Friday, April 29, 2011

Hallstatt to Salzburg

UDE_5613 Perjalanan kami yang terpaksa menyusuri jalan-jalan gelap dan berbukit untuk menuju ke Salzburg amat berbaloi apabila kami telah menjejakkan kami di Hallstatt, yang mana tempat yang kami ingin sampai sebelum kami sampai di Europe dan Insyallah jika ada rezeki, teringin nak sampai lagi di Hallstatt dalam musim Salji. Kami selamat sampai di Salzburg pada lewat malam, tanpa membuat sebarang tempahan tempat tinggal kami terpaksa mencari hostel berpandukan Buku Lonely planet yang ada pada kami. Untuk bermalam di Salzburg adalah aku dengan Moqh Sahaja, Marco & Angelo terlebih dahulu memberitahu kami yang diorang tidak ade bajet untuk bermalam di Salzburg, kerana plan sebenar, diorang tak akan datang ke Salzburg, ini adalah plan last minit yang dibuat oleh diorang, So untuk malam di Salzburg, Angelo & Marco terpaksa bermalam di tepi-tepi jalan, terasa kesian pon ade kat diorang, tapi memandangkan kami pon tak kenal lama sangat diorang, so kami tak dapat nak menolong diorang berdua, sampai angelo & marco cakap dengan kami, “ korang kena rehat cukup, sebab korang nak ke Prague lepas nie dan jangan risau pasal kami, kami boleh cari jalan”. UDE_5456 UDE_5542 UDE_4975 Pada Waktu tu, kami sampai di Salzburg pada hari cuti minggu, kami agak risau sebab takut-takut tak de hostel yang kosong, semuanya last minit, risau sebab Di Salzburg tak berapa banyak sangat Hostel yang ada dan selebihnya adalah Hotel. Kemampuan kami untuk spend tempat tinggal adalah dalam 20 Euro ke bawah. Nasib menyebelahi kami, ada Hostel yang boleh menerima kami untuk bermalam bagi beberapa jam. Untuk malam tu, kami bermalam nie International Youth Hostel Salzburg, di dorm yang terdapat empat katil dan bercampur, Kemudahan yang disediakan adalah baik, WIFI adalah percuma, keadaan bilik dorm adalah sempit sikit, katil, Selimut & Tilam adalah terbaik, kos kami malam tu adalah 20 euro seorang. Sampai pon lambat so bila masuk dorm kena slow-slow letak barang, sbb malam tu ade 2 orang dalam bilik. Selepas letak barang dan beg kami, kami balik ke Kereta, untuk settlekan bab2 parking, yela kat Austria nie, parking memang susah nak dapat free di Austria nie, kat Hallstatt pekan kampung pon susah nak parking, parking pon tak boleh lama sangat, takat kejap-kejap boleh la. Bila turun bawah nak settlekan parking dengan member kami yang diorang tu, teras kesian plak dengan diorang tu, kalau diorang nak tido tepi jalan. Atas semangat rakan, kami bagi keje untuk diorang, jaga kereta kami kat parking, hehehe, kami diorang tido dalam kereta, bila dengar kami cakap bagi kebenaran untuk tido dalam kereta, Angelo dan Marco kemain suka, bagi diorang, Ini adalah cukup untuk diorang dan diorang pesan, diorang tak akan mendatangkan masalah pada kami dan akan berpegang pada prinsip backpackers, trust & travel together. Marco arahkan aku ambik kunci dan ambik semua document-document (green card), document tu paling penting. Bila menaip blog kat part-part nie, teringat kenangan kami bersama diorang. Bila dah selesai serah tempat tido kat diorang, kami naik ke Hostel untuk sambung ZzzzzzZZZZzzz tapi sebelum tu, aku jumpa air panas, so boleh makan mee Maggie, sambil layan facebook. Pukul 9 pagi 8 April 2011, kami berkemas barang-barang diHostel sebelum waktu Check-out, Hostel yang terdapat di Austria letakkan waktu Check-out adalah dalam 11 pagi. Bila kami siap berkemas, kami terus check-out dan simpan barang untuk sementara Waktu di International Youth Hostel. Kena simpan barang, bagi memudahkan kami jalan-jalan ambik gambar kat Salzburg, Nak simpan dalam kereta, takut kurang selamat, kalau nak pikut, memang sakit badan la. UDE_5012 UDE_4979 UDE_5046 Kami terus ke kereta untuk kejutkan Angelo & Marco, belum sempat nak kejut, diorang memang awal-awal lagi dah bangun. Diorang pon kena bangun awal, sebab, diorang kena ke Stesen Keretapi dan Bas, untuk check perjalanan masa dan tiket untuk mereka berpatah balik ke Vienna dan dari Vienna mereka akan sambung perjalanan ke Bulgrade, so kami temankan diorang ke Stesen keretapi. Dengar dari mulut angelo, tiket train ke ke Vienna adalah 45 euro, bagi dia, adalah terlampau mahal dan terpaksa mencari jalan lain. Membuat tempahan tiket-tiket last minit adalah agak kurang bagus kalau di Europe dan kerajaan diorang mengalakkan pembelian secara online. Kami berpisah dan meninggalkan Marco & Angelo di Stesen bas, diorang dengan hala tuju diorang dan kami terpaksa meneruskan hajat kami untuk berjalan-jalan di Bandar Salzburg, tak rasa puas untuk berkongsi cerita dengan Marco dan Angelo. Di Salzburg cara terbaik bagi untuk menjimatkan kos, kami mengelilingi Bandar Salzburg dengan berjalan kaki. Salzburg adalah Bandar ke dua selepas Vienna, di Salzburg banyak tempat atau bangunan peninggalan yang boleh dilawati, terutama sekali, rumah Mozart dan serta beberapa castle yang terdapat di atas bukit di Salzburg. Untuk nak mendapatkan makanan Halal agak susah di Salzburg, so bekal pengisi perut kami adalah roti. Pada Pukul 5.00 petang kami berpatah balik ke Hostel untuk mengambil barang dan rehat untuk di Hostel. Memang penat kalau berjalan kaki, dan itu adalah cara terbaik untuk menjimatkan kos. Pukul 6 kami terpaksa meninggalkan Bandar Salzburg dan meneruskan perjalanan kami ke Prague. Perjalanan kami ke Prague mengambil masa 5 jam dengan menggunakan lebuhraya. Perjalanan kami melalui Munich, German, dan terasa letih belum masih hilang dalam diri. Memandu disepanjang jalan menuju ke Prague, memang menyeronokkan, kerana dapat melihat pemandangan indah di sepanjang jalan. Sedar tak sedar kami telah memasuki sempadan German. Kami berhenti seketika untuk membeli minuman di hentian rehat, dalam kami berhenti, satu kereta BMW 5 series warna hitam, berhenti dibelakang kereta kami secara tiba-tiba dan pemandu kereta tersebut terus keluar daripada UDE_5100 UDE_5189 UDE_5207 UDE_5222 UDE_5241 UDE_5254 UDE_5277 UDE_5306 UDE_5313 UDE_5324 UDE_5350 UDE_5389 UDE_5420 UDE_5447 kereta dan memperkenalkan diri dengan pengenalan POLIS GERMAN, abang polis german terus cakap german dengan aku, so aku pon cakap aaaaaa!!, so dia faham la, aku tak pandai nak cakap, kira nasib la diorang boleh cakap English. Aku terus serahkan Passport dengan international lesen dan alhamdulillah tak jadi masalah besar , passport dgn lesen aku memang tulen, apapun layanan polis german pada kami adalah baik dan sangat friendly, so nak tau sambungan citer nie, korang kena tunggu, kisah seterusnya, cerita aku ke Prague, apapun terima kasih pada korang semua

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP