Hallstatt to Salzburg
Perjalanan kami yang terpaksa menyusuri jalan-jalan gelap dan berbukit untuk menuju ke Salzburg amat berbaloi apabila kami telah menjejakkan kami di Hallstatt, yang mana tempat yang kami ingin sampai sebelum kami sampai di Europe dan Insyallah jika ada rezeki, teringin nak sampai lagi di Hallstatt dalam musim Salji.
Kami selamat sampai di Salzburg pada lewat malam, tanpa membuat sebarang tempahan tempat tinggal kami terpaksa mencari hostel berpandukan Buku Lonely planet yang ada pada kami. Untuk bermalam di Salzburg adalah aku dengan Moqh Sahaja, Marco & Angelo terlebih dahulu memberitahu kami yang diorang tidak ade bajet untuk bermalam di Salzburg, kerana plan sebenar, diorang tak akan datang ke Salzburg, ini adalah plan last minit yang dibuat oleh diorang, So untuk malam di Salzburg, Angelo & Marco terpaksa bermalam di tepi-tepi jalan, terasa kesian pon ade kat diorang, tapi memandangkan kami pon tak kenal lama sangat diorang, so kami tak dapat nak menolong diorang berdua, sampai angelo & marco cakap dengan kami, “ korang kena rehat cukup, sebab korang nak ke Prague lepas nie dan jangan risau pasal kami, kami boleh cari jalan”.