Sunday, March 24, 2013

Langtang valley part 2

IMG_1845

IMG_1825

Thamel road adalah tempat tumpuan pelancong dan di thamel terdapat banyak kedai-kedai yg menjual pakaian, aksesori, barang handcraft dan terdapat berpuluh-puluh kedai yang menjual alat kelengkapan untuk mendaki. Bagi yang berminat untuk mendaki ataupun trekking korang boleh shopping segala peralatan di thamel dan aku nasihatkan korang survey harga terlebih dahulu, jangan risau, korang boleh dapatkan peralatan dan pakaian yang berkualiti dan aku nasihatkan korang bertanya terlebih dahulu

Nepal made ?
China made ?
Original made?

IMG_4766

Nepal made bagi aku adalah berkualiti dan murah

China made selalunya tidak tahan lama dan mudah terkoyak, so sila berhati-hati waktu membeli, jangan risau orang nepal adalah jujur ketika menjalankan perniagaan.


Bagi peralatan original made kalau korang ada bajet yang bagus dan nak merasai barang yang berkualiti, korang boleh shopping di butik-butik besar di thamel, contohnya north face, mammut, black yak (korea brand), prana, la sportiva, sherpa dan banyak lagi, kalau korang pakai yang original, korang boleh jual balik peralatan tu kat kedai barang terpakai.

Jika korang memerlukan guide untuk trekking, terdapat banyak trekking agensi yang ada di thamel road, ia bergantung pada masa korang.
IMG_4928


Bagi yang berminat nak lakukan aktiviti lasak selain trekking, nepal la tempat yang paling sesuai, sebab apa, banyak aktiviti lasak kat nepal, white water rafting yang gler mencabar, bungy jump, rock climbing, sky diving, bycle mount, down hill, paragliding dan banyak lagi la, tepuk poket jek.

Mata wang yang digunakan adalah nepal rupee & dolar, bagi yang nak bayar pakej atau hotel, tapi aku saran korang tukar dolar kepada nepal rupee, tapi di malaysia korang tak boleh beli rupee. Kalau korang gunakan dolar, diorang akan pulangkan dalam rupee, banyak la. Di nepal, diorang terima india rupee, jangan terkejut kalau diorang pulangkan balance dalam india rupee. Bagi duit malaysia ?, duit malaysia korang boleh bawa, sebab matawang malaysia stabil dan ramai orang tau pasal nepal.

Bank dan ATM banyak di kawasan thamel road, antara bank paling femes adalah nabil bank, so sapa yang tak cukup dia boleh keluar jek kat ATM.

Bagi yang nak keluar cash kat ATM, make sure korang aktifkan PLUS, bukan PLUS lebuhraya. Macam mana nak aktifkan, pegi jek mesin ATM dan cari menu aktifkan PLUS, caj bagi pengeluaran wang adalah 400 rupee.

Waktu urus niaga perniagaan di kathmandu adalah pukul 8 pagi sehingga 9 malam dan selebihnya adalah restoran dan pub sampai lewat pagi.

Crime ?, jangan risau sebab kat mana-mana pon ade risiko kalau nak kena rompak, tapi bersiap sedia apa yang perlu. Bagi kita orang melayu, aku rasa tak menjadi masalah besar, sebab kadang orang nepal pon ingat kita sama macam diorang, tapi sekarang dia dh dapat tau, macam mana dia dapat tau?, cara pemakaian kita, so elakkan pakai pakaian yang tidak menonjol, stylo melo kat nepal dan lagi satu, jangan risau orang nepal friendly, cuma pertama kali dia agak susah nak agak kita orang malaysia, dia mesti ingat kita nepal jugak.

Kalau yang suke lepak cafe dan pub, banyak cafe yang best yang boleh kita lepak minum kopi dan layan live band, seriously mmg murah dan jangan lupa singgah news orlen cafe

Akses internet boleh didapati dimana-mana. Kalau duduk guesthouse pasti ade wifi. Bekalan elektrik selalu terputus kalau di kathmandu, selalunya bekalan jadual, diorang siap dah ade kalender utk letrik, boleh tengok hari dan pukul berapa letrik akan on, walaupun letrik x de, korang oleh akses wifi.

Ok la kawan-kawan pembaca, sampai sini sahaja cerita saya dan nantikan sambungan cerita aku nie ok :)


0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP