Monday, September 19, 2011

Kilang arang kuala Sepetang

3 minggu lepas, sebelum aku balik beraya ke kampung di Pendang, Kedah, aku dengan adik aku ada membuat perancangan untuk ke Kuala sepetang sebelum kami pulang beraya di kampung, lagupun satu jalan untuk sampai ke kedah. Bila sebut Kuala sepetang, pasti ramai yang akan mengenali kuala sepetang dengan Mee udang. Kalau cakap sahaja nak ke Taiping, atau ke kuala sepetang, ramai yang akan memberi peringatan jangan lupa mencuba mee udang, tak tau la macam mana rasa mee udang kat kuala sepetang, aku sendiri pon tak pasti kesedapan dan nikmat mee udang kuala sepetang macam mana. Kami bertolak daripada kuala lumpur pada pukul 3.00 pagi, sebelum bertolak sempat lagi mengeteh dengan kawan-kawan, damak (naza abdul hamed), may, zul dan beberapa orang teman dari photo malaysia. Dengan apa yang di ceritakan dan tip yang diceritakan, aku ambik time masa dia. Masa aku balik, tinggal lagi 1 minggu sebelum kita sambut hari raya, lagipun kalau balik awal-awal senang sikit, sebab tak tempoh jalan sesak. Masa bagi pukul 3.00 pagi untuk bertolak memang adalah sesuai dan anggaran masa yang kami tetapkan, akan sampai di kuala sepetang pada pukul 7.00 pagi. Masa yang di pilih amat sesuai, kerana waktu tu, tak begitu banyak kenderaan di lebuhraya, cuma yang banyak adalah lori-lori besar yang menuju ke utara tanah air. Sebelum memanduan aku pastikan diri sendiri sihat dan cukup rehat, bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ketika musim perayaan. Kami tiba di hentian rehat dan rawat sungai perak pada pukul 4.450 pagi, berhenti bersahur dan rehatkan mata sebelum meneruskan perjalanan. Jarak dari RNR sungai perak tidak begitu jauh untuk sampai ke susur keluar tol Changkat Jering. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Sepetang pada pukul 6.00 pagi dan apa yang aku harapkan pada waktu itu, diharapkan akan sampai ke sana pada pukul 7.00 pagi. Daripada susur keluar tol Changkat Jering, mengambil masa 20-30 minit masa perjalanan, menurut rakan-rakan kami yang pernah sampai ke kuala sepetang. Akhir aku tiba di kuala sepetang tepat pada pukul 7.00 pagi, di sepanjang jalan menuju ke Kuala sepetang terdapat beberapa rumah lama, balai raya lama yang membuatkan aku tertarik dengan peninggalan sejarah lama yang masih kekal sampai ke hari ini. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kami di Kuala Sepetang Mengikut sejarah, Kuala Sepetang yang dahulunya dikenali sebagai Port Weld, pasti kita pernah mendengar nama port weld tu dalam buku sejarah bukan :). Kuala sepetang jugak adalah tempat hutan kayu bakau terbesar di malaysia dan diwartakan sebagai hutan bakau simpanan. Kalau korang semua nak tau, apa tujuan aku nak ke Kuala sepetang ?, Makan mee udang Mak jah & Mak teh ?. nak makan mee udang masa tu mana la boleh, sebab waktu tu bulan puasa, semua kedai mee udang tutup. Selain Mee udang, Kuala sepetang juga terkenal dengan industri pengeluaran arang, selain daripada sektor perikanan. Arang yang dibakar daripada Kayu Bakau. Kalau nak tengok macam mana arang bakau punya proses, jom ikut dan tengok gambar-gambar kat bawah. suasana seawal pagi di kilang arang di kuala sepetang Kayu bakau yang masih mentah dan siap dipotong, sebelum melalui proses menanggalan kulit yang diangkut daripada bot Kanak-kanak ini bangun seawal pagi dan datang ke kilang bagi membantu keluarga melakukan kerja-kerja di kilang arang dan pulang ke rumah bagi persiapan untuk meneruskan pengajian di sekolah pada sebelah petang Setibanya aku di Kilang arang, aku di sambut dengan anjing-anjing di kilang tersebut, risau jugak dengan anjing-anjing yang banyak berkeliaran, tapi seorang mak cik menegur, "adik tak payah takut la, anjing tu tak gigit orang", sebelum tu, kawan-kawan aku ada pesan, kata diorang anjing kat kilan tu memang friendly sikit. Kalau friendly boleh la aku suruh anjing tu angkat beg kamera aku hehe. Nampak kelibat mak cik umur dalam lingkungan 60 tahun senang memisahkan kulit kalau bakau di luar kilang, dengan bedak sejuk dimuka di tambahkan lagi kesegaran muka di awal pagi. Suasana pagi di kawasan sekeliling kilat pada waktu tu, sangat berkabus dan ditambah dengan keadaan yang berjerebu yang dibawa angin dari negara jiran kita, iaitu indonesia, cantik cantik dan sejuk mata memandang dan pada waktu tu, air surut. untuk mengenali mak cik tu, aku cuba datang dekat untuk beramah mesra. Mak cik yang sedang sibuk melayan tarah kulit kayu sangat mesra dan katanya, di sini terdapat banyak kilang dan berlainan tokeynya, sama seperti yang kawan aku cakap, katanya lagi dan menyuruh aku masuk sampai ke dalam. Seorang pekerja yang sedang menunggu masa air pasang bagi proses mengangkut kayu bakau yang dipotong di hutan paya bakau. Apabila air surut, ia menyukarkan lagi kerja-kerja pengangkut kayu untuk dipindahkan ke Kilang Proses menyusun kayu-kayu bakau yang dipotong dan dibuang kulit di Dapur, tempat pembakaran arang yang akan dijalankan   Kayu-kayu yang di susun akan dibawa masuk ke dalam dapur pemakaran. antara arang-arang yang sudah siap di bakar, akan dikeluarkan untuk dimasukan ke dalam lori, sebelum melalui proses pembungkusan Setiap dapur pembakar diperbuat daripada bata merah dan diseliputi tanah liat. Bata-bata disusun mengikut bulatan Arang-arang yang hancur kecil akan dibungkus dan arang kecil ini sesuai dijadikan arang bagi BBQ Apabila air pasang, kayu akan dibawa masuk dengan bot-bot ke kilang dan kerja pemindahan kayu-kayu ini hanya dilakukan oleh seorang pekerja sahaja Mengikut apa yang dikatakan oleh pekerja-pekerja disini, arang-arang ini akan dibungkuskan dan di pasarkan ke Korea dan jepun bagi tujuan pembuatan alat-alat solek, agak teruja juga bila aku dengan arang nie boleh buat alat-alat make-up. daripada pukul 7 pagi sampai la ke pukul 3 petang aku disini, hitam tu tak payah cakap la, sampai ke hidup. Pada mulanya aku agak pelik sebab, aku ingta orang-orang yang bekerja di sini adalah daripada orang alim, siap bercelak kat mata, lama kelamaan baru aku tau sebab apa hitam, sebab lama sgt main dengan arang. Sempat juga merasa masuk dalam dapur tempat pembakaran, memula agak takut sebab panas, atas pelawaan mak cik-mak cik kat situ, aku pun cuba masuk ke dalam. Kalau berdiri didalam dapur, memang terasa panas, tapi bila duduk, panas tak ada lagi. Waktu aku kat kilang tu ada juga part paling lawak, aku salah terjah, sekali terjah semua tergamam sambil ceduk nasi, dah rasa macam movie pulak. Mak cik-mak cik muka malu sebab tak puasa, siap cakap, maaf la adik, kami tak puasa, nak buat mcm mana katanya, tapi aku faham sebab berat jugak kerja-kerja diorang semua nie. Agak lama aku kat kilang tu, aku ambik keputusan untuk beredar daripada kilang tu, untuk menyambung perjalanan balik ke kedah. Apapun sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog nie, mesti korang letih nak scroll kat blog nie, apapun terima kasih

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP