Thursday, March 24, 2011

Kota Bharu to Tok Bali, Kelantan

ffg Perjalanan diteruskan ke tok bali, yang mana mengambil masa selama 4 jam untuk sampai ke Tok bali adalah 50KM, jika memandu kereta, mengambil masa dalam 40 minit masa perjalanan, tapi dengan kayuhan lama sikit la nak sampai sana, nak pulak aku nie suka merayap masuk ke kampung-kampung. Selepas bersarapan Nasi dagang bersama dengan beberapa rakan di Kota Bharu, aku bertolak ke Tok balik pada pukul 9.30 pagi. Dengan panduan yang aku perolehi, sepanjang perjalanan ke tok bali, banyak benda yang menarik untuk diambil gambar, antara yang menarik adalah kampung-kampung nelayan yang terdapat disepanjang jalan pantai menuju ke Tok bali. UDE_5143 Disepanjang jalan di Bachok, aku boleh lihat aktiviti penanaman daun tembakau, disepanjang jalan boleh dilhat kehijaunnya, nak melihat kelibat petani yang sedang menanam daun tembakau pada waktu tu, memang tidak dapat boleh dilihat, mungkin kerana waktu aku sampai di bachok, adalah pakai tengahari. Matahari tengak berdiri diatas kepala, memang la susah nak tengok, dan aktiviti pada waktu tu memang agak terbatas dan hanya boleh dilhat adalah lembu-lembu yang sedang meragut rumput berhampiran dengan tanaman tembakau. UDE_5153 Sempat aku menegur seorang penanam tembakau yang sedang rehat di beranda rumahnya, katanya di Bachok ini adalah kawasan yang banyak menanam daun tembakau di negeri Kelantan, pada mulanya aku menyangkakan tanam sayur sawi dan ubi, agak pelik kalau pokok sayur sebesar tu. Aku meneruskan kayuhan ke Tok bali, agak bosan juga kalau ikut jalanraya, jalan utama ke Tok bali, aku lencongkan perjalanan aku mengikut jalan disepanjang jalan pantai, Di jalan pantai jalannya boleh tahan elok, kadangnya berpasir, dan menyukarkan aku untuk berkayuh, kerana pasir dan ada jalannya tanah. Di tepi pantai, aku boleh tengok, rumah-rumah usang yang ditinggalkan penduduk, boleh dikatakan, banyak rumah yang tak berpenghuni, mungkin risau ancaman angin dan hakisan pantai yang makin hari, makin menjadi, nak pulang, masa aku datang Kelantan, Baru seminggu jepun dilanda bencana tsunami. Aku melihat seorang budak lelaki berada dibangsa yang dipenuhi jarring pukat ikan, sembang jugak aku berbual mesra buat seketika. Jalan pantai yang dipenuhi pohon pokok kelapa, sangat cantik dan buat aku tertarik untuk mengambil gambar. Dilihat di bawah pohon kelapa, sekeluarga yang sedang menjamah makanan tengahari dengan santai, pada mula aku ingatkan orang sedang berkelah, bila didekat, rupanya, mereka hanya tinggal dekat dengan persisiran pantai Bachok. Sangat seronok dan dalam hati aku terasa rindu untuk makan bersama dengan keluarga dikampung. Seorang ibu yang senang melayan anak-anak  yang masih kecil dengan loghat Kelantan. Aku rakamkan sekali gambar mereka yang sedap makan di bawah pohon kelapa, diselitkan sekali dengan kucing dan kambing yang sibuk untuk makan bersama, sangat comel dan sangat teruja, mereka sangkakan aku orang luar (bukan orang Malaysia), aku beranikan diri untuk menegur “sedap juga makan ramai-ramai kat tepi pantai nie”, satu keluarga mengalihkan perhatian kepada aku, dari anak sampai la ke anak, sambil memberikan senyuman pada aku, tanpa membalas apa yang aku cakapkan. Cara terbaik dan tip untuk merakamkan gambar menarik adalah, mesrakan diri anda dengan mereka terlebih dahulu, jangan main terus ambik, silap langkah, ade yang kena kejar pakai parang J. Selepas aku mengambil gambar dikawasan tersebut, aku beredar sedikit daripada kawasan tersebut dan singgah dikawasan lapang yang mana ada sekumpulan adik kecil yang sedang bermain. “Hello” perkataan kebiasan sepanjang aku masuk ke kampung, orang masih menganggap aku nie, orang luar, terus aku cakap melayu dan ade terdengar suara kecik daripada mereka “ohhhh melayu abbey nie”, aku menjawab, abang nie orang melayu dik, aku dikelilingi adik-adik tersebut, aku layan terlatah diorang, ade yang duk usik barang-barang dan ade duk sibuk interview. Aku rehat dan melayan diorang sambil menegok air coke yang aku beli, ade sorang adik nie cakap “abbey mintak air sikit”, lalu aku bagi, hmmmm!! Bukan sikit abis dikendurikan air coke aku sampai habis, tapi tak pe, anak-anak kecik, seronok tengok telatah diorang. UDE_51d65 UDE_5185 UDE_5192 UDE_5206 Disebabkan jalan mati, aku terpaksa tinggalkan diorang dan berpatah balik ke Jalan utama, disamping tu singgah sebentar di kedai untuk membeli air coke buat kali ke2. Harap-harap air nie taka de lagi orang kendurikan lagi, sebab apa, air manis nie, akan aku simpan buatkan tenaga. Selepas beberapa kilometer aku berkayuh, aku jumpa kembali susur jalan menuju jalan pantai, meredah ladang kelapa yang luas, yang dipenuhi dahan kelapa yang jatuh serta buah-buah tua dan juga terpaksa melintasi kawasan rumah penduduk-penduduk kampung, terdengar suara orang tua yang mengajar membaca Al-quran, seorang warga emas yang tidak berbaju, berkain pelekat dan berkopiah, sedang mengajar cucu-cucunya mengajar Al-quran diberanda rumah. Atok tua memegang rotan, sangat comel atuk yang sedang mengajar, cucu-cucu hilang tumpuan, yang tekun membaca tu, memfokuskan bacaannya. Teringat kembali zaman kecil aku dulu. Bagi tidak menghilangkan focus pengajian, aku beredar daripada kawasan tersebut. Selang beberapa rumah aku melintas, terdengar suara teriakkan seorang adik kecik kearah aku “abey tak sey dohh, mak tak sey”, dengan loghat yang pekat, aku kurang dapat memahami apa yang budak tu cakap, masa aku aku tengah berkayuh, aku fikirkan apa yang budak tadi cakap dan baru aku dapat faham, bantai ketawa aku bila aku dapat faham apa yang budak kecik tu cakap, maksudnya “ Tak nak beli dah abang”, dia ingat aku seorang peniaga yang bawak barang meniaga rumah ke rumah. Cerita kelakar aku belum habis disitu lagi, ade lagi yang menyangkakan aku jual barang, kali nie seorang abang yang sibuk membelek motor “jual barang apa abey”, kena lagi aku, berapa kali lagi nak kena chop salesman jual barang hahaha, hilang rasa penat, bila benda kelakar terjadi semasa aku berkayuh. UDE_5348 UDE_5339 UDE_53u08 Aku sampai di Pantai Irama Bachok, pantai yang menjadikan tarikan untuk keluarga bersantai, tak lupa juga untuk mereka yang ingin berasmara dana, berkasih sayang hehe. Di Pantai Irama, aku rehat untuk beberapa minit dan menghilangkan dahaga buat seketika dan memikirkan makan tengahari dan aku perlu melambatkan kayuhan aku ke tok bali atas sebab, aku ingin melihat aktiviti waktu petang disepanjang jalan ke Tok bali. Selepas rehat, seperti biasa, aku sambung perjalanan kembali dan terus melencong ke kampung Melawi, Wah di Kampung melawi banyak tempat yang cantik, banyak pantai yang menarik. Daripada Bachok sampai ke Melawi, boleh tengok tanaman Tembakau. Sangat menarik Langskap di kampung melawi dan tak lupa, aku terjumpa satu kubu perang, tak pasti kubu tentera apa, mungkin kubu tentera jepun yang masih kukuh lagi. Jika ada tempat menarik, pasti aku akan berenti di Melawi. Melayan telatah kanak-kanak yang sibuk mengajak aku berlumba, aku layankan karenah mereka, aku lepaskan mereka pergi, aku kejar dibelakang mereka, Walaupun muatan berat, tapi masih bertenaga lagi untuk berkayuh. UDE_5210 UDE_5223 Di satu ladang kelapa aku berenti melihat seorang pak cik yang memetik kelapa yang menggunakan khidmat beruk, seperti biasa, aku mengunakan teknik berbual mesra, sambil bertanya nama beruk. Pengikut apa yang pak cik tu cakap, dia mempunyai 5 ekor beruk jantan dan dia menceritakan serba sedikit berkenaan pengetahuan ilmu membela beruk hehe. Pendapatan seharian dengan memetik kelapa, mencecah rm100 sehari, dan permintaan untuk menggunakan perkhidmatan beruk adalah tinggi, takkan nak guna khidmat orang, letih dan merbahaya, tapi bahaya juga untuk beruk. UDE_5242 UDE_5244 UDE_5247 UDE_5318 UDE_5326 Aku melihat kelibat seorang budak perempuan sedang bermain dengan seekor anak monyek, di panggil monyek tersebut dengan nama “mamat”, mata sepero dan juling disebelah kanan, sangat comel si mamat, Nampak aku terus didakapnya kaki aku, bila diambil gambar sibuk untuk mengambil tahu apa yang aku buat. Tersangat manja mamat dan tuan kecilnya, membuatkan hati aku terasa tenang dengan telatah mamat. UDE_5255 UDE_5273 UDE_5264 UDE_5285 Destinasi seterusnya adalah kampung Kandis, kampung bersebelahan dengan kampung Melawi dan tinggal beberapa kilometer sahaja aku akan sampai di Tok Bali. Matahari makin membenam, suasana petang Nampak lebih menarik. Aku mendapat satu pengetahuan yang baru dalam ilmu pertanian, sembang aku bersembang dengan seorang petani. Aku memulakan pertanyaan berkenaan siluk  biluk penanaman tembakau, sambil mengambil gambar, dapat juga aku satu pengetahuan baru. Tembakau yang ditanam disepanjang kawasan aku lalui di Bachok, adalah tembakau yang dijadikan tembakau rokok seperti Dunhill, Marlboro, Winston dan jenama-jenama lain. Daun muda sesuai dijadikan rokok yang lembut dan berkualiti, contohnya rokok dunhill & Marlboro dan bagi daun yang tau, ia sesuai untuk rokok yang murah, seperti SAAT dan lain-lain yang harganya murah dan masa untuk mengikut daun adalah mengikut masa yang ditetapkan, Waktu pagi 5 Helai dan Waktu petangnya adalah 5 Helai.  Melihat kelibat anak kecil yang sedang membantu ayahnya mengutip daun tembakau, Bila di acukan kamera, mereka malu tapi ingin tahu. Waktu sekolah adalah waktu yang paling sesuai untuk membantu keluarga dengan mengutip daun tembakau. Daun Tembakau yang ditanam itu, tidak sesuai untuk dijadikan tembakau Balut, seperti mana orang tua di Utara yang gemar mengisap rokok balut. UDE_5350 UDE_5366 UDE_5356 UDE_5351 UDE_5374 Hari tu akan rasakan, aku mendapat satu pengalaman baru, sambil mencuba memetik daun tembakau, apapun terima kasih pak cik. Aku beredar dan melabaikan tangan kepada kanak-kanak yang mengekori dibelakang Basikal aku. Pada Pukul 7.30 Malam aku selamat sampai di jambatan panjang yang memisahkan daerah Bachok dengan Pasir Putih, Alhamdulillah aku sampai di Tok Bali dengan selamat, Aku tamatkan kayuhan aku di Tok bali dan tidak dapat meneruskan perjalanan lagi, sambil menunggu Rakan menjemput balik ke Kota Bharu. UDE_5383 Walaupun Pengalaman aku terindah mana, tapi aku rasakan pengalaman selama aku berbasikal ke keseluruh pelusuk kampung adalah berbaloi, kerana pada hari tu, aku mendapat banyak pengetahuan dan banyak gambar yang aku perolehi, terasa ingin pulang ke kampung sendiri dan aku rasakan diri aku masih kecil dan masih tidak merasa puas, untuk masa hadapan, aku harapkan, aku akan menjelajah kepelusut Negeri, melihat keindahan Negara sendiri dan apapun ikuti sambungan cerita aku pada perjalanan daripada Kota Bharu ke Tak Bai Thailand. Penulisan ini mengikut kata hati, aku bukan lah seorang penulis yang terbaik dan aku cuba sampaikan, apa yang terbuku dihati, Jika ada Salah perkataan, harap Dimaafkan. Cerita dan kisah perjalanan ini adalah benar dan tidak ada tokok tambahan cerita bagi menyedapkan jalan, ia tulus dari hati dan bukan mencari publisiti

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP