Friday, March 18, 2011

Kisah yang akan Datang

UDE_5222 Kampung Melawi, Bachok, Kelantan UDE_5375 Kampung kandis, bachok, Kelantan UDE_5197 UDE_5265 DSC_0094 DSC_0134 Sg Kolok, Thailand, photo by : Jihan Meghaa Ismail Akhirnya penjelajahan di kelantan dah selesai dan diantara tempat menarik yang aku sempat sampai adalah Kota Bharu - Bachok - Tok Bali - Pantai mek mas - tumpat - Tak bai Thailand - Sg kolok. Insyallah segala kisah perjalanan akan dikongsi bersama korang kat blog nie. Disini aku nak memperkenalkan kawan baru aku. Aku bukan la seorang kaki berbasikal, pelumba negara, mahupun seorang pelumba fixi, so basikal nie dh mula jadi kawan kepada aku, selama aku berada kat kelantan, dengan basikal ini la aku menjelajah masuk ke seluruh pelusuk kampung, semata-mata nak melihat kehidupan orang dan nak mencari sesuatu untuk dikongsikan bersama korang, terutama sekali berkenaan dengan gambar. Buat masa ini perjalanan aku dengan berbasikal adalah dengan solo, takat kayuh kat negara sendiri nie tak risau lagi la, kot-kot lepas nie ade plan nak masuk kampung luar daripada malaysia, aku kena cari sorang peneman. muncul minat untuk membeli basikal nie, bler aku terbaca buku yang ditulis oleh beberapa mamat saleh nie, iaitu Harry Roberts, Russ Schneider, Steve Salins and Dennis Stuhaug, diorang menjelajah kepelusut negara semata-mata mencari kepuasan dan ingin melihat dunia, dan tak lupa juga aku ade baca blog zahariz (9000km), kalau korang nak baca citer mamat nie boleh klik link http://zahariz.wordpress.com . timbul rase minat untuk buat sesuatu dengan cara berkayuh, bagi aku, aku nak ambik gambar, betul apa yang diorang cakap dalam buku tu, kalau kita naik bas dan kereta, pandangan kita akan terhalang diantara pintu, tingkat dan cermin dan apa yang steve salin cakap, kalau dia tak berkayuh, sampai mati dia tak akan sampai tempat yang dia idam-idamkan, bayar la travel agensi mana pun, tak akan mungkin diorang boleh bawak kita ke situ, begitu jugak pengalaman-pengalaman saudara zahariz. Sebagai seorang yang suka ambik gambar dan suka melihat kehidupan orang, so aku nekad untuk buat apa yang diorang buat, tak payah nak tengok negara orang, negara sendiri pon ada cantiknya. Segala persediaan dah aku buat sebelum buat kayuhan, latihan secukupnya, tiap-tiap hari, aku akan bawak muatan dalam 20kg berat, ini sebagai persediaan mana tau lepas nie akan ikut jejak langkah diorang dan apa yang diorang ceritakan dalam buku diorang, memberikan aku lebih semangat untuk buat apa yang aku idam-idamkan selama nie dan apa yang ada dalam pemikiran aku "kayuh, cerita & Gambar". Dengan berbekalkan 1 botol air, beg kiri dan kanan berserta dengan Nikon 300s kesayangan, Kit lens 18-55mm dan 50 mm, nak bawak tele foto lens tak boleh, nanti terlalu berat pulakkan. Dengan segala kelengkapan tu, aku meneruskan perjalanan, dengan kelengkapan yang agak terbatas, aku terpaksa menggunakan beberapa kreativiti dan kemesraan diri, bagi menarik perhatian :) Seperti mana pengalaman aku selama di kelantan, semua orang akan memberikan senyuman sepanjang perjalanan aku ketika membuat kayuhan dibeberapa daerah dan diorang anggap aku nie sebagai seorang tetamu. Perasaan takut tu memang la ada, tapi alhamdulillah dan diminta elakkan daripada masalah yang mendatangkan bahaya pada diri aku. Insyallah perjalanan seterusnya akan ke negeri kelahiran saya sendiri iaitu Negeri Kedah Darul Aman dan seterusnya ke Terengganu. Plan ke Luar negara ?, untuk perancangan masa hadapan, insyallah saya akan mengelilingi Pulau Bali, indonesia, jika tidak ada sebarang masalah Menjelajah masuk ke pelusut kampung adalah satu benda yang seronok, disamping tu boleh tengok telatah orang dan pandangan orang pada aku, apapun kalau nak tau lebih lanjut, kena baca travelogue aku nanti okeh. Disini aku selitkan beberapa gambar yang aku perolehi semasa aku masuk dibeberapa kampung di Kelantan

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP