Waktu melawat di adelaide 2 sahabat nie iaitu, Eani & Suryani bawak berjalan ke hahndorf adelaide, katanya kat hahndorf nie tempat dia best, best pon kena pada musimnya. So kali nie aku nak share sikit kesemua travelogue sewaktu berada diadelaide. Hahndorf, Adelaide : untuk ke Hahndorf mengambil masa dalam 30 minit jika memandu la, kalau ambik bas mungkin lebih sikit minitnya. mengikut cakap Eani & Suryani, kat hahndorf nie mcm pekan lama, vintage area dan di diami oleh orang-orang german, so tarikan kat Hahndorf nie adalah ladang strawberry, tapi nasib tak menyebelahi kami, sebab pegi pon bukan musim dia kan. Kat Hahndorf banyak yang boleh dibeli kalau korang minat dengan barang-barang lama dan tak lupa juga buah tangan yang lain, aku pon hanya beli jem jek, tu pon sebab nak simpan bottle dia jek, nak simpan untuk tatapan masa depan, kalau tengok botol tu, mungkin teringat masa zaman-zaman datang kat Hahndorf. Di hahndorf kalau korang jenis berminat dengan senibina bangunan lama, boleh la jengok2 tengok kat sanakan, kalau nak bermalam pon boleh sajer dan orangnya sangat saling membantu kalau ada kesulitan masalah tapi jangan la tanya sampai masalah dalaman pulak kan, next time kalau datang musim strawberry, teringin jugak nak datang balik ke Adelaide nie. Memula sampai kat Adelaide rase heran sebab kalau kat malaysia, pukul 5 ptg boleh tengok budak-budak main2 kat depan rumah, depan padang permainan, boleh dengan suara orang, tapi kat Adelaide time-time mcm tu, senyap, tak payah tunggu petang dari pagi sampai ke malam, rase mcm perumahan tu x de penghuni, memang kul 7 tu tak dengar pape, tapi kalau datang malam minggu ade pulak bunyi-bunyi Lepas dibawak berjalan oleh 2 orang travel guide Adelaide, kitorang lepak kat kedai pak horus penjual kebab, so kat situ boleh la kenal dengan student-student malaysia yang selalu lepak kat situ, disamping tu melayan 1 game, abis dahi aku kena tampal, apapun bagi aku, Adelaide tak la boring, sebab aku nie kaki berjalan, bukan kaki enjoy, datang tempat orang sebab nak tengok apa keindahan yang ade. apapun tunggu next entry pasal travelogue aku ok, apapun terima kasih kerana sudi membaca
Tayangan Perdana Filem "MALAY REGIMENT"
7 years ago
0 comments:
Post a Comment