hanya di Iluvislam
disini aku ingin kongsikan kembali Artikel berkenaan dengan IMAAN, Islamic Malays Australian Association of New south Wales. Kali ini artikel ini terpapar di laman web iluvislam, bagi anda yang belum sempat membaca, anda boleh klik di SINI . Artikel semasa saya berada di Sydney, Australia, bagi program jemputan ataupun ziarah disana. Esok 5 April 2011, aku dengan Mukhriz akan berangkat Ke UK pada pukul 1.00 pagi, barang dan persediaan sudah pon dibuat, kami akan tiba ke UK hanya beberapa jam sahaja, dan seterusnya menunggu penerbangan ke Brno, Republik Czech. Setibanya kami di Lapangan Terbang Brno, Republik Czech, kami akan terus perjalanan kami dengan memandu sendiri ke Bratislava dan seterusnya ke Budapest, Hungary dan selebihnya kami akan berada di Austria & Munich sebelum pulang semula ke Republik czech utk melawak kota prague. Pada 11 April 2011, kami akan terbang semula ke UK dan seterusnya ke Brighton untuk menziarah rakan-rakan kami disana, apapun doakan kami selamat pegi dan balik, dihindari daripada sebarang kemalangan ketika kami memandu, ini adalah kali pertama kami memandu sendiri disana. Blog Travelogue ini akan sentiasa diupdate sepanjang kami disana, kami sedaya upaya untuk berkongsi pengalaman kami sepanjang kami berada disana, korang boleh layari travelogue ini bermula pada esok, apapun jumpa lagi di Malaysia Ok!
0 comments:
Post a Comment