valerie & victor
Seminggu sebelum Baby Keluar, rumah aku menjadi tempat persinggahan 2 orang traveller daripada France. Victor dan Valerie nie masih lagi menuntut di Beijing selama 1 tahun, program pertukaran pelajar diantara france dan china so sekarang nie diorang tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum balik ke paris. Valerie ni berketurunan china tapi memang tak boleh cakap china, memang dilahirkan diparis. Aku memang suka tumpangkan traveller daripada dulu lagi, tapi korang jangan salah anggap, kadang bukan diorang nak jimat belanja, kadang-kadang orang yang suka tinggal dengan local nie, niat dia nak belajar something daripada local, mungkin peluang dia nak akses tempat local senang.
Tempat-tempat yang selalunya aku akan bawak adalah pasar malam dan tempat-tempat makan local, itu kebiasan tempat traveller suka. Mesti korang tanya, mcm mana boleh kasi orang tumpang-tumpang nie, tak takut ke ?, sebenarnya sebelum aku tumpangkan seseorang, ape yang perlu tengok testimonial setiap daripada traveller, kalau niat orang baik, dia tak akan buat hal, so far dah banyak orang datang ke rumah aku nie , belum lagi la yang bermasalah, tapi yang bagi tumpang pon kena ada testimonial daripada orang lain jugak, bila banyak testimonial daripada orang, harapan dan kepercayaan orang pon tinggi.
Satu benda yang best waktu aku kasi penginapan kat diorang nie, aku dapat share ilmu pengetahuan diantara satu sama lain. Buat masa sekarang, aku terpaksa stopkan sekejap sebab kena berikan laluan kepada ibu yang berpantang kat rumah. ok laa kawan-kawan, jumpa lagi untuk next post ok :)
0 comments:
Post a Comment