to Hallstatt

Perjalanan kali ini diikuti oleh 2 orang rakan Bagpacker dari Itali yang kami kenal semasa kami menginap di Wombet Hostel di Vienna. Marco masih menuntut di University of Valencia manakala angelo masih menuntut di Universiti di Bologna Itali, diorang menghabiskan masa cuti semester di Europe. Kebetulan mereka nak ke Hallstatt, kami dengan penuh kepercayaan menumpangkan diorang untuk ke Hallstatt. Kami meninggalkan Hallstatt pada pukul 10 pagi Waktu Austria. Jalanraya di Vienna agak mencabar dan memerlukan pemanduan yang teliti, kerana jalanraya selalunya akan berkongsi dengan laluan Tram Bandar, salah langkah pasti akan terjadi kemalangan. Dengan pemanduan disebelah kiri, lagi memberikan cabaran pada aku untuk memandu dan masalah aku, sewaktu parking dijalan yang sempit. Kalau selalunya di Negara sendiri, kelajuan 100km menjadi kebiasaan tapi bila berada di Vienna, aku kembali seperti budak yang baru belajar memandu, terpaksa memandu secara pelahan, tapi alhamdulillah, pemandu-pemandu Austria faham yang kami bukan orang Austria, mereka boleh membezakan kami melalui warna kulit, tidak seperti di Malaysia, kalau Kereta dihadapan bergerak pelahan pasti ada kereta dibelakang membunyikan Hon dan kadangkalanya aku mendapatkan isyarat jari tengah. Di Austria membunyikan hon adalah satu sifat yang kurang disenangi oleh pengguna jalanraya dan hon digunakan pada keadaan yang tertentu sahaja. Bagi yang ingin memandu di Austria, aku sarankan korang baca dulu syarat atau panduan bagi pemanduan di Austria. UDE_4789 UDE_4644 UDE_4965 UDE_4778 UDE_4610 Bagi kami yang memandu di tengah Bandar Austria, kami mempunyai masalah dengan Navigation GPS yang sering kali terjadi masalah untuk Navigate Location, mungkin kerana kabel-kabel Tram yang mendatangkan masalah pada GPS kami, pesanan kami kalau anda ingin memandu di tengah Bandar Vienna, sediakan GPS lebih dan sediakan Maps untuk pandu arah. Parking di Vienna keseluruhannya adalah berbayar, tak ada parking free, so jangan parking sebarangan. Mengikut apa yang aku tau, jika setiap orang yang melakukan Kesalahan memandu di Austria, saman perlu dibayar serta merta dan tak lupa sticker tol perlu di beli jika korang memasuki Austria. Jalanraya di Austria adalah baik berbanding dengan Negara Czech, jalan yang teruk dan berlubang. Jalan penghubung antara Bandar di Austria adalah Lebuhraya. Sepanjang memandu di Austria, aku dapat belajar cara orang-orang Austria memandu dan disepanjang pemanduan, lampu perlu dihidupkan. Perjalanan untuk sampai ke Hallstatt mengambil masa 3 jam masa perjalanan dan jarak antara Vienna ke Hallstatt adalah 350KM, mengikut kiraan GPS TOMTOM kami. Selepas keluar Daripada Bandar Vienna, baru aku teras lega dengan azab dan rase gementar waktu memandu di Vienna, kerana waktu kami keluar daripada Vienna adalah waktu cuti, dengan bantuan GPS, GPS membawa kami jalan terdekat untuk keluar daripada Bandar Vienna. UDE_4964 UDE_4948 UDE_4924 UDE_4888 UDE_4788 UDE_4668 Keadaan jalan adalah baik dan kami selamat daripada menempuh kesesakkan jalan yang amat teruk. Lebuhraya di Austria dibanjiri dengan Lori-lori Pengangkut Barang yang sizenya amat besar jika nak dibandingkan dengan lori-lori yang terdapat di Malaysia. Pemanduan lebih menyeronokkan dengan perkongsian antara dua Negara, Malaysia dan Itali, kami menceritakan apa yang terbaik yang ada di Malaysia dan apa yang patut orang diluar dari Malaysia perlu datang ke Malaysia, Pada mulanya Marco & Angelo agak kurang berminat untuk datang ke Malaysia, katanya Faktor Keselamatan agak ketat, yela sebab diorang cakap ketat, sebab, diorang nie mamat isap ganja. Bagi diorang, menyimpan ganja di Negara diorang adalah bukan 1 kesalahan berbanding dengan Negara kita, Malaysia, Walaupun Marco & Angelo mengisap, diorang tidak mendatangkan Masalah kepada kami sepanjang perjalanan, malahan diorang menghormati kami dan kami sebelum ini pernah di pelawa dengan Beer dan kami menerangkan kami mereka, yang Agama kami (Islam) mengharamkan kami untuk minum minum arak dan diorang faham dan menghormati kami sebagai seorang Muslim. Marco & angelo jugak mempelawa kami untuk datang ke Bologna, Itali, Katanya datang dan tinggal dirumah kami. UDE_4942 UDE_4805 UDE_4743 UDE_4672 UDE_4686 UDE_4624 UDE_4620 UDE_4618 UDE_4600 Pada mula perkenalan kami dengan Marco & Angelo, kami agak berjaga-jaga, terutama sekali angelo, suarany yang agak keras, seperti suara mafia Itali di Movie, dengan rambut dandanan Dreadlocks, agak risau juga bila tengok secara luaran. Dengan layanan baik semuanya telah mengubah tanggapan kami, bahawa kami atau misi kami adalah sama, menjelajah melihat dunia. Apa yang diceritakan sebelum nie oleh Angelo & Marco, diorang nak bermalam di Hallstatt, dengan Bajet yang diorang ada, adalah untuk membeli makanan sahaja dan diorang tidak memerlukan tempat tidor. Kami Tanya pada marco & Angelo, dimana diorang nak bermalam di Hallstatt, kata diorang, diorang akan tidor didalam sleeping bag. Marco dan angelo hanya membawa 1 beg sahaja dan selebihnya mereka tinggalkan di Wombet Hostel, kerana diorang akan berpatah balik ke Vienna. Kami memberitahu diorang yang kami berdua akan turut serta bermalam dengan diorang, untuk menghayati keindahan Hallstatt, Mulanya agak risau, kerana, cuaca di hallstatt mengikut bacaan kami adalah sejuk, Hallstatt di kelilingi gunung-gunung bersalji. UDE_4527 Pada Waktu Tengahari Kami selamat Sampai di Hallstatt. Kami terpegun dengan kecantikkan Hallstatt yang membuatkan hati dan perasaan terasa sejuk melihat ciptaan Allah. Kami berhenti ditepi jalan untuk mengambil jalan, jarak kami sudah pon dekat untuk menghampiri perkampungan di Hallstatt dan terlebih dahulu aku ceritakan Hallstatt. Faktor yang membuatkan kami untuk datang ke Hallstatt adalah ingin melihat satu Kampung yang disenaraikan didalam UNESCO, satu perkampungkan yang teletak dilereng bukit dan gunung. Perkampungan Hallstatt juga dikelilingi oleh Tasik. Hallstatt Juga terkenal dengan Kawasan perusahaan Garam terbesar di Austria dan membuatkan kami rasa pelik, Tasik yang mengelilingi Hallstatt adalah berair Masin dan terdapat ikan-ikan yang pelik, jangan tak percaya, dalam tasik tu ada ikan Jerung dan tasik tu menjadi tumpuan Diver-diver di Austria. UDE_4595 UDE_4557 Suasana Petang di Hallstatt sangat damai dengan Udara yang segar, kami gunakan masa yang ada dengan mengelilingi kawasan Hallstatt. Hallstatt jugak menjadi tumpuan para pengemar sukan luncur Salji pada musim sejuk dan apa yang kami lihat, keadaan atau suasana Hallstatt pada musim Salji adalah cantik, bagi yang nak datang ke Hallstatt pada musim sejuk, harap-harap kena tahan sikit dengan cuaca sejuk di Hallstatt, waktu kami datang adalah Spring, masih lagi terasa sejuk. Perkampungan Hallstatt adalah cantik, dengan rumah-rumah lama serta terdapat rumah sampan. Sampan menjadi pengangkutan pada penduduk di Hallstatt bagi menyebarangi Tasik Hallstatt ke kampung-kampung yang berdekatan. Kami luangkan masa dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan perkampungan di Hallstatt, keadaan rumah-rumah amat sunyi, bagaikan tidak ada penghuni. Pemilik-pemilik rumah yang terdapat di Hallstatt kebanyakkannya tinggal di Vienna & Salzburg, mereka akan datang pada musim cuti dan ada sesetengahnya berpenghuni, termasuklah Hotel dan Hostel. Sepanjang kami berada di Hallstatt, juadah makan tengahari kami adalah roti yang berlaukkan cheese dan mayonis, berbeza juadah kami dengan Marco & Angelo, roti berlaukkan Bacon Pork, pada mulanya kami dipelawa hehe. Kos Makanan kami sepanjang di Budapest & Vienna adalah jimat, jimatnya kerana, kena makan roti sahaja, kadangnya berinti kacang dan kadangnya kosong. Mineral Water kebanyakkan bergas dan agak kurang enak kami meminumnya dan terpaksa goncang dulu sebelum minum. UDE_4651 UDE_4800 Hasrat kami untuk bermalam diluar terpaksa kami batalkan, kerana cuaca disekitarnya adalah sangat sejuk, itu petang, belum malam, melihat salji mula turun di atas puncak bukit, maka kawasan bawahnya akan turut menjadi sejuk. Dengan Bantuan Buku Lonely planet, kami terpaksa mencari hostel yang berdekatan dengan Perkampungan Hallstatt. Hostel adanya penuh, kerana pada hari tersebut adalah hari cuti, dan ada hostel masih kosong untuk menerima penginap. Kadar bayaran untuk seorang adalah 12-18 Euro, tanpa kemudahan yang lengkap. Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Salzburg, memandangkan dan dapat bayangkan aktiviti malam di Hallstatt pasti sunyi sepi. Dengan persetujuan kami mengambil keputusan untuk beredar ke Hallstatt pada waktu senja. Kami beredar dengan mengikuti jalan gelap, jalan kampung, jalan pintas, semuanya bergantung pada GPS kami, agak menakutkan sepanjang jalan tersebut, terpaksa melalui jalan yang berbukit yang bercuram, nak membaca tulisan di signboard kurang faham kami, ikut sahaja GPS bawa kami. Apapun sampai sini sahaja cerita kami di Hallstatt dan nantikan sambungan perjalanan kami ke Salzburg. UDE_4879 Apa yang ingin aku cakapkan disini, Hallstatt adalah tempat yang paling cantik dan mendamaikan, jika anda sampai ke Austria, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Hallstatt

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP