Monday, February 4, 2013

Lantang Valley Part 1





IMG_9647

Di Nepal banyak kedai-kedai best yang aku dah pergi, kedai yang paling aku suke adalah kedai-kedai hand craft, so memang aku kena beli sesuatu yang aku boleh bawak balik ke Malaysia



IMG_1865

Korang tau apa alat yang dipegang oleh orang Nepal nie, Pada mulanya aku ingat jenis alat muzik, aku dengar dari jauh bunyi macam alat Muzik. Sebenarnya ini bukan alamat muzik. Kalau korang berjalan di Local Market di Kathmandu, kalau bernasib baik dan korang pandai explore kawasan-kawasan dalaman di Local market, korang akan jumpa semua benda nie


IMG_1855

Alat nie sebenarnya, alat bagi proses membuat tilam. Proses Buat tilam toto, so kat sini, biler pelanggan datang nak order, diorang terus buat dan mengambil masa yang agak sekejap, aku nak cakap pon tak boleh macam mana caranya, aku cuba dari dalam youtube pon tak jumpe-jumpe


























Korang dapat tengokkan toto yang dah siap, macam tu la rupanya, aku rasa diorang nie macam pakai kapas, tapi bukan kekabu, kat Nepal susah nak cari pokok kekabu.

Di Local Market memang aku berpeluang tengok macam-macam benda yang aku rase kat Malaysia kita sendiri pon x de. Kemajuan di Nepal nie, makin meningkat, kalau nak dibezakan dengan Negara kita sendiri, bagi aku kita dah jauh meninggalkan diorang, ade sebab kenapa diorang lambat nak membangun, kalau nak tau cerita pasal Negara Nepal, korang boleh rujuk di Kedai Buku
























Kat Local Market kita boleh tengok rumah-rumah lama orang-orang nepal, seriously aku mmg suka rumah yang berukiran dipintu dan dinding, kata orang tempatan, banyak rumah kat sini berdiri dalam berpuluh-puluh tahun masih gagah





























Kalau daripada Thamel, aku hanya berjalan kaki sahaja dan jarak dari Thamel road nak ke sini hanya ambik masa dalam 15 minit. Kalau nak jimat duit kena banyak jalan kaki di Bandar Nepal. Kat local Market kita boleh beli kain yang murah.

Sebenarnya ada sesuatu yang special di Nepal nie dan banyak aktivit yang boleh dilakukan tidak kira tua dan muda, jom sampai sini sahaja, esok aku sambung cerita balik

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP