Kota Bharu - Pantai Mek Mas
Setelah sampai di Gegeystudio, aku ambik kesempatan untuk melelapkan mata bagi mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menyambung misi untuk membuat kayuhan ke Pantai Mek Mas. Terima kasih kepada semua warga gegeystudio atas kesudian menumpangkan saya untuk berteduh, terima kasih sudi memberikan bilik gelap yang membuatkan aku fikirkan sudah pagi, tapi padahal hari menjelang siang. Setelah bangun daripada tido dan bersiap untuk ke Pantai Mek Mas, kami menjamu minum petang, sebagai bekalan tenaga, nak makan berat takut kurang tenaga. Bercakap berkenaan dengan Makanan, Negeri Kelantan sangat kaya dengan pelbagai resepi masakan terutama sekali kuih muih yang bermacam namanya, buatkan aku sendiri tidak pernah mendengarnya. Pada mulanya, aku ingin menjamu selera di gerai nasik kak wok, tapi memandangkan aku bangun lewat, so tak dapat la merasa untuk makan nasik kak wok. Penat memandu selama 6 jam masih belum hilang, terasa mengantuk masih ada, tapi disebabkan plan perlu diteruskan, aku memulakan kayuhan pertama aku dinegeri Kelantan, aku menuju ke Pantai Mek Mas. Peralatan yang turut membantu aku semasa membuat kayuhan adalah Papago iphone, Google Maps dan Rakan-rakan yang tinggal di Kelantan, terutama sekali bagi yang tinggal di Kota Bharu. Aku bertolak daripada Jalan Long Yunus, Kota Bharu pada pukul 3.30 petang,Perjalanan kalau diikutkan daripada panduan sumber-sumber yang aku perolehi, perjalanan daripada jalan long yunus ke Pantai Mek Mas, mengambil masa dalam 20 – 30 minit perjalanan menggunakan kereta, so kalau berbasikal mungkin lingkungan 40 minit – 1 jam perjalanan, tapi bagi aku, mungkin mengambil masa 2 jam untuk sampai, sebab ape lama, sebab, aku gunakan masa panjang tu, untuk masuk setiap lorong kampung, kalau ade Aktiviti yang menarik, pasti aku singgah. Disepanjang perjalanan aku lalui, aku boleh melihat pelbagai aktiviti masyarakat Kelantan, ade yang berniaga, ade yang bersembang dan ada yang memancing. Melihat kelibat Mak cik- mak cik yang sedang seronok memancing di satu kawasan seperti kawasan oasis, cantik tempat tu, memandangkan kawasan yang agak becak dan air, so aku terpaksa lupakan hasrat untuk mendekati lebih rapat dengan diorang dan hanya sempat memberikan senyuman. Melihat sepintas lalu gelagat seekor kambing jantan yang naik ke atas gerai yang menjual jagung rebus ditepi jalan. Gerai yang ditinggalkan sementara waktu itu, menjadi tempat rezeki kambing jantan yang naik diatas gerai tersebut, wah bukan main happy kalau kambing dapat makan jagung rebus, sape yang beli jagung tu, alamat dapat perisa tambahan berserta bau kambing, agak kelakar jugak melihat aksi kambing. Di sepanjang Jalan boleh dilhat aktiviti perniagaan dijalankan, nak menyinggah takut tak sempat sampai ke Pantai Mek mas. Pantai Mek Mas terletak berhampiran dengan Pantai Cahaya bulan. Sebelum nie aku pernah sampai disana, melihat dan mengambil gambar si pembuat wau iaitu pak cik shafie, kalau aku singgah pasti dia kenal dengan aku. Memandangkan Stock images untuk Wau dah banyak, so kali nie tidak tersenarai dalam perancangan aku, aku meneruskan perjalanan ke Pantai Mek Mas. Tempat pada masa, pada waktu tu adalah cuti sekolah, so dapat tengok kanak-kanak bermain disepanjang jalan, seronok bermain tanpa memikirkan kerja-kerja sekolah yang perlu dibuat. Apa bila kayuhan aku melintasi tempat mereka bermain, pasti akan kedengaran “Halo”, How are you”, adik-adik tu menganggap aku nie bukan la orang Malaysia, ade yang cakap “mat salleh”, aku memandang ke arah mereka dan aku cakapkan “adik abang orang melayu” tergelak terbahak-bahak adik-adik tu”, “ohhhhh melayu”. Mungkin mereka biasa melihat kelibat orang bukan dari Malaysia berbasikal dikawasan mereka dengan muatan yang sarat dengan beg dari pada belakang sehingga ke hadapan. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang, dengan cuaca disebelah timur mendung dan disebelah baratnya bercahaya matahari, aku singgah untuk mengambil gambar di lading jagung, apa yang membuatkan aku ingin mengambil gambar, aku dapat lihat daun-daun jagung berkilau keemasan apabila terkena cahaya matahari yang makin membenam, subhanallah, cantik, tapi cantik itu hanya boleh dilihat sepenuhnya, nikmatnya kepuasannya hanya pada mata, bukan pada mata lensa, rasa puas melihat kejadian alam dan hanya mampu diungkapkan pada bibir adalah Subhanallah.. Perjalanan aku hampir tiba di Pantai Mek Mas, sebelum sampai, aku singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli minuman manis (air coke) manis yang boleh menambah tenaga dan juga menghilangkan dahaga, sambil melayan sembang dengan seorang pak cik “ awak jual barang apa?”, hehe, ada yang ingatkan aku seorang penjual barang, lepas memberi penerangan, baru la dia faham apa hasrat aku, dan dia sempat memberikan panduan arah dibeberapa tempat yang menarik yang berdekatan, tapi sayang, memandangkan masa yang kurang mengizinkan, aku perlu meneruskan perjalanan ke destinasi yang aku rancangkan. Pukul 5.30 petang aku sampai di Kawasan Pantai Mek Mas, alhamdulillah aku sampai jugak disini buat kali ke 3, sebelum-sebelum nie aku pernah ke sini. Yang membuatkan aku berminat untuk datang kesini, di pantai Mek mas ada satu teluk di mana disitu tempat dimana nelayan-nelayan akan meletakkan bot mereka dan kawasan yang berdekatan berhampiran dengan rumah-rumah nelayan. Lanskap menarik, rumah nelayan dan pohon kelapa yang banyak. Melayan pak cik dan mak cik yang berkemban sambil membantu suaminya yang memukat ikan di kawasan paya nipah yang tebal, tanpa berbaju, berkemban pon boleh buat kerja memukat. Selepas lama di muara, aku terus ke kawasan pantai, melihat gelagat anak-anak kecil bermain bola, dan terhenti seketika permainan mereka sambil memfokuskan pandangan kearah kamera aku, sambil berkata “hallo!!! “ bantai gelak kali ke 2 aku nie, apa la budak-budak nie, takkan la tak Nampak kulit aku nie gelap sama macam diorang, Daripada aku gelak lebih banyak baik aku beredar dari kawasan diorang. Di Pantai Mek Mas ade satu longgokan Pasir yang banyak, seperti berada lancelin perth. Di Lancelin, diorang main sandboarding, tapi masa aku sampai di Pantai Mek mas, tak ada pulak orang main sandboarding, hanya yang Nampak adalah kelibat pengantin baru dan photographer, di situ memang sesuai untuk mengambil gambar, kalau tak dapat ke Lancelin, Perth, aku cadangkan korang ke Pantai Mek mas, sebelum diratakan pasirnya. ini antara gambar yang diambil di Pantai Mek Mas, ketika aku membuat tugasan berkaitan dengan Pelancongan Memandangkan cuaca kurang mengizinkan dan hari semakin gelap, kurang la gambar yang menarik untuk aku abadikan semasa ke Pantai Mek Mas dan aku ambik keputusan untuk balik semula ke Kota Bharu untuk bermalam di sana. Untuk ke Pantai Mek Mas, aku cadangkan kepada mereka yang suka mengambil gambar, datang la pada seawal pagi, kerana pada waktu pagi, memang sesuai untuk mengambil gambar dan pada sebelah petangnya adalah masa yang sesuai, tapi datang jangan lewat petang, kerana matahari membenam kearah barat, bukan kearah timur okeh. Mengikut panduan jarak pada meter elektronik aku, aku telah membuat kayuhan sejauh 25KM Aku perlu balik semula ke Kota bharu untuk berehat, kerana keesokkan harinya aku akan meneruskan perjalanan dan kayuhan ke Tok bali, apapun entry ini akan bersambung esok…
0 comments:
Post a Comment