Thursday, March 31, 2011

Kota Bharu,tumpat,pengkalan kubur, Tak bai

takbai Perjalanan hari ke 3 di Kelantan diteruskan ke tumpat Kelantan dan seterusnya memasuki Negara jiran iaitu Thailand. Aku memulakan perjalanan dengan seperti biasa, dengan berbasikal daripada Bandar kota bharu menuju ke jajahan tumpat. Aku bertolak daripada Bandar kota bharu pada kul 10.00 pagi, selepas sarapan bagi di warung nasi berlauk di jalan long yunus dan perjalanan aku kali ini ditemani oleh Pok cik dan Abang jihan. Pok cik & abang jihan mengekori aku dengan kereta kenari kesayangan aku dan aku berbasikal, disebabkan kayuhan basikal tidak dapat mengalahkan kelajuan kereta kenari aku, aku biarkan mereka menunggu aku di pekan tumpat. Cuaca hari ketika adalah baik, tiada mendung dan hujan berbanding dengan hari-hari sebelum.. waktu perjalanan banyak kali aku tersalah jalan dan terpaksa berpatah balik  mencari jalan sebenar yang menuju ke Tumpat. Kalau dah sesat takkan nak buat-buat pandai, so kena la bertanya pada orang-orang disepanjang jalan. Bila sesat maka lambat la masa aku untuk sampai di Tumpat. Aku sampai  tumpat pada pukul 12.30 tengahari, aku ingatkan Pok cik dan Abang Jihan sampai lebih awal daripada aku, rupanya aku sampai awal daripada diorang. Rehatkan kayuhan sambil minum air jambu batu bersebelahan dengan pasar tumpat. Aktiviti perniagaan masih lagi rancak dijalankan di Pasar tumpat, peniagaan yang dimonopoli oleh mak cik-mak cik dan warga emas. Selang beberapa minit menunggu, akhirnya sampai 2 orang sahabat nie, tanpa berehat lebih lama, aku meneruskan perjalanan ke Pengkalan kubur. Daripada pekan tumpat untuk sampai ke Pengkalan kubur tidak lah berapa jauh, hanya mengambil masa dalam 20 minit masa perjalanan. Pengkalan kubur adalah pintu ke-2 untuk masuk kenegara jiran selepas rantau panjang. Pengkalan kubur adalah bersebelahan dengan Takbai, Takbai. Antara korang pasti pernah mendengar Takbai bukan?,. Sebelum sampai ke Takbai, kami terpaksa menguruskan dokumen perjalanan sementara kami. Pada masa tu, aku bawa sekali passport antarabangsa aku, memandangkan ic aku adalah 02 kod bagi negeri kedah, aku tak nak membazirkan cop di passport dengan lebih banyak, aku ambik keputusan untuk membuat Border Passport. UDE_5397 Border Pass sementara boleh dipohon hanya bagi mereka-mereka yang lahir dinegeri yang berhampiran dengan Thailand sahaja, seperti mereka yang lahir di Kedah, Perlis, Perak & Kelantan, kos untuk memohon Border pass ini adalah RM10 sahaja dan tidak perlu menunggu lama untuk siap, hanya lapirkan 2 keping gambar berukuran passport serta ic pengenalan diri anda. Waktu kami sampai di Pengkalan Kubur adalah pukul 1.00 tengahari, jadinya pejabat imigresen ditutup sementara bagi waktu rehat tengahari, kami terpaksa menunggu sehingga pejabat imigresen dibuka pada pukul 2 petang. Memandangkan Pok cik lahir di Terengganu, pok cik tidak dapat menyertai kami ke Takbai dan terpaksa menanti kami di sempadan, walau dipujuk rayu mcm mana pon pada kakak imigresen, tetap tak boleh dilepaskan, nak masuk haram takut bahayanya diseberang. Untuk nak ken Takbai, kami terpaksa menyeberang sungai yang memisahkan Pengkalan kubur dan Takbai, daripada seberang sungai di Pengkalan kubur, kami boleh Nampak aktiviti harian dipekan Takbai. Selepas chop passport di Pengkalan kubur, kami bergerak menaiki Feri pengangkut untuk menyeberang ke Takbai. Tambang feri untuk ke Takbai adalah RM2 seorang. Aku menyeberang bersama-sama dengan Basikal dan ditemani abang jihan. Untuk menyeberang dan sampai ke Takbai, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, tak lama Alhamdulillah kami selamat menyeberang ke Takbai dengan selamat, Suasana dipekan takbai memang berbeza dengan aktiviti di pengkalan kubur, dan post imigresen Thailand boleh dilihat mcm bangsal kecik, orang ramai beratur panjang mcm nak membeli tiket untuk masuk fun fair. Kebanyakkan Masyarakat yang tinggal di takbai adalah terdiri daripada Melayu Thailand dan pertuturan bahasa masih boleh dipahami, Pekan tak bai tidak lah semaju mana dan masih meniti berkembang untuk membangun. Kami berehat sementar di warung berdekatan dengan Post imigresen untuk Makan tengahari, di Takbai, Makanan halal memang senang diperolehi, kiri dan kanan dipenuhi peniaga Muslim. Selepas makan, destinasi seterusnya adalah Ke Balai Polis Takbai, untuk membawa abang jihan bersama, terpaksa la kami hire teksi motor yang boleh bawak abang jihan ke Balai polis takbai. Dengan kadar tambang RM20, teksi motor membawa kami ke Balai polis takbai, dan aku terpaksa mengayuh basikal mengekori Motor Teksi ke Balai polis Takbai. Kenapa Balai Polis Takbai ?. Peristiwa yang berlaku pada bulan ramadhan. Peristiwa berdarah Tak Bai bermula apabila 6 orang lelaki tempatan ditahan dan dituduh membekalkan senjata kepada pihak pemberontak. Penahanan mereka dibantah oleh penduduk tempatan yang kemudiannya mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan bagi menuntut pembebasan rakan serta sanak saudara mereka itu. Perhimpunan tersebut bertukar menjadi ganas apabila tentera menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang ramai yang kemudiannya menyebabkan enam lelaki berkenaan mati ditembak. UDE_5407 disungai ini la yang menyaksikan perusuh bertempiaran lari masuk ke dalam sungai dan ada diantara mereka ditembak didalam air UDE_5414 Kesan tembakan masih boleh dilihat disekitar kawasan kejadian, sehingga sekarang Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam kemudiannya ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dengan tahanan dibawa dalam keadaan terbaring tindih-menindih..Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas. Kejadian pada 24 Oktober 2004, di bulan Ramadan itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan keganasan di selatan negara Thailand. Perdana Menteri Thailand Thaksin, memberikan sokongan penuh di atas tindakan tentera dan kenyataan pertamanya adalah "..kesemua 78 orang mati akibat mereka sudahpun lemah akibat berpuasa semasa bulan Ramadan Bila ditanya secara detail kepada pemandu teksi motor, dia agar rase kurang selesa dengan jawapan kami dan rasa serba salah untuk menjawab soalan yang kami tanyakan pada dia. Dihadapan Balai polis tersebut terdapat muara sungai dan pemandu itu menceritakan, pada masa kejadian,  para perusuh bertempiaran lari terjun ke sungai untuk menyelamatkan diri, ada daripadanya ditembak didalam air. Kesan tembakan masih boleh dilihat oleh mata aku sendiri, kesan yang boleh dilihat di dinding konkrik dan tercatat satu perkataan Thailand. Aku cuba meminta kebenaran daripada pemandu teksi motor untuk mengambil gambar dihadapan Balai polis Takbai dan dia menasihatkan agar jangan cuba-cuba mengambil gambar, takut-takut kami disyaki sebagai pengintip daripada luar, atas nasihat kami beredar daripada kawasan tragedy dan menuju ke jambatan panjang di Kampung Pulau Panjang. Jambatan panjang yang dibina dengan kayu, membuatkan aku sangat kagum dengan usaha-usaha mereka yang membina jambatan kecik tu, walaupun tidak sebesar mana, tapi binaannya sangat kukuh. Dengan perasaan ingin tahu aku cuba menyeberang dengan basikal aku k eke Kampung pulau panjang. Kampung Pulau panjang adalah sangat cantik, cantik dengan pantai dan air laut kebiruan. Dengan masa yang ada, aku tidak boleh begitu lama berada di Takbai, dan perlu meneruskan perjalanan ke sg kolok Thailand. UDE_5416 UDE_5440 UDE_5428 Untuk ke Sg kolok, ia mengambil masa 30 minit dengan kereta, kalau aku berkayuh mungkin akan jadi 1 jam atau 2 jam perjalanan, atas factor keselamatan, aku terpaksa lupakan hasrat untuk berbasikal ke sg kolok dan aku terpaksa mengambil lori pick-up untuk membawa aku ke Sg kolok, atas bantuan pemandu teksi motor, kami dapat pick up lori yang akan membawa aku ke Sg kolok. Sebelum bergerak ke Sg kolok, kami minum di warung sementara menunggu lori pick-up sampai. Pemandu teksi motor memberanikan diri untuk membuka mulut, pesannya, di sini cakap tak boleh sebarangan, cakap lebih esok atau lusa, hilang la saya, cerita ini sama yang aku ceritakan semasa pengalaman aku di Patani yang lepas dan aku faham kenapa dan mengapa dan memberitahu aku, untuk mengayuh basikal ke sg kolok adalah bahaya kerana, disepanjang jalan, risiko adalah tinggi, jalan-jalan sentiasa di letakkan paku-paku, aktiviti jenayah yang dilakukan oleh pengedar-pengedar dadah dan pemberontak atau pemisah. UDE_5463 UDE_5474 Lori yang dinanti sudah sampai dan kami beredar daripada pekan takbai, kali nie basikal aku naik pick-up hehe. Disepanjang jalan yang menuju ke Sg kolok, aku boleh lihat banyak perkampungan melayu dan banyak sawah padi. UDE_5490 Disepanjang jalan menuju ke Sg kolok, aku terpaksa menempuhi sekatan jalanraya oleh Polis Dan Tentera Thailand, didalam hati, nak jugak ambik gambar askar-askar kat post kawalan kat jalan tu, tapi terasa takut tu ada, takut disoal siasat daripada mana kami datang, takut tak balik Malaysia pulak nanti, sekatan jalan terlalu banyak, bangunan petakbiran, hospital dan tempat awam dikawal rapi oleh tentera dan polis. Kami tiba di Pekan Sg kolok dengan selamat tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, maklumlah kawasan selatan masih lagi bergolak, terutama sekali dikawasan Narathiwat. Di Pekan Sg kolok, aktiviti perniagaan di monopoli oleh orang melayu dan orang cina, Kedai makanan halal melayu memang senang diperolehi. Kami mengambil masa yang ada dengan mengelilingi Pekan Sg kolok, aku dengan basikal dan membawa hala tujuan aku dan Abang jihan dengan haluan berjalan kaki hehe. Setelah penat berpusing, kami menjamu selera di gerai-gerai di tepi jalanraya dan menu kami pada hari tu adalah Mee Celup, terasa loya dengan masakan, kerana terlampau banyak ajinomoto yang diletakkan dalam mee celup, aku tidak dapat menghabiskan makanan kerana takut muntah. Pukul 8.00 Malam kami beredar menuju ke pintu sempadan untuk ke Rantau panjang, keluar daripada Negara Thailand, sebelum pintu masuk antara Malaysia dan Thailand ditutup pada pukul 10 malam. Dipos imegresen dipenuhi dengan orang ramai yan ingin mendapatkan cop masuk dan keluar diantara dua Negara dan kastam mula sibuk untuk membuat pemeriksaan sebelum balik. Di pintu Rantau panjang, yang menanti adalah pok cik dan setelah semua urusan cop selesai, aku dan abang jihan beredar dan menuju ke kota bharu bersama-sama basikal aku yang diletakkan didalam kereta, nak kayuh balik ke kota bharu rasa penut belum hilang. DSC_0127 DSC_0080 photograph by : Jihan Meghaa Ismail Sampai sini sahaja cerita aku untuk kali ini dan cerita ini akan disambung ke beberapa negeri selepas nie insyallah, apapun jika ada tersalah dan terkasar bahasa harap korang maafkan dan disini jugak aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan dikelantan dan insyallah jika anda masa kita berjumpa lagi

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP