Thursday, April 7, 2011

Perjalanan dari Budapest ke Vienna

Saved Photos-138 hari 6 april 2011, kami masih dibudapest, Budapest adalah bandar ke tiga tempat persinggahan kami, semalam lewat sampai di Budapest, so tak dapat nak ambik gambar dan berjalan di kawasan budapest. Saved Photos-147 Dengan bantuan GPS Budget Car kami selamat tiba di Budapest dan bermalam di Villa korall di radoc street 30 minit masa perjalanan daripada bandar Budapest. Saved Photos-139 Rehat dan update blog sebelum melelapkan mata dan akan bangun seawal pagi untuk melawat Bandar budapest, untuk menaturalkan masa tido aku memang agak susah dan pada pukul 4, pagi boleh lelapkan mata Saved Photos-145 Pagi 6 April 2011, kami bangun dan bersiap sebelum sarapan, selepas sarapan , masa untuk melawat Bandar Budapest. Waktu sarapan tak ada benda pelik yang kami tertelan dan alhamdulillah tak ade masalah sangat, Juadah sarapan pagi tadi adalah telor goreng bersama jus oren made in hungary. Waktu sarapan aku sembat beramah mesra dengan seorang mak cik daripada florida, katanya, dia berjalan mengelilingi dunia sebabkan nak kan resepi baru untuk dipelajari, rupa-rupanya, mak cik seorang chef. Aku memperkenalkan diri dan memperkenalkan negara kelahiran aku iaitu MALAYSIA, aku cuba bertanya, sudah datang ke malaysia atau belum, katanya dia tidak berapa selesa dengan cuaca malaysia, mungkin panas, tapi dia sangat suka makanan malaysia, Nasi Goreng & Teh tarik, tak sangka orang amerika suka makan nasik goreng. Saved Photos-141 Untuk ke Bandar budapest kami terpaksa menggunakan pengangkutan awam, iaitu teksi, dengan bantuan Robert, seorang pekerja di villa korall, kami berjaya dapatkan teksi. Bukan tak nak drive masuk ke budapest, satu faktornya adalah Parking & jalan agak memeningkan, kalau jalan busy lagi la aku rase takut, sebab memandu sebelah kirikan. Tambang yang dikenakan adalah 10 euro untuk ke Budapest. Saved Photos-143 Sebelum tu aku nak bagi info, di hungary, bandar yang terkenal adalah  budapest. sebenarnya ade 2 nama, Buda terletak di Utara dan Pest terletak di selatan dan yang memisahkan kedua-dua tempat tu adalah sungai yang mempunyai beberapa jambatan, jambatan yang sempat kami lalui adalah chain Bridge, seperti seakan-akan sama London Bridge. Saved Photos-140 Daripada Rutdo kami terus ke bandar budapest dan destinasi pertama kami adalah  di Buda Castle Labyrinth, istana lama yang tersenarai dalam UNESCO. Buda Castle Labyrinth sangat cantik dan kawasannya sangat besar, daripada Buda Castle Labyrinth, kami boleh lihat permandangan bandar Pest, seriously memang cantik, Buda kaya dengan bangunan lama dan bersejarah dan bersebelahan Buda Castle adalah Trinity Square. Bandar disebelah PEST pulak adalah bandar lama yang bercampur dengan bangunan moden. Bagi yang nak datang ke budapest, jangan risau, korang boleh jek berjalan untuk sampai ke 2 tempat itu, hanya jalan kami, kita boleh sampai dikesemua tempat. Ok berkenaan dengan makanan, kira dah 2 hari aku tak menelan nasik, semuanya adalah roti. Di Budapest untuk mencari makanan halal  memang agak susah sikit, nak tengok kedai-kedai halal pon tak nampak, ade tu ade, tapi memang agak susah untuk kita dapatkan makanan halal. Pasal Shopping pulak.. emmm barang-barang disini memang mahal, duit kecik, tapi mahal, matawang yang digunakan di Hungary adalah Hungarian Forint, contohnya RM98 kita bersamaan dengan 5990 Forint. Barang Mahal, kalau nak beli 1 barang fridge Magnet, harga tak berbaloi dan bukannya rm5 dapat 6, beli 1, dapat 1. Waktu aku sibuk masuk kedai-kedai, aku pelik jugak, kena diorang nie gambar-gambar perdana menteri israel, tapi di Budapest memang ade tempat-tempat peringatan Jews, antaranya di Kozma Street Cemetery, cemetery paling terbesar di Budapest.Di Budapest, diorang lebih selesa dengan menggunakan wang Forint, kalau nak belu apa-apa korang kena tukar awal-awal Bercakap pasal awek... hehe tak payah nak cakap la, takat sekarang nie yang aku jumpa, memang lawa, takat tengok jelakan. selepas habis berjalan di Bandar Budapest, kami terpaksa balik semula ke Radoc Street dan berkemas untuk meneruskan perjalanan kami ke Vienna, Austria. Saved Photos-144 Perjalanan ke Vienna mengambil masa dalam 1 jam 40 minit, perjalanan menggunakan jalan Motorway (highway). Highway menuju ke Vienna agak menakutkan, dengan kesibukan jalan, di penuhi lori-lori besar. Untuk memandu di Austria, vignettes amat penting, seperti sebelum-sebelum nie vignettes boleh dibeli distesen minyak hampiran dengan Border pemisah antara Hungary dan Austria, singgah untuk mengisi minyak dan seterusnya memandu ke Vienna. bila sampai di Bandar Vienna, perasaan takut aku mula datang, nak masuk bandar memang terasa, sebab kebiasaan di Malaysia, kita memandu disebelah kanan, bila memandu disebelah kiri rasanya agak menakutkan, tambah pulak dengan melalui jalan-Jalan TRAM.. hari ini kami sampai di Vienna, mencari hotel yang berpatutan yang boleh menumpang, tapi sayang, hotel kebanyakan sudah penuh dan terpaksa bermalam nie Wombat Hostel, info yang kami dapat didalam buku lonely planet. Perjalanan kami bertambah sukar, kerana, GPS kami mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan Radar, Terasa sangat risau, jika GPS rosak, memaksa kami untuk berhenti setika ditepi jalan. Parking di Vienna adalah amat susah dan bayaran Parking kereta adalah agak mahal. Untuk Malam nie, kami berdua menginap di Wombat Hostel, Hostel Backpacker yang tersenarai dalam top 10 hostel terbaik di dunia, kemudahan yang baik dan tempat penginapan yang selesa. Esok Pagi, kami akan jalan-jalan di Bandar Vienna, Ibu Negara Austria, banyak tempat yang perlu kami singgah disana dan esok jugak kami akan bertolak ke Salzbug. Perjalanan ke Salzburg akan mengambil masa dalam 3 jam daripada vienna. apapun tunggu esok dengan entry di Salzburg :)

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP