Thursday, March 14, 2013

langtang valley Part 1

IMG_2549
photo by amadradzi

IMG_9650

Sudah sampai masanya untuk aku share dengan korang cerita-cerita atau pengalaman di Nepal Selama 2 minggu di Sana. Untuk pengetahuan korang semua, ini adalah kali kedua aku datang ke Nepal atas tujuan trekking di Langtang valley. Tahun lepas 2012, aku berada di Nepal pada 1 Feb - 15 Feb dan pada Tahun nie buat kali kedua pada 1 jan - 15 jan 2013.

IMG_9598

Kenapa Nepal ?. Bagi aku, nepal adalah negara fav aku, sebab apa yang aku suka, sebab aku suka sangat nak explore route-route yang ada di Nepal, Kalau korang nak tau, nepal nie banyak aktiviti yang boleh dibuat, terutama sekali aktiviti sukan lasak.

IMG_9629

Time bila yang sesuai untuk pergi ke Nepal ?. Masa yang paling sesuai adalah pada bulan Oktober - November, sebab waktu tu, waktu paling semua untuk aktiviti mountain, waktu tu blue sky dan cuaca tidak la sesejuk sangat. Pada Time tu memang sesuai, tapi bagi aku, aku tak suka time tu, sebab time tu ramai pelancong datang ke nepal dan harga barang-barang akan naik 2 kali ganda dan penginapan terpaksa di tempah dengan lebih awal

Pada korang elakkan melawat Nepal pada Waktu musim Monson, sebab waktu tu, banyak aktiviti pergunungan di behentikan buat sementara waktu, waktu monson banyak berlaku tanah runtuh, kalau korang pergi pada musim-musim yang sesuai, korang boleh tengok runtuhan yang amat menakutkan, paling takut pada waktu monson di Langtang, sebab banyak jalan perhubungan terputus, hati-hati ye kawan-kawan kalau datang pada waktu monson.

April adalah masa yang sesuai, sebab waktu tu, kalau dikawasan pergunungan di Nepal, kita boleh tengok kawasan gunung dipenuhi dengan bunga-bunga, ikut orang local cakap memang cantik kalau april

Jan-Feb, kalau korang yang tak tahan sejuk jangan datang waktu nie, sebab awal jan memag sejuk kalau di Kawasan pergunungan memang lagi sejuk la kot, sejuk dia, sejuk tanpa angin dan kering, kalau datang waktu tu, sila bawa penutup mulut, sebab dimana-mana sahaja korang berada di Nepal, debu memang tidak boleh korang elakkan.


Dari Segi Pengangkutan pulak, Adalah satu berita baik bagi kita rakyat Malaysia, sebab apa, airasia dah buka route ke Kathmandu, bagi tahun lepas, aku ke Nepal dengan menggunakan Thai airways, so tiket pon memang mahal, disebabkan impian aku dah lama nak ke nepal, aku pejamkan mata dan terus beli tiket tu.


IMG_2613
photo by amadradzi

Tiket Airasia, korang boleh tempah dengan harga rm1+++ return dan perjalanan daripada LCCT ke kat Kathmandu mengambil masa 4 jam. Dalam penerbangan 4 jam tu, korang pastikan jangan tertido, sebab kalau korang tido, maknanya korang tak dapat la tengok pemandangan banjaran himalaya melalui tingkap, nampak gunung everest tu!!!

IMG_2728

Dari segi penginapan di Kathmandu, aku boleh cadangkan korang tinggal di Guesthouse yang ada cafe rooftoop, sebab waktu pagi korang boleh tengok pemandangan cantik. Bandar Kathmandu dikelilingi dengan Gunung, mengikut mitos orang lama, sejarah bandar kathmandu berasal daripada tasik yang berada dikawasan puncak gunung dan pada satu hari, gunung tu pecah dan membentuk satu lembah dan sekarang nie dah diduduki oleh orang-orang nepal, mitos cakap, aku tak cakap pon.

Kalau Nak ke Nepal, Visa memang dikenakan, Kat mana nak apply visa ?, Kalau nak apply Visa nepal, korang boleh ke Wisma MCA jalan ampang sebelah jek dengan the Zone, terus ke tingkat 3A dan masa penyerahan pemohonan visa adalah daripada pukul 9- 12 tengahari, lepas pada tu, diorang tak layan dan kena tunggu 3 hari bagi proses pemohonan visa, visa untuk 15 hari adalah RM90. Masa bagi collection visa adalah pada pukul 2 sampai pukul 4 ptg, ingat tau. Waktu korang berada di Kedutaan nepal, jangan rasa terkejut sebab penuh dengan orang, kalau orang penuh depan kaunter, jangan korang pergi beratur, kalau beratur aku rasa sampai office tutup belum tentu lagi korang dapat berurusan, sistem dia memang terus, x de sistem nombor giliran, ape korang perlu, redah terus dan orang-orang nie akan bagi laluan, kadang berurusan hanya seorang tapi berkerumun dekat 20  orang dan buatkan kita keliru.

IMG_2675

IMG_2686

IMG_2690

Bagi yang tak sempat nak apply Visa yang tinggal luar dari KL, korang boleh apply On arrival Visa di Airport Nepal, waktu dalam flight airasia, pramugari cun akan edarkan form visa, tapi proses lambat skit, orang nepal nie tak de displin terus terang aku cakap, segala urusan akan jadi lembab.

Dokumen yang perlu di bawa ?

1. Passport Antarabangsa berserta salinan photostat
2. 2 Keping Gambar Passport
3. Duit RM90


IMG_5141

IMG_4943

IMG_1940

IMG_1895

Untuk cerita selanjutnya, nantikan sambungan dia :)

2 comments:

Ren March 14, 2013 at 4:18 AM  

Pengalaman yang sangat menarik! Teruskan berkongsi cerita ye.

mawarliar December 21, 2014 at 5:16 PM  

teruja!! aku nak pegi jugak Nepal ni..one fine day In shaa Allah

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP