Menjana Pendapatan ketika Travel ?, macam mana tu ?
Hello semua !!, hari nie aku nak share sikit tentang apa yang aku buat sewaktu aku travel. Dalam masa aku travel, aku juga menjana pendapatan dengan gambar-gambar yang aku ambik, tak kira la dimana aku berada, asal ada peluang ambik gambar untuk dijual, aku akan jual. Kat mana aku jual, banyak tempat yang boleh aku jual, kebanyakkan hasil kerja aku, aku akan jualkan pada http://www.shutterstock.com dan banyak lagi tempat-tempat stock images yang aku jual. Selain daripada dapat belajar perkara-perkara baru sewaktu travel, aku dapat juga jual hasil kerja aku. Selain daripada Stock images, aku ada buat short story bagi stockphoto travel agency.
Pengalaman manis aku pada tahun 2010, hasil kerja aku di publish di Lonely planet, itu paling best sekali
Senang ke nak join Stock images ?.
Senang time nak register sahaja, sesapa sahaja boleh register, tapi agak susah untuk lepas ujian, korang kena submit 10 gambar bagi penilaian, sebab ape 10 gambar , sebab diorang nak tengok pemilihan gambar korang yang betul dari segi editing dan komposisi, kalau korang rasa layak, korang boleh la register kat shutterstock terlebih dahulu. kalau korang nak tengok gallery aku, korang boleh ke
Submit Images and Footage to Shutterstock and make money!
Berapa ringgit diorang bayar ?, sebelum korang tanya soalan macam tu, korang kena tanya diri sendiri, boleh jual ke gambar aku nie ?, kalau korang yakin gambar korang ada ciri-ciri yang tersendiri apa salahnya korang try. dan jangan harapkan gambar korang dibeli dengan harga beratus-ratus dolar, sebab dalam stockimages, aku hanya dibayar mengikut royalty dan royalty yang aku dapat tu akan dirasai oleh anak-anak aku nanti, lagi banyak gambar korang submit gambar dan diorang approve gambar korang, lagi banyak royalty yang kita dapat. Nak main stockphoto nie memang kena rajin.
Daripada kita syok sendiri, atau simpan gambar dalam hard disk lama-lama, apa salahnya kalau korang submit gambar-gambar tu kat stock images.
Untuk masuk ke Shutterstock ni korang kena bimbingan seseorang yang lebih berpengalaman. bagi aku cara ini adalah yang terbaik bagi aku menjana pendapatan atau duit poket semasa aku travel, sekarang aku masih lagi ada stock-stock yang perlu di submit. Selain daripada shutterstock, korang boleh try banyak lagi stockimages yang terdapat dalam dunia nie, seperti istockphoto, 123rf.com, dreamstime.com, bigstock dan banyak lagi.
Kualiti gambar macam mana yang boleh dijual dalam stock images ?.
Gambar yang mempunyai ciri-ciri komersial dan gambar yang bercirikan editorial sebagai bahan bacaan dan kualiti gambar juga diperlukan sekurang-kurangnya 6 megapixel dan ia bergantung pada syarat-syarat stockimages, pastikan korang baca syarat-syarat yang ditetapkan
Model Realease perlu ke ?
Jika gambar yang mempunyai gambar orang, model realease form memang diperlukan bagi persetujuan, jika korang tak de Model Realease tu, korang boleh masukkan dalam kategori Editiorial dan Property Realease juga diperlukan, jika melibatkan bangunan-bangunan yang telah di patenkan sebagai hak atau copyright reka bentuk, seperti KLCC, jika bangunan yang berunsur sejarah, rasanya Property realease tidak diperlukan
Gambar diatas adalah contoh gambar editorial yang mana terdapat orang ataupun subjek, termasuk la sampan-sampan yang mempunyai nombor-nombor yang tersendiri. Jika Gambar ini dalam bentuk Editorial, Caption adalah diperlukan, sila rujuk gambar diatas, dan gambar ini tidak boleh digunakan sebagai tujuan comercial seperti Iklan, hanya semua bagi bahan bacaan seperti tujuan penerbitan bahan bacaan
Gambar kat atas ni, gambar baby sendiri, so senang la nak dapatkan model realease, ayah sendiri ambikkan, ayah sendiri yang sign. Gambar ni boleh digunakan dalam tujuan komersial
Gambar kat atas gambar orang, kenapa tak editorial ?. Gambar orang tengah menampi pagi ni, sebab aku tak letakkan editorial sebab gambar nie boleh digunakan untuk untuk tujuan commercial, sebab gambar nie orang-orang dia tak nampak muka, tapi perlu diingatkan, caption kena dengan penerangan, kalau tak letak silhouette, gambar korang kena reject sebab dia kata gambar korang gelap dgn tak de model realease form
ini laporan bulanan aku, bagi Bulan nie, bulan March, Mana boleh share semua, kena laa padam-padam sikit
Jumlah yang aku dapat dalam 1 hari dalam lebih kurang 2- 5 dolar sehari, siapa nak kasi duit tu ?, hari-hari kita keluar duit ada la. Aku ralat jugak sebab aku lambat menceburi dalam stock image nie, aku pernah register shutterstock nie pada 2007, dah banyak kali submit gambar, tapi tak lepas-lepas dan sampai la satu hari ada kawan-kawan yang guidekan untuk masuk dan Alhamdulillah aku melepasi ujian tu, dan boleh dikatakan setiap hari aku akan submit gambar dan setiap minggu aku akan buat satu tugas baru dalam photography, lepas tu submit kat shutterstock. Aku akui kalau main stock photo nie kena rajin, kena fokus betul-betul dan jangan syok sekejap jek. Perkara paling best bila main stockphoto nie, waktu tido duit masuk, waktu makan duit masuk waktu cuti pon duit masuk, tabiat aku hari-hari adalah refresh page untuk tengok earning, walaupun jumlahnya kecik, tapi lama-lama jadi bukit.
Ini adalah cara baru aku bagi menjana pendapatan sewaktu aku travel, selain daripada buat apa yang aku suka, suka travel, suka ambik gambar lepas tu jual pada stock images. apapun kalau korang nak try dan perlukan bimbingan, aku sedia membantu :) selamat mencuba.
Submit Images and Footage to Shutterstock and make money!
0 comments:
Post a Comment