Sunday, March 24, 2013

Langtang valley part 2

IMG_1845

IMG_1825

Thamel road adalah tempat tumpuan pelancong dan di thamel terdapat banyak kedai-kedai yg menjual pakaian, aksesori, barang handcraft dan terdapat berpuluh-puluh kedai yang menjual alat kelengkapan untuk mendaki. Bagi yang berminat untuk mendaki ataupun trekking korang boleh shopping segala peralatan di thamel dan aku nasihatkan korang survey harga terlebih dahulu, jangan risau, korang boleh dapatkan peralatan dan pakaian yang berkualiti dan aku nasihatkan korang bertanya terlebih dahulu

Nepal made ?
China made ?
Original made?

IMG_4766

Nepal made bagi aku adalah berkualiti dan murah

China made selalunya tidak tahan lama dan mudah terkoyak, so sila berhati-hati waktu membeli, jangan risau orang nepal adalah jujur ketika menjalankan perniagaan.


Bagi peralatan original made kalau korang ada bajet yang bagus dan nak merasai barang yang berkualiti, korang boleh shopping di butik-butik besar di thamel, contohnya north face, mammut, black yak (korea brand), prana, la sportiva, sherpa dan banyak lagi, kalau korang pakai yang original, korang boleh jual balik peralatan tu kat kedai barang terpakai.

Jika korang memerlukan guide untuk trekking, terdapat banyak trekking agensi yang ada di thamel road, ia bergantung pada masa korang.
IMG_4928


Bagi yang berminat nak lakukan aktiviti lasak selain trekking, nepal la tempat yang paling sesuai, sebab apa, banyak aktiviti lasak kat nepal, white water rafting yang gler mencabar, bungy jump, rock climbing, sky diving, bycle mount, down hill, paragliding dan banyak lagi la, tepuk poket jek.

Mata wang yang digunakan adalah nepal rupee & dolar, bagi yang nak bayar pakej atau hotel, tapi aku saran korang tukar dolar kepada nepal rupee, tapi di malaysia korang tak boleh beli rupee. Kalau korang gunakan dolar, diorang akan pulangkan dalam rupee, banyak la. Di nepal, diorang terima india rupee, jangan terkejut kalau diorang pulangkan balance dalam india rupee. Bagi duit malaysia ?, duit malaysia korang boleh bawa, sebab matawang malaysia stabil dan ramai orang tau pasal nepal.

Bank dan ATM banyak di kawasan thamel road, antara bank paling femes adalah nabil bank, so sapa yang tak cukup dia boleh keluar jek kat ATM.

Bagi yang nak keluar cash kat ATM, make sure korang aktifkan PLUS, bukan PLUS lebuhraya. Macam mana nak aktifkan, pegi jek mesin ATM dan cari menu aktifkan PLUS, caj bagi pengeluaran wang adalah 400 rupee.

Waktu urus niaga perniagaan di kathmandu adalah pukul 8 pagi sehingga 9 malam dan selebihnya adalah restoran dan pub sampai lewat pagi.

Crime ?, jangan risau sebab kat mana-mana pon ade risiko kalau nak kena rompak, tapi bersiap sedia apa yang perlu. Bagi kita orang melayu, aku rasa tak menjadi masalah besar, sebab kadang orang nepal pon ingat kita sama macam diorang, tapi sekarang dia dh dapat tau, macam mana dia dapat tau?, cara pemakaian kita, so elakkan pakai pakaian yang tidak menonjol, stylo melo kat nepal dan lagi satu, jangan risau orang nepal friendly, cuma pertama kali dia agak susah nak agak kita orang malaysia, dia mesti ingat kita nepal jugak.

Kalau yang suke lepak cafe dan pub, banyak cafe yang best yang boleh kita lepak minum kopi dan layan live band, seriously mmg murah dan jangan lupa singgah news orlen cafe

Akses internet boleh didapati dimana-mana. Kalau duduk guesthouse pasti ade wifi. Bekalan elektrik selalu terputus kalau di kathmandu, selalunya bekalan jadual, diorang siap dah ade kalender utk letrik, boleh tengok hari dan pukul berapa letrik akan on, walaupun letrik x de, korang oleh akses wifi.

Ok la kawan-kawan pembaca, sampai sini sahaja cerita saya dan nantikan sambungan cerita aku nie ok :)


Monday, March 18, 2013

Beaufort / Tenom

Untitled


Esok aku akan balik ke sabah, balik ke kampung isteri dan melawat baby yang ikut maknya berpantang kat sabah. Sebelum balik ke Sabah, memang aku dah plan untuk buat satu travelogue pasal keretapi apa daripada Beaufort ke Tenom, so aku nak rasa macam mana pengalaman naik train ke tenom, dan lepas tu aku aku cover pasal kopi tenom dan insyallah akan ade video sikit :)


Menjana Pendapatan ketika Travel ?, macam mana tu ?

DSC_0077 Hello semua !!, hari nie aku nak share sikit tentang apa yang aku buat sewaktu aku travel. Dalam masa aku travel, aku juga menjana pendapatan dengan gambar-gambar yang aku ambik, tak kira la dimana aku berada, asal ada peluang ambik gambar untuk dijual, aku akan jual. Kat mana aku jual, banyak tempat yang boleh aku jual, kebanyakkan hasil kerja aku, aku akan jualkan pada http://www.shutterstock.com dan banyak lagi tempat-tempat stock images yang aku jual. Selain daripada dapat belajar perkara-perkara baru sewaktu travel, aku dapat juga jual hasil kerja aku. Selain daripada Stock images, aku ada buat short story bagi stockphoto travel agency.

Pengalaman manis aku pada tahun 2010, hasil kerja aku di publish di Lonely planet, itu paling best sekali

IMG_1818

Senang ke nak join Stock images ?.

 Senang time nak register sahaja, sesapa sahaja boleh register, tapi agak susah untuk lepas ujian, korang kena submit 10 gambar bagi penilaian, sebab ape 10 gambar , sebab diorang nak tengok pemilihan gambar korang yang betul dari segi editing dan komposisi, kalau korang rasa layak, korang boleh la register kat shutterstock terlebih dahulu. kalau korang nak tengok gallery aku, korang boleh ke


Submit Images and Footage to Shutterstock and make money!


Berapa ringgit diorang bayar ?, sebelum korang tanya soalan macam tu, korang kena tanya diri sendiri, boleh jual ke gambar aku nie ?, kalau korang yakin gambar korang ada ciri-ciri yang tersendiri apa salahnya korang try. dan jangan harapkan gambar korang dibeli dengan harga beratus-ratus dolar, sebab dalam stockimages, aku hanya dibayar mengikut royalty dan royalty yang aku dapat tu akan dirasai oleh anak-anak aku nanti, lagi banyak gambar korang submit gambar dan diorang approve gambar korang, lagi banyak royalty yang kita dapat. Nak main stockphoto nie memang kena rajin.

Daripada kita syok sendiri, atau simpan gambar dalam hard disk lama-lama, apa salahnya kalau korang submit gambar-gambar tu kat stock images.


Untuk masuk ke Shutterstock ni korang kena bimbingan seseorang yang lebih berpengalaman. bagi aku cara ini adalah yang terbaik bagi aku menjana pendapatan atau duit poket semasa aku travel, sekarang aku masih lagi ada stock-stock yang perlu di submit. Selain daripada shutterstock, korang boleh try banyak lagi stockimages yang terdapat dalam dunia nie, seperti istockphoto, 123rf.com, dreamstime.com, bigstock dan banyak lagi.

Kualiti gambar macam mana yang boleh dijual dalam stock images ?.

Gambar yang mempunyai ciri-ciri komersial dan gambar yang bercirikan editorial sebagai bahan bacaan dan kualiti gambar juga diperlukan sekurang-kurangnya 6 megapixel dan ia bergantung pada syarat-syarat stockimages, pastikan korang baca syarat-syarat yang ditetapkan


Model Realease perlu ke ?

Jika gambar yang mempunyai gambar orang, model realease form memang diperlukan bagi persetujuan, jika korang tak de Model Realease tu, korang boleh masukkan dalam kategori Editiorial dan Property Realease juga diperlukan, jika melibatkan bangunan-bangunan yang telah di patenkan sebagai hak atau copyright reka bentuk, seperti KLCC, jika bangunan yang berunsur sejarah, rasanya Property realease tidak diperlukan

Screen Shot 2013-03-18 at 9.45.44 PM
Screen Shot 2013-03-18 at 10.27.46 PM

Gambar diatas adalah contoh gambar editorial yang mana terdapat orang ataupun subjek, termasuk la sampan-sampan yang mempunyai nombor-nombor yang tersendiri. Jika Gambar ini dalam bentuk Editorial, Caption adalah diperlukan, sila rujuk gambar diatas, dan gambar ini tidak boleh digunakan sebagai tujuan comercial seperti Iklan, hanya semua bagi bahan bacaan seperti tujuan penerbitan bahan bacaan

Screen Shot 2013-03-18 at 10.26.01 PM

Gambar kat atas ni, gambar baby sendiri, so senang la nak dapatkan model realease, ayah sendiri ambikkan, ayah sendiri yang sign. Gambar ni boleh digunakan dalam tujuan komersial

Screen Shot 2013-03-18 at 10.28.21 PM Gambar kat atas gambar orang, kenapa tak editorial ?. Gambar orang tengah menampi pagi ni, sebab aku tak letakkan editorial sebab gambar nie boleh digunakan untuk untuk tujuan commercial, sebab gambar nie orang-orang dia tak nampak muka, tapi perlu diingatkan, caption kena dengan penerangan, kalau tak letak silhouette, gambar korang kena reject sebab dia kata gambar korang gelap dgn tak de model realease form

dk

ini laporan bulanan aku, bagi Bulan nie, bulan March, Mana boleh share semua, kena laa padam-padam sikit

Jumlah yang aku dapat dalam 1 hari dalam lebih kurang 2- 5 dolar sehari, siapa nak kasi duit tu ?, hari-hari kita keluar duit ada la. Aku ralat jugak sebab aku lambat menceburi dalam stock image nie, aku pernah register shutterstock nie pada 2007, dah banyak kali submit gambar, tapi tak lepas-lepas dan sampai la satu hari ada kawan-kawan yang guidekan untuk masuk dan Alhamdulillah aku melepasi ujian tu, dan boleh dikatakan setiap hari aku akan submit gambar dan setiap minggu aku akan buat satu tugas baru dalam photography, lepas tu submit kat shutterstock. Aku akui kalau main stock photo nie kena rajin, kena fokus betul-betul dan jangan syok sekejap jek. Perkara paling best bila main stockphoto nie, waktu tido duit masuk, waktu makan duit masuk waktu cuti pon duit masuk, tabiat aku hari-hari adalah refresh page untuk tengok earning, walaupun jumlahnya kecik, tapi lama-lama jadi bukit.


Ini adalah cara baru aku bagi menjana pendapatan sewaktu aku travel, selain daripada buat apa yang aku suka, suka travel, suka ambik gambar lepas tu jual pada stock images. apapun kalau korang nak try dan perlukan bimbingan, aku sedia membantu :) selamat mencuba.



Submit Images and Footage to Shutterstock and make money!

Thursday, March 14, 2013

langtang valley Part 1

IMG_2549
photo by amadradzi

IMG_9650

Sudah sampai masanya untuk aku share dengan korang cerita-cerita atau pengalaman di Nepal Selama 2 minggu di Sana. Untuk pengetahuan korang semua, ini adalah kali kedua aku datang ke Nepal atas tujuan trekking di Langtang valley. Tahun lepas 2012, aku berada di Nepal pada 1 Feb - 15 Feb dan pada Tahun nie buat kali kedua pada 1 jan - 15 jan 2013.

IMG_9598

Kenapa Nepal ?. Bagi aku, nepal adalah negara fav aku, sebab apa yang aku suka, sebab aku suka sangat nak explore route-route yang ada di Nepal, Kalau korang nak tau, nepal nie banyak aktiviti yang boleh dibuat, terutama sekali aktiviti sukan lasak.

IMG_9629

Time bila yang sesuai untuk pergi ke Nepal ?. Masa yang paling sesuai adalah pada bulan Oktober - November, sebab waktu tu, waktu paling semua untuk aktiviti mountain, waktu tu blue sky dan cuaca tidak la sesejuk sangat. Pada Time tu memang sesuai, tapi bagi aku, aku tak suka time tu, sebab time tu ramai pelancong datang ke nepal dan harga barang-barang akan naik 2 kali ganda dan penginapan terpaksa di tempah dengan lebih awal

Pada korang elakkan melawat Nepal pada Waktu musim Monson, sebab waktu tu, banyak aktiviti pergunungan di behentikan buat sementara waktu, waktu monson banyak berlaku tanah runtuh, kalau korang pergi pada musim-musim yang sesuai, korang boleh tengok runtuhan yang amat menakutkan, paling takut pada waktu monson di Langtang, sebab banyak jalan perhubungan terputus, hati-hati ye kawan-kawan kalau datang pada waktu monson.

April adalah masa yang sesuai, sebab waktu tu, kalau dikawasan pergunungan di Nepal, kita boleh tengok kawasan gunung dipenuhi dengan bunga-bunga, ikut orang local cakap memang cantik kalau april

Jan-Feb, kalau korang yang tak tahan sejuk jangan datang waktu nie, sebab awal jan memag sejuk kalau di Kawasan pergunungan memang lagi sejuk la kot, sejuk dia, sejuk tanpa angin dan kering, kalau datang waktu tu, sila bawa penutup mulut, sebab dimana-mana sahaja korang berada di Nepal, debu memang tidak boleh korang elakkan.


Dari Segi Pengangkutan pulak, Adalah satu berita baik bagi kita rakyat Malaysia, sebab apa, airasia dah buka route ke Kathmandu, bagi tahun lepas, aku ke Nepal dengan menggunakan Thai airways, so tiket pon memang mahal, disebabkan impian aku dah lama nak ke nepal, aku pejamkan mata dan terus beli tiket tu.


IMG_2613
photo by amadradzi

Tiket Airasia, korang boleh tempah dengan harga rm1+++ return dan perjalanan daripada LCCT ke kat Kathmandu mengambil masa 4 jam. Dalam penerbangan 4 jam tu, korang pastikan jangan tertido, sebab kalau korang tido, maknanya korang tak dapat la tengok pemandangan banjaran himalaya melalui tingkap, nampak gunung everest tu!!!

IMG_2728

Dari segi penginapan di Kathmandu, aku boleh cadangkan korang tinggal di Guesthouse yang ada cafe rooftoop, sebab waktu pagi korang boleh tengok pemandangan cantik. Bandar Kathmandu dikelilingi dengan Gunung, mengikut mitos orang lama, sejarah bandar kathmandu berasal daripada tasik yang berada dikawasan puncak gunung dan pada satu hari, gunung tu pecah dan membentuk satu lembah dan sekarang nie dah diduduki oleh orang-orang nepal, mitos cakap, aku tak cakap pon.

Kalau Nak ke Nepal, Visa memang dikenakan, Kat mana nak apply visa ?, Kalau nak apply Visa nepal, korang boleh ke Wisma MCA jalan ampang sebelah jek dengan the Zone, terus ke tingkat 3A dan masa penyerahan pemohonan visa adalah daripada pukul 9- 12 tengahari, lepas pada tu, diorang tak layan dan kena tunggu 3 hari bagi proses pemohonan visa, visa untuk 15 hari adalah RM90. Masa bagi collection visa adalah pada pukul 2 sampai pukul 4 ptg, ingat tau. Waktu korang berada di Kedutaan nepal, jangan rasa terkejut sebab penuh dengan orang, kalau orang penuh depan kaunter, jangan korang pergi beratur, kalau beratur aku rasa sampai office tutup belum tentu lagi korang dapat berurusan, sistem dia memang terus, x de sistem nombor giliran, ape korang perlu, redah terus dan orang-orang nie akan bagi laluan, kadang berurusan hanya seorang tapi berkerumun dekat 20  orang dan buatkan kita keliru.

IMG_2675

IMG_2686

IMG_2690

Bagi yang tak sempat nak apply Visa yang tinggal luar dari KL, korang boleh apply On arrival Visa di Airport Nepal, waktu dalam flight airasia, pramugari cun akan edarkan form visa, tapi proses lambat skit, orang nepal nie tak de displin terus terang aku cakap, segala urusan akan jadi lembab.

Dokumen yang perlu di bawa ?

1. Passport Antarabangsa berserta salinan photostat
2. 2 Keping Gambar Passport
3. Duit RM90


IMG_5141

IMG_4943

IMG_1940

IMG_1895

Untuk cerita selanjutnya, nantikan sambungan dia :)

Wednesday, March 13, 2013

valerie & victor

IMG_3943


Seminggu sebelum Baby Keluar, rumah aku menjadi tempat persinggahan 2 orang traveller daripada France. Victor dan Valerie nie masih lagi menuntut di Beijing selama 1 tahun, program pertukaran pelajar diantara france dan china so sekarang nie diorang tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum balik ke paris. Valerie ni berketurunan china tapi memang tak boleh cakap china, memang dilahirkan diparis. Aku memang suka tumpangkan traveller daripada dulu lagi, tapi korang jangan salah anggap, kadang bukan diorang nak jimat belanja, kadang-kadang orang yang suka tinggal dengan local nie, niat dia nak belajar something daripada local, mungkin peluang dia nak akses tempat local senang.

IMG_3876

Tempat-tempat yang selalunya aku akan bawak adalah pasar malam dan tempat-tempat makan local, itu kebiasan tempat traveller suka. Mesti korang tanya, mcm mana boleh kasi orang tumpang-tumpang nie, tak takut ke ?, sebenarnya sebelum aku tumpangkan seseorang, ape yang perlu tengok testimonial setiap daripada traveller, kalau niat orang baik, dia tak akan buat hal, so far dah banyak orang datang ke rumah aku nie , belum lagi la yang bermasalah, tapi yang bagi tumpang pon kena ada testimonial daripada orang lain jugak, bila banyak testimonial daripada orang, harapan dan kepercayaan orang pon tinggi.

Satu benda yang best waktu aku kasi penginapan kat diorang nie, aku dapat share ilmu pengetahuan diantara satu sama lain. Buat masa sekarang, aku terpaksa stopkan sekejap sebab kena berikan laluan kepada ibu yang berpantang kat rumah. ok laa kawan-kawan, jumpa lagi untuk next post ok :)


Tuesday, March 12, 2013

Travel vlog Episode 1



Yeah yang ditunggu dah pon tiba. Macam-macam dugaan waktu aku buat editing Travel vlog aku nie, pertama sekali, komputer shutdown, kira dah siap tapi lupa pulak nak save. Video nie ni adalah satu cara yang terbaik bagi aku nak share cerita-cerita dan pengalaman aku semasa berada di Nepal selama 2 minggu, jika koran rasa patut dikongsikan kepada semua orang, aku persilakan korang share video nie sebagai tanda sokongan korang atas usaha-usaha aku nie, layan dulu ok



Thursday, March 7, 2013

Langtang ooo Langtang

Berbalik kepada Cerita langtang, aku sedaya upaya mencari masa untuk share cerita dan pengalaman aku kepada korang semua, tapi buat masa nie kurang sesuai sikit, sebab aku dah mula sibuk nak mendukung baby.

IMG_8608

Meh sini aku nak kenalkan dengan orang baru dalam family aku, ini la baby baru aku, nama dia Wan Hagia Sophia Bt Wan Salahuddin. Wan Salahuddin tu nama penuh aku (udeyismail), Nama dia diambil daripada hagia Sophia di Turkey yang mana mempunyai sejarah dengan kerajaan islam di Turkey, kalau korang nak tau apa dia Hagia sophia, sila tanya cik google, dia akan bagitau kat korang


   
IMG_1257

Setelah semuanya baik, masa pon mencukupi, aku akan share cerita daripada A sampai la ke Z pasal langtang Valley nie dan jangan lupa tengok Vlog aku nanti ok.

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP