Hello Budapest
Alhamdulillah selamat sampai di Budapest,hungary pada pukul 12.00 malam waktu hungary. Perjalanan yang bermula pada 5 April, pukul 1.00 pagi waktu malaysia dengan penerbangan tambang murah Airasia X, daripada LCCT KLIA ke Stansted, London. Perjalanan atau penerbangan kami mengambil masa 14 jam penerbangan terus, tanpa henti, membuatkan terasa penat, masa seharian dihabiskan didalam penerbangan. Kami tiba di lapangan terbang Stansted london pada pukul 8.00 pagi waktu UK dan selepas tiba di stansted, kami berlepas ke Brno, Czech Republik dengan penerbangan Ryanair. Berlepas ke Brno pada pukul 1.30 tengahari dan mengambil masa 1.30 minit. Kami tiba di lapangan terbang brno pada pukul 3.00 petang, waktu Republik Czech. selepas melepasi temuramah bersama polis czech, alhamdulillah semuanya selamat dan memang diakui, agak susah untuk faham bahasa diorang.Sampai di airport Brno, semua orang czech pandang pelik, mungkin sebab spesis melayu macam kami nie jarang-jarang untuk ditemui dan untuk maklumat lanjut, Bagi Rakyat Malaysia, kita dikecualikan visa, kecuali yang nak tinggal melebihi sebulan. Perjalanan kami kali ini ditemani dengan Skoda Fabia, plat pendaftaran Republik Czech, so tak de driver yang nak drive untuk aku, aku kena drive sendiri kereta tu. Dengan dokumen yang lengkap, aku layak untuk memandu, tapi agak cuak sebab pertama kali memandu disebelah kiri, nasib baik gear auto, kalau manual, lagi mencuakkan. Sebelum memulakan pemanduan, kena la dengar taklimat dulu dari Budget Car, lepas tu kena setup GPS dulu, kalau pakai map, tau la biler boleh sampai Nak dibandingkan cuaca hari ini, cuaca di stansted agak sejuk dan mendung serta awan tebal, berbanding cuaca di Brno, cuaca sangat baik, matahari boleh nampak cahayanya, tapi sayang sebab tak dapat spend masa sangat di Brno, kami kena teruskan perjalanan ke Bratislava, memandangan hari pon dh nak gelap, kami kena drive jugak. Seriously aku memang akui, mula-mula nak drive sebelah kiri, memang menakutkan, nak plak masuk pekan Disepanjang jalan waktu aku drive, banyak tempat yang tersangat cantik, subhanallah.. cuma nak berenti tepi jalan tak boleh sebarangan, jalanraya kat czech sangat kecik dan sempit, lepas tu jalan agak teruk sikit. Waktu drive, aku rasekan memandu di sebuah daerah yang tak de orang. Disepanjang jalan, ladang gandum luas terbentang, terasa macam kat ladang gula perlis Di Czech, matawang yang digunakan adalah koruna, duit dia tak de besar, duit malaysia lagi tinggi. sepanjang 1 hari nie, memang tak jumpa nasik la kan, so kena makan ape yang patut dimakan, ade bekalan yang kami bawak dari Malaysia dan ade yang terpaksa beli di Kedai-kedai sepanjang jalan nk ke Bratislava. Kalau beli barang memang cakap dengan itik la, orang muda-muda pon tak boleh nak bercakap English. Di Czech apa yang aku nampak waktu aku tengah drive, banyak bangunan lama-lama yang cantik, nak singgah memang x sempat, hari dh nak mula gelap, so nanti kami berpatah balik ke Brno, aku harap tak terlepas peluang lagi Untuk Drive didalam negara Slovakia, apa yang perlu dan paling penting adalah, kena beli vignettes, apa tu vignettes ?, ok vignettes tu mcm cukai jalan untuk sesetengah negara Europe guna, fungsi mcm tol dan cukai jalan yang kami gunakan highway diorang. Bila sudah masuk ke Negara Slovakia, kami beli vignettes di Petrol pam, kalau tak beli, kena tahan polis, memang kena saman. vignettes slovakia hanya untuk slovakia sahaja dan vignettes hungary, untk hungary sahaja, setiap kali kami melintasi border negara, memang kami kena singgah petrol pam untuk membeli vignettes. vignettes ditambalkan di cermin kereta, esok kena beli lagi vignettes untuk masuk Austria Sampai di Bratislava pun dah malam, tak sempat nak jalan-jalan, kalau diikutkan jadual, memang kena pegi, tapi aktiviti malam di Bratislava adalah pekan mati, jadinya esok jela singgah, sebab 1 jalan nak ke Austria. Bratislava bandar yang sgt kecik, keluar sikit dh masuk Hungary tapi drive dalam bandar Bratislava, takut jugak, aku siap hentam masuk jalan Tram, memang cuak, nasib baik la malam dan tak ada Tram dari depan, so kami cari jalan keluar dari Bratislava dan terus menuju ke Budapest. Alhamdulillah sekarang kami berada di Budapest, rehat untuk malam ini, dan esoknya akan berjalan di bandar Budapest, selepas tu ke Austria, untuk kawan-kawan kat sini, sampai sini sahaja untuk hari ini, esok insyallah ade lagi story yang best untuk aku sharekan, apapun doakan aku selamat ok :)
0 comments:
Post a Comment