Cuti-cuti balik kampung
Suasana waktu pagi-pagi adalah sangat menyeronokkan bagi aku. Selepas berada di kuala lumpur, masa untuk aku pulang ke kampung untuk istirehat bersama keluarga dan tolong family aku dikampung. Waktu pagi teramat la segar, tapi bila sampai waktu tengahari, bahang panas mula akan datang. Hampir 2 bulan aku tak balik kampung, kali nie ade masa terluang utk aku balik bercuti disamping tu tolong family kat kampung. Untuk pengetahuan semua, saya berasal daripada sebuah kampung yang terletak di daerah pendang kedah darul aman dan mukim ayer puteh, nama kampung saya adalah kampung sungai durian. Saya dilahirkan dan dibesarkan disini dan saya patut bangga dengan kampung saya sendiri, kemana jua saya berada dan dimana sahaja saya pernah sampai sebelum ini, kampung saya adalah tetap didalam hati, mungkin timbul perasaan mcm nie sebab, saya dibesarkan, persekolahan dan pergaulan saya disini dan terlalu banyak kenangan masa kecik saya disini. Cuaca pagi dan petang dikampung waktu sekarang adalah sangat baik, cuma waktu tengahari cuaca panas. Waktu pagi adalah waktu yang paling cantik untuk aku ambik gambar, cuma kena bangun awal2 pagi sikit, tido kat kampung memang best kalau pagi. Terasa sangat seronok bila dapat balik kampung, nak-nak pulak dapat berita best dari agensi stock images yang berpengkalan di australia memerlukan khidmat aku buat kali ke 3 untuk stock images yg berkait dengan pertanian hijau. Bukan duit yang aku nakkan cuma aku rasa sangat bangga sbb diberikan peluang utk bekerja dengan diorang. Setakat ini, saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang contributor disebuah syarikat stock images yang berkaitan dengan pelancongan yang dikenali didunia dan saya masih menunggu untuk pemilihan buat kali kedua, kalau ada rezeki, alhamdulillah, kalau tak dapat, mungkin saya akan berusaha lagi. Kebetulan saya balik, waktu menyemai padi dah bermula kat kampung, so dapat la submit untuk diorang. Serious la saya sendiri dh lama tak tengok aktiviti macam tu, tradisi menanam padi menggunakan kuku kambing masih diteruskan lagi sehingga sekarang tapi tradisi memukul padi sukar lagi untuk dilihat di negeri kedah. Bagi dinegeri kelantan, rasenya kita boleh masih berpeluang untuk melihatnya di pasir puteh. Sebelum tradisi tu lenyap, baik la kita abadikan supaya dijadikan kenangan. Nakkan gambar cantik kat kampung nie, kena rajin berjalan skit, so saya ambik peluang pusing kampung dengan basikal. Makanan kat kampung pulak best, pagi sarapan yang saya teringin nak makan adalah pulut, parut kelapa, sambal dan ikan gelama atau tambam goreng, finally dpt jugak merasa. Menu petang pulak, gulai masakan mak, gulai ikan. Cara masakan mcm gulai ikan kedah nie, susah nak cari kat kl. Ok la takat nie, mungkin saya akan sambung lagi cerita nie, sebab saya ada beberapa hari lagi disini.