Saturday, April 9, 2011

Selamat datang ke Vienna

Vienna hari ini aku teruskan cerita terkini mengenai perjalanan kami di Vienna. Saved Photos-158 Di wombat Hostel, kami terpaksa keluar pada pukul 10 pagi, waktu check out yang diberikan oleh pihak wombat hostel. Aku citer serba sedikit tentang Wombat Hostel, wombat Hostel adalah penginapan kepada mereka-mereka yang datang sebagai Backpacker, Wombat terdapat 3 cawangan di Central Europe, di Munich, Vienna & Budapest dan Wombat Hostel adalah tersenarai dlm World best hostel, pengiktirfan daripada Hostelworld.com dan lonely Planet. Penginapan adalah baik, layanan yang cukup mesra dan kemudahan yang baik seperti perkhidmatan internet percuma, iaitu WIFI dan Bar untuk pengunjungan. Kos kami di Austria, menginap di Wombat adalah 17 euro, Dorm yang selasa, mempunyai 3 katil. Bagi yang perokok tegar, Merokok didalam Dorm adalah dilarang, so kena isap rokok kat luar. disini kami dapat beberapa kawan baru yang datang dari pelusut dunia dan mereka-mereka sangat mesra. Bagi kami yang memandu, kami dapat parking percuma, nak tempat lain, semua parking bukan percuma dan lagi satu di Vienna nk dapatkan WIFI percuma agak susah, tak sama macam negara Malaysia, banyak tempat WIFI free Sebelum pukul 10 kami berdua dah pon keluar dari wombet hostel untuk ke Bandar Vienna, dari Wombet kami terpaksa berjalan kami menuju ke Vienna.  Masa perjalanan untuk berjalan kaki ke Vienna Mengambil masa 30 minit daripada Wombet, Di Vienna kami tak perlu risau, kerana tempat yang kami nak lawati adalah sangat dekat dan hanya boleh berjalan kami daripada 1 tempat ke 1 tempat. selepas berjalan kaki dalam 20 minit, aku tertinggal something dalam Wombat, tertinggal Passport, dengan pantas, aku terpaksa patah balik ke Wombat untuk ambik passport, kalau kena tahan polis memang naya Saved Photos-154 Di vienna seriously banyak tempat bersejarah yang pemandangannya adalah cantik, terutama sekali ukiran dan ada daripadanya memasang potret Mozart, Orang di Vienna sangat membanggakan Mozart dan di Austria jugak sangat popular Spanish School riding house. Di vienna, orang disini lebih gemar dengan berbasikal, tak terbilang berapa banyak basikal yang ada kat bandar vienna. Di vienna, kos sesuatu barang adalah mahal tetapi, murah pada makanan, mcm kami memang terasa la, sebab kita pakai Ringgit Malaysia. sekali lagi nak cakap pagi di Vienna tersangat best, banyak gambar yang kami ambik, nie pon tak boleh nak share semua gambar yang dah diambik, ambik jek banyak-banyak, lepas nie tak tau bila pulak dapat datang ke Vienna ni lagi, di vienna jugak terdapat banyak opera teater, mana-mana pegi, boleh tengok poster yang tertampal kat dinding.  Saved Photos-157 Saved Photos-153 Vienna Baru sahaja masuk ke Musim Spring, cuaca yang cantik dan matahari yang terang menerang. Bila panas, orang vienna suka la, boleh tengok semua orang terlentang dan terbaring kat mana-mana yang ada padang. Bukan Senang nak dapat matahari, kalau orang vienna datang ke Malaysia, mesti dia suka dengan cuaca-cuaca Malaysia yang panas hehe. Sebelah petang, kami masih lagi belum puas untuk berjalan, kalau diikutkan plan sebenar, kami akan ke Salzbug pada sebelah petang, memandang kan seronok ambik gambar dan takut dengan trafic jam, kami terpaksa plan untuk drive malam. drive dalam kereta banyak di Vienna memang takut, terutama sekali waktu orang balik keje, kereta banyak, lepas tu aku selalu drive sebelah kanan, so kena la tunggu sampai malam, sebelum balik kami lepak menunggu malam dan ambik gambar waktu malam nie Vienna. Ambik gambar waktu malam di vienna memang cantik. Seharian berjalanan kami memang memenatkan nak pulak kami bawak beg yang ade lens yang berat, memang sakit pinggang, so dh tak nak jalan, kami ambik keputusan untuk gunakan public transport, pada mulanya agak janggal nak beli tiket, tapi dengan bertanya dengan orang, tak de masalah. Di Vienna, kebanyakkan orangnya boleh bercakap English, jangan risau kalau korang datang ke sini. kos untuk tiket train intercity adalah 5.70 euro, pakai la dalam masa 2 jam tu Awal pagi seronok ambik gambar, tapi yang paling tak seronok adalah kami kena tahan dengan Polis Austria, datang depan jek terus tunjuk kad Kuasa " halo, we polis austriaa" kena mintak passport untuk pengesahan, bukan kemain detail polis tu check passport, aku punya lepas, tapi moqh punya sangkut, polis cakap passport Palsu, kena duk soal ade la dalam 20 minit. Orang Austria mmg boleh kenal la kan, sebab spesis mcm kita nie susah nak dapat kat Austria, orang sekarang kata "rare", asal berjalan kat depan orang, mesti semua pandang kami, Polis austria kena buat double check balik, abang polis nie buat orang terkejut la, naisib baik la moqh org malaysiakan, ingat nak tanya gak moqh kat mana dia beli passport haha. Kami balik ke Wombat dan rehat minum di Bar, minum jus jek, jangan pikir yang bukan-bukan plak. Disebabkan Drive sangat tidak bermaya, penat sebab jauh jalan kaki, kami plan drive lewat malam. Datang 2 kenalan baru kami di Vienna, kawan baru kami datang dari itali, Marco & angle, dua-dua laki.  Diorang nak mintak tolong untuk tumpangkan diorang ke Hallstatt, so jadual kena berubah la, so kami plak kena tukar plan dan tukar ke Hallstat bersama-sama dengan diorang. Untuk ke Hallstat dari Vienna ambik masa 3 jam masa perjalanan, so kami kena bermalam di Hallstat esok, bermalam dalam kereta atau bermalam dibawah pokok dengan sleeping beg, tapi di Hallstat adalah kawasan yang berdekatan dengan Gunung, memang sejuk la jawabnya, marco dan angle dh biasa, bagi yg tak biasa nie susah gak. Saved Photos-150 Ok kawan-kawan, aku perlu berehat untuk bekalan hari esok, kalau tak drive, takut ngantuk esok. Kawan-kawan duakan kami selamat sampai ke Hallstat, tunggu ye sambungan perjalanan kami.

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP