Friday, April 29, 2011

Hallstatt to Salzburg

UDE_5613 Perjalanan kami yang terpaksa menyusuri jalan-jalan gelap dan berbukit untuk menuju ke Salzburg amat berbaloi apabila kami telah menjejakkan kami di Hallstatt, yang mana tempat yang kami ingin sampai sebelum kami sampai di Europe dan Insyallah jika ada rezeki, teringin nak sampai lagi di Hallstatt dalam musim Salji. Kami selamat sampai di Salzburg pada lewat malam, tanpa membuat sebarang tempahan tempat tinggal kami terpaksa mencari hostel berpandukan Buku Lonely planet yang ada pada kami. Untuk bermalam di Salzburg adalah aku dengan Moqh Sahaja, Marco & Angelo terlebih dahulu memberitahu kami yang diorang tidak ade bajet untuk bermalam di Salzburg, kerana plan sebenar, diorang tak akan datang ke Salzburg, ini adalah plan last minit yang dibuat oleh diorang, So untuk malam di Salzburg, Angelo & Marco terpaksa bermalam di tepi-tepi jalan, terasa kesian pon ade kat diorang, tapi memandangkan kami pon tak kenal lama sangat diorang, so kami tak dapat nak menolong diorang berdua, sampai angelo & marco cakap dengan kami, “ korang kena rehat cukup, sebab korang nak ke Prague lepas nie dan jangan risau pasal kami, kami boleh cari jalan”.

Tuesday, April 26, 2011

Vienna to Hallstatt

Perjalanan kali ini diikuti oleh 2 orang rakan Bagpacker dari Itali yang kami kenal semasa kami menginap di Wombet Hostel di Vienna. Marco masih menuntut di University of Valencia manakala angelo masih menuntut di Universiti di Bologna Itali, diorang menghabiskan masa cuti semester di Europe. Kebetulan mereka nak ke Hallstatt, kami dengan penuh kepercayaan menumpangkan diorang untuk ke Hallstatt. Kami meninggalkan Hallstatt pada pukul 10 pagi Waktu Austria. Jalanraya di Vienna agak mencabar dan memerlukan pemanduan yang teliti, kerana jalanraya selalunya akan berkongsi dengan laluan Tram Bandar, salah langkah pasti akan terjadi kemalangan. Dengan pemanduan disebelah kiri, lagi memberikan cabaran pada aku untuk memandu dan masalah aku, sewaktu parking dijalan yang sempit. Kalau selalunya di Negara sendiri, kelajuan 100km menjadi kebiasaan tapi bila berada di Vienna, aku kembali seperti budak yang baru belajar memandu, terpaksa memandu secara pelahan, tapi alhamdulillah, pemandu-pemandu Austria faham yang kami bukan orang Austria, mereka boleh membezakan kami melalui warna kulit, tidak seperti di Malaysia, kalau Kereta dihadapan bergerak pelahan pasti ada kereta dibelakang membunyikan Hon dan kadangkalanya aku mendapatkan isyarat jari tengah. Di Austria membunyikan hon adalah satu sifat yang kurang disenangi oleh pengguna jalanraya dan hon digunakan pada keadaan yang tertentu sahaja. Bagi yang ingin memandu di Austria, aku sarankan korang baca dulu syarat atau panduan bagi pemanduan di Austria. UDE_4789 UDE_4644 UDE_4965 UDE_4778 UDE_4610 Bagi kami yang memandu di tengah Bandar Austria, kami mempunyai masalah dengan Navigation GPS yang sering kali terjadi masalah untuk Navigate Location, mungkin kerana kabel-kabel Tram yang mendatangkan masalah pada GPS kami, pesanan kami kalau anda ingin memandu di tengah Bandar Vienna, sediakan GPS lebih dan sediakan Maps untuk pandu arah. Parking di Vienna keseluruhannya adalah berbayar, tak ada parking free, so jangan parking sebarangan. Mengikut apa yang aku tau, jika setiap orang yang melakukan Kesalahan memandu di Austria, saman perlu dibayar serta merta dan tak lupa sticker tol perlu di beli jika korang memasuki Austria. Jalanraya di Austria adalah baik berbanding dengan Negara Czech, jalan yang teruk dan berlubang. Jalan penghubung antara Bandar di Austria adalah Lebuhraya. Sepanjang memandu di Austria, aku dapat belajar cara orang-orang Austria memandu dan disepanjang pemanduan, lampu perlu dihidupkan. Perjalanan untuk sampai ke Hallstatt mengambil masa 3 jam masa perjalanan dan jarak antara Vienna ke Hallstatt adalah 350KM, mengikut kiraan GPS TOMTOM kami. Selepas keluar Daripada Bandar Vienna, baru aku teras lega dengan azab dan rase gementar waktu memandu di Vienna, kerana waktu kami keluar daripada Vienna adalah waktu cuti, dengan bantuan GPS, GPS membawa kami jalan terdekat untuk keluar daripada Bandar Vienna. UDE_4964 UDE_4948 UDE_4924 UDE_4888 UDE_4788 UDE_4668 Keadaan jalan adalah baik dan kami selamat daripada menempuh kesesakkan jalan yang amat teruk. Lebuhraya di Austria dibanjiri dengan Lori-lori Pengangkut Barang yang sizenya amat besar jika nak dibandingkan dengan lori-lori yang terdapat di Malaysia. Pemanduan lebih menyeronokkan dengan perkongsian antara dua Negara, Malaysia dan Itali, kami menceritakan apa yang terbaik yang ada di Malaysia dan apa yang patut orang diluar dari Malaysia perlu datang ke Malaysia, Pada mulanya Marco & Angelo agak kurang berminat untuk datang ke Malaysia, katanya Faktor Keselamatan agak ketat, yela sebab diorang cakap ketat, sebab, diorang nie mamat isap ganja. Bagi diorang, menyimpan ganja di Negara diorang adalah bukan 1 kesalahan berbanding dengan Negara kita, Malaysia, Walaupun Marco & Angelo mengisap, diorang tidak mendatangkan Masalah kepada kami sepanjang perjalanan, malahan diorang menghormati kami dan kami sebelum ini pernah di pelawa dengan Beer dan kami menerangkan kami mereka, yang Agama kami (Islam) mengharamkan kami untuk minum minum arak dan diorang faham dan menghormati kami sebagai seorang Muslim. Marco & angelo jugak mempelawa kami untuk datang ke Bologna, Itali, Katanya datang dan tinggal dirumah kami. UDE_4942 UDE_4805 UDE_4743 UDE_4672 UDE_4686 UDE_4624 UDE_4620 UDE_4618 UDE_4600 Pada mula perkenalan kami dengan Marco & Angelo, kami agak berjaga-jaga, terutama sekali angelo, suarany yang agak keras, seperti suara mafia Itali di Movie, dengan rambut dandanan Dreadlocks, agak risau juga bila tengok secara luaran. Dengan layanan baik semuanya telah mengubah tanggapan kami, bahawa kami atau misi kami adalah sama, menjelajah melihat dunia. Apa yang diceritakan sebelum nie oleh Angelo & Marco, diorang nak bermalam di Hallstatt, dengan Bajet yang diorang ada, adalah untuk membeli makanan sahaja dan diorang tidak memerlukan tempat tidor. Kami Tanya pada marco & Angelo, dimana diorang nak bermalam di Hallstatt, kata diorang, diorang akan tidor didalam sleeping bag. Marco dan angelo hanya membawa 1 beg sahaja dan selebihnya mereka tinggalkan di Wombet Hostel, kerana diorang akan berpatah balik ke Vienna. Kami memberitahu diorang yang kami berdua akan turut serta bermalam dengan diorang, untuk menghayati keindahan Hallstatt, Mulanya agak risau, kerana, cuaca di hallstatt mengikut bacaan kami adalah sejuk, Hallstatt di kelilingi gunung-gunung bersalji. UDE_4527 Pada Waktu Tengahari Kami selamat Sampai di Hallstatt. Kami terpegun dengan kecantikkan Hallstatt yang membuatkan hati dan perasaan terasa sejuk melihat ciptaan Allah. Kami berhenti ditepi jalan untuk mengambil jalan, jarak kami sudah pon dekat untuk menghampiri perkampungan di Hallstatt dan terlebih dahulu aku ceritakan Hallstatt. Faktor yang membuatkan kami untuk datang ke Hallstatt adalah ingin melihat satu Kampung yang disenaraikan didalam UNESCO, satu perkampungkan yang teletak dilereng bukit dan gunung. Perkampungan Hallstatt juga dikelilingi oleh Tasik. Hallstatt Juga terkenal dengan Kawasan perusahaan Garam terbesar di Austria dan membuatkan kami rasa pelik, Tasik yang mengelilingi Hallstatt adalah berair Masin dan terdapat ikan-ikan yang pelik, jangan tak percaya, dalam tasik tu ada ikan Jerung dan tasik tu menjadi tumpuan Diver-diver di Austria. UDE_4595 UDE_4557 Suasana Petang di Hallstatt sangat damai dengan Udara yang segar, kami gunakan masa yang ada dengan mengelilingi kawasan Hallstatt. Hallstatt jugak menjadi tumpuan para pengemar sukan luncur Salji pada musim sejuk dan apa yang kami lihat, keadaan atau suasana Hallstatt pada musim Salji adalah cantik, bagi yang nak datang ke Hallstatt pada musim sejuk, harap-harap kena tahan sikit dengan cuaca sejuk di Hallstatt, waktu kami datang adalah Spring, masih lagi terasa sejuk. Perkampungan Hallstatt adalah cantik, dengan rumah-rumah lama serta terdapat rumah sampan. Sampan menjadi pengangkutan pada penduduk di Hallstatt bagi menyebarangi Tasik Hallstatt ke kampung-kampung yang berdekatan. Kami luangkan masa dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan perkampungan di Hallstatt, keadaan rumah-rumah amat sunyi, bagaikan tidak ada penghuni. Pemilik-pemilik rumah yang terdapat di Hallstatt kebanyakkannya tinggal di Vienna & Salzburg, mereka akan datang pada musim cuti dan ada sesetengahnya berpenghuni, termasuklah Hotel dan Hostel. Sepanjang kami berada di Hallstatt, juadah makan tengahari kami adalah roti yang berlaukkan cheese dan mayonis, berbeza juadah kami dengan Marco & Angelo, roti berlaukkan Bacon Pork, pada mulanya kami dipelawa hehe. Kos Makanan kami sepanjang di Budapest & Vienna adalah jimat, jimatnya kerana, kena makan roti sahaja, kadangnya berinti kacang dan kadangnya kosong. Mineral Water kebanyakkan bergas dan agak kurang enak kami meminumnya dan terpaksa goncang dulu sebelum minum. UDE_4651 UDE_4800 Hasrat kami untuk bermalam diluar terpaksa kami batalkan, kerana cuaca disekitarnya adalah sangat sejuk, itu petang, belum malam, melihat salji mula turun di atas puncak bukit, maka kawasan bawahnya akan turut menjadi sejuk. Dengan Bantuan Buku Lonely planet, kami terpaksa mencari hostel yang berdekatan dengan Perkampungan Hallstatt. Hostel adanya penuh, kerana pada hari tersebut adalah hari cuti, dan ada hostel masih kosong untuk menerima penginap. Kadar bayaran untuk seorang adalah 12-18 Euro, tanpa kemudahan yang lengkap. Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Salzburg, memandangkan dan dapat bayangkan aktiviti malam di Hallstatt pasti sunyi sepi. Dengan persetujuan kami mengambil keputusan untuk beredar ke Hallstatt pada waktu senja. Kami beredar dengan mengikuti jalan gelap, jalan kampung, jalan pintas, semuanya bergantung pada GPS kami, agak menakutkan sepanjang jalan tersebut, terpaksa melalui jalan yang berbukit yang bercuram, nak membaca tulisan di signboard kurang faham kami, ikut sahaja GPS bawa kami. Apapun sampai sini sahaja cerita kami di Hallstatt dan nantikan sambungan perjalanan kami ke Salzburg. UDE_4879 Apa yang ingin aku cakapkan disini, Hallstatt adalah tempat yang paling cantik dan mendamaikan, jika anda sampai ke Austria, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Hallstatt

Saturday, April 9, 2011

Hallstatt. Coming soon!

Saved Photos-163 Saved Photos-166 Saved Photos-164 Saved Photos-167

Selamat datang ke Vienna

Vienna hari ini aku teruskan cerita terkini mengenai perjalanan kami di Vienna. Saved Photos-158 Di wombat Hostel, kami terpaksa keluar pada pukul 10 pagi, waktu check out yang diberikan oleh pihak wombat hostel. Aku citer serba sedikit tentang Wombat Hostel, wombat Hostel adalah penginapan kepada mereka-mereka yang datang sebagai Backpacker, Wombat terdapat 3 cawangan di Central Europe, di Munich, Vienna & Budapest dan Wombat Hostel adalah tersenarai dlm World best hostel, pengiktirfan daripada Hostelworld.com dan lonely Planet. Penginapan adalah baik, layanan yang cukup mesra dan kemudahan yang baik seperti perkhidmatan internet percuma, iaitu WIFI dan Bar untuk pengunjungan. Kos kami di Austria, menginap di Wombat adalah 17 euro, Dorm yang selasa, mempunyai 3 katil. Bagi yang perokok tegar, Merokok didalam Dorm adalah dilarang, so kena isap rokok kat luar. disini kami dapat beberapa kawan baru yang datang dari pelusut dunia dan mereka-mereka sangat mesra. Bagi kami yang memandu, kami dapat parking percuma, nak tempat lain, semua parking bukan percuma dan lagi satu di Vienna nk dapatkan WIFI percuma agak susah, tak sama macam negara Malaysia, banyak tempat WIFI free Sebelum pukul 10 kami berdua dah pon keluar dari wombet hostel untuk ke Bandar Vienna, dari Wombet kami terpaksa berjalan kami menuju ke Vienna.  Masa perjalanan untuk berjalan kaki ke Vienna Mengambil masa 30 minit daripada Wombet, Di Vienna kami tak perlu risau, kerana tempat yang kami nak lawati adalah sangat dekat dan hanya boleh berjalan kami daripada 1 tempat ke 1 tempat. selepas berjalan kaki dalam 20 minit, aku tertinggal something dalam Wombat, tertinggal Passport, dengan pantas, aku terpaksa patah balik ke Wombat untuk ambik passport, kalau kena tahan polis memang naya Saved Photos-154 Di vienna seriously banyak tempat bersejarah yang pemandangannya adalah cantik, terutama sekali ukiran dan ada daripadanya memasang potret Mozart, Orang di Vienna sangat membanggakan Mozart dan di Austria jugak sangat popular Spanish School riding house. Di vienna, orang disini lebih gemar dengan berbasikal, tak terbilang berapa banyak basikal yang ada kat bandar vienna. Di vienna, kos sesuatu barang adalah mahal tetapi, murah pada makanan, mcm kami memang terasa la, sebab kita pakai Ringgit Malaysia. sekali lagi nak cakap pagi di Vienna tersangat best, banyak gambar yang kami ambik, nie pon tak boleh nak share semua gambar yang dah diambik, ambik jek banyak-banyak, lepas nie tak tau bila pulak dapat datang ke Vienna ni lagi, di vienna jugak terdapat banyak opera teater, mana-mana pegi, boleh tengok poster yang tertampal kat dinding.  Saved Photos-157 Saved Photos-153 Vienna Baru sahaja masuk ke Musim Spring, cuaca yang cantik dan matahari yang terang menerang. Bila panas, orang vienna suka la, boleh tengok semua orang terlentang dan terbaring kat mana-mana yang ada padang. Bukan Senang nak dapat matahari, kalau orang vienna datang ke Malaysia, mesti dia suka dengan cuaca-cuaca Malaysia yang panas hehe. Sebelah petang, kami masih lagi belum puas untuk berjalan, kalau diikutkan plan sebenar, kami akan ke Salzbug pada sebelah petang, memandang kan seronok ambik gambar dan takut dengan trafic jam, kami terpaksa plan untuk drive malam. drive dalam kereta banyak di Vienna memang takut, terutama sekali waktu orang balik keje, kereta banyak, lepas tu aku selalu drive sebelah kanan, so kena la tunggu sampai malam, sebelum balik kami lepak menunggu malam dan ambik gambar waktu malam nie Vienna. Ambik gambar waktu malam di vienna memang cantik. Seharian berjalanan kami memang memenatkan nak pulak kami bawak beg yang ade lens yang berat, memang sakit pinggang, so dh tak nak jalan, kami ambik keputusan untuk gunakan public transport, pada mulanya agak janggal nak beli tiket, tapi dengan bertanya dengan orang, tak de masalah. Di Vienna, kebanyakkan orangnya boleh bercakap English, jangan risau kalau korang datang ke sini. kos untuk tiket train intercity adalah 5.70 euro, pakai la dalam masa 2 jam tu Awal pagi seronok ambik gambar, tapi yang paling tak seronok adalah kami kena tahan dengan Polis Austria, datang depan jek terus tunjuk kad Kuasa " halo, we polis austriaa" kena mintak passport untuk pengesahan, bukan kemain detail polis tu check passport, aku punya lepas, tapi moqh punya sangkut, polis cakap passport Palsu, kena duk soal ade la dalam 20 minit. Orang Austria mmg boleh kenal la kan, sebab spesis mcm kita nie susah nak dapat kat Austria, orang sekarang kata "rare", asal berjalan kat depan orang, mesti semua pandang kami, Polis austria kena buat double check balik, abang polis nie buat orang terkejut la, naisib baik la moqh org malaysiakan, ingat nak tanya gak moqh kat mana dia beli passport haha. Kami balik ke Wombat dan rehat minum di Bar, minum jus jek, jangan pikir yang bukan-bukan plak. Disebabkan Drive sangat tidak bermaya, penat sebab jauh jalan kaki, kami plan drive lewat malam. Datang 2 kenalan baru kami di Vienna, kawan baru kami datang dari itali, Marco & angle, dua-dua laki.  Diorang nak mintak tolong untuk tumpangkan diorang ke Hallstatt, so jadual kena berubah la, so kami plak kena tukar plan dan tukar ke Hallstat bersama-sama dengan diorang. Untuk ke Hallstat dari Vienna ambik masa 3 jam masa perjalanan, so kami kena bermalam di Hallstat esok, bermalam dalam kereta atau bermalam dibawah pokok dengan sleeping beg, tapi di Hallstat adalah kawasan yang berdekatan dengan Gunung, memang sejuk la jawabnya, marco dan angle dh biasa, bagi yg tak biasa nie susah gak. Saved Photos-150 Ok kawan-kawan, aku perlu berehat untuk bekalan hari esok, kalau tak drive, takut ngantuk esok. Kawan-kawan duakan kami selamat sampai ke Hallstat, tunggu ye sambungan perjalanan kami.

Thursday, April 7, 2011

Perjalanan dari Budapest ke Vienna

Saved Photos-138 hari 6 april 2011, kami masih dibudapest, Budapest adalah bandar ke tiga tempat persinggahan kami, semalam lewat sampai di Budapest, so tak dapat nak ambik gambar dan berjalan di kawasan budapest. Saved Photos-147 Dengan bantuan GPS Budget Car kami selamat tiba di Budapest dan bermalam di Villa korall di radoc street 30 minit masa perjalanan daripada bandar Budapest. Saved Photos-139 Rehat dan update blog sebelum melelapkan mata dan akan bangun seawal pagi untuk melawat Bandar budapest, untuk menaturalkan masa tido aku memang agak susah dan pada pukul 4, pagi boleh lelapkan mata Saved Photos-145 Pagi 6 April 2011, kami bangun dan bersiap sebelum sarapan, selepas sarapan , masa untuk melawat Bandar Budapest. Waktu sarapan tak ada benda pelik yang kami tertelan dan alhamdulillah tak ade masalah sangat, Juadah sarapan pagi tadi adalah telor goreng bersama jus oren made in hungary. Waktu sarapan aku sembat beramah mesra dengan seorang mak cik daripada florida, katanya, dia berjalan mengelilingi dunia sebabkan nak kan resepi baru untuk dipelajari, rupa-rupanya, mak cik seorang chef. Aku memperkenalkan diri dan memperkenalkan negara kelahiran aku iaitu MALAYSIA, aku cuba bertanya, sudah datang ke malaysia atau belum, katanya dia tidak berapa selesa dengan cuaca malaysia, mungkin panas, tapi dia sangat suka makanan malaysia, Nasi Goreng & Teh tarik, tak sangka orang amerika suka makan nasik goreng. Saved Photos-141 Untuk ke Bandar budapest kami terpaksa menggunakan pengangkutan awam, iaitu teksi, dengan bantuan Robert, seorang pekerja di villa korall, kami berjaya dapatkan teksi. Bukan tak nak drive masuk ke budapest, satu faktornya adalah Parking & jalan agak memeningkan, kalau jalan busy lagi la aku rase takut, sebab memandu sebelah kirikan. Tambang yang dikenakan adalah 10 euro untuk ke Budapest. Saved Photos-143 Sebelum tu aku nak bagi info, di hungary, bandar yang terkenal adalah  budapest. sebenarnya ade 2 nama, Buda terletak di Utara dan Pest terletak di selatan dan yang memisahkan kedua-dua tempat tu adalah sungai yang mempunyai beberapa jambatan, jambatan yang sempat kami lalui adalah chain Bridge, seperti seakan-akan sama London Bridge. Saved Photos-140 Daripada Rutdo kami terus ke bandar budapest dan destinasi pertama kami adalah  di Buda Castle Labyrinth, istana lama yang tersenarai dalam UNESCO. Buda Castle Labyrinth sangat cantik dan kawasannya sangat besar, daripada Buda Castle Labyrinth, kami boleh lihat permandangan bandar Pest, seriously memang cantik, Buda kaya dengan bangunan lama dan bersejarah dan bersebelahan Buda Castle adalah Trinity Square. Bandar disebelah PEST pulak adalah bandar lama yang bercampur dengan bangunan moden. Bagi yang nak datang ke budapest, jangan risau, korang boleh jek berjalan untuk sampai ke 2 tempat itu, hanya jalan kami, kita boleh sampai dikesemua tempat. Ok berkenaan dengan makanan, kira dah 2 hari aku tak menelan nasik, semuanya adalah roti. Di Budapest untuk mencari makanan halal  memang agak susah sikit, nak tengok kedai-kedai halal pon tak nampak, ade tu ade, tapi memang agak susah untuk kita dapatkan makanan halal. Pasal Shopping pulak.. emmm barang-barang disini memang mahal, duit kecik, tapi mahal, matawang yang digunakan di Hungary adalah Hungarian Forint, contohnya RM98 kita bersamaan dengan 5990 Forint. Barang Mahal, kalau nak beli 1 barang fridge Magnet, harga tak berbaloi dan bukannya rm5 dapat 6, beli 1, dapat 1. Waktu aku sibuk masuk kedai-kedai, aku pelik jugak, kena diorang nie gambar-gambar perdana menteri israel, tapi di Budapest memang ade tempat-tempat peringatan Jews, antaranya di Kozma Street Cemetery, cemetery paling terbesar di Budapest.Di Budapest, diorang lebih selesa dengan menggunakan wang Forint, kalau nak belu apa-apa korang kena tukar awal-awal Bercakap pasal awek... hehe tak payah nak cakap la, takat sekarang nie yang aku jumpa, memang lawa, takat tengok jelakan. selepas habis berjalan di Bandar Budapest, kami terpaksa balik semula ke Radoc Street dan berkemas untuk meneruskan perjalanan kami ke Vienna, Austria. Saved Photos-144 Perjalanan ke Vienna mengambil masa dalam 1 jam 40 minit, perjalanan menggunakan jalan Motorway (highway). Highway menuju ke Vienna agak menakutkan, dengan kesibukan jalan, di penuhi lori-lori besar. Untuk memandu di Austria, vignettes amat penting, seperti sebelum-sebelum nie vignettes boleh dibeli distesen minyak hampiran dengan Border pemisah antara Hungary dan Austria, singgah untuk mengisi minyak dan seterusnya memandu ke Vienna. bila sampai di Bandar Vienna, perasaan takut aku mula datang, nak masuk bandar memang terasa, sebab kebiasaan di Malaysia, kita memandu disebelah kanan, bila memandu disebelah kiri rasanya agak menakutkan, tambah pulak dengan melalui jalan-Jalan TRAM.. hari ini kami sampai di Vienna, mencari hotel yang berpatutan yang boleh menumpang, tapi sayang, hotel kebanyakan sudah penuh dan terpaksa bermalam nie Wombat Hostel, info yang kami dapat didalam buku lonely planet. Perjalanan kami bertambah sukar, kerana, GPS kami mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan Radar, Terasa sangat risau, jika GPS rosak, memaksa kami untuk berhenti setika ditepi jalan. Parking di Vienna adalah amat susah dan bayaran Parking kereta adalah agak mahal. Untuk Malam nie, kami berdua menginap di Wombat Hostel, Hostel Backpacker yang tersenarai dalam top 10 hostel terbaik di dunia, kemudahan yang baik dan tempat penginapan yang selesa. Esok Pagi, kami akan jalan-jalan di Bandar Vienna, Ibu Negara Austria, banyak tempat yang perlu kami singgah disana dan esok jugak kami akan bertolak ke Salzbug. Perjalanan ke Salzburg akan mengambil masa dalam 3 jam daripada vienna. apapun tunggu esok dengan entry di Salzburg :)

Wednesday, April 6, 2011

Hello Budapest

Last Import-2 Last Import-1 Last Import-3 Last Import-3 Alhamdulillah selamat sampai di Budapest,hungary pada pukul 12.00 malam waktu hungary. Perjalanan yang bermula pada 5 April, pukul 1.00 pagi waktu malaysia dengan penerbangan tambang murah Airasia X, daripada LCCT KLIA ke Stansted, London. Perjalanan atau penerbangan kami mengambil masa 14 jam penerbangan terus, tanpa henti, membuatkan terasa penat, masa seharian dihabiskan didalam penerbangan. Last Import-1 Kami tiba di lapangan terbang Stansted london pada pukul 8.00 pagi waktu UK dan selepas tiba di stansted, kami berlepas ke Brno, Czech Republik dengan penerbangan Ryanair. Berlepas ke Brno pada pukul 1.30 tengahari dan mengambil masa 1.30 minit. Kami tiba di lapangan terbang brno pada pukul 3.00 petang, waktu Republik Czech. Last Import-0 selepas melepasi temuramah bersama polis czech, alhamdulillah semuanya selamat dan memang diakui, agak susah untuk faham bahasa diorang.Sampai di airport Brno, semua orang czech pandang pelik, mungkin sebab spesis melayu macam kami nie jarang-jarang untuk ditemui dan untuk maklumat lanjut, Bagi Rakyat Malaysia, kita dikecualikan visa, kecuali yang nak tinggal melebihi sebulan. Last Import-5 Perjalanan kami kali ini ditemani dengan Skoda Fabia, plat pendaftaran Republik Czech, so tak de driver yang nak drive untuk aku, aku kena drive sendiri kereta tu. Dengan dokumen yang lengkap, aku layak untuk memandu, tapi agak cuak sebab pertama kali memandu disebelah kiri, nasib baik gear auto, kalau manual, lagi mencuakkan. Sebelum memulakan pemanduan, kena la dengar taklimat dulu dari Budget Car, lepas tu kena setup GPS dulu, kalau pakai map, tau la biler boleh sampai Nak dibandingkan cuaca hari ini, cuaca di stansted agak sejuk dan mendung serta awan tebal, berbanding cuaca di Brno, cuaca sangat baik, matahari boleh nampak cahayanya, tapi sayang sebab tak dapat spend masa sangat di Brno, kami kena teruskan perjalanan ke Bratislava, memandangan hari pon dh nak gelap, kami kena drive jugak. Seriously aku memang akui, mula-mula nak drive sebelah kiri, memang menakutkan, nak plak masuk pekan Disepanjang jalan waktu aku drive, banyak tempat yang tersangat cantik, subhanallah.. cuma nak berenti tepi jalan tak boleh sebarangan, jalanraya kat czech sangat kecik dan sempit, lepas tu jalan agak teruk sikit. Waktu drive, aku rasekan memandu di sebuah daerah yang tak de orang. Disepanjang jalan, ladang gandum luas terbentang, terasa macam kat ladang gula perlis Di Czech, matawang yang digunakan adalah koruna, duit dia tak de besar, duit malaysia lagi tinggi. sepanjang 1 hari nie, memang tak jumpa nasik la kan, so kena makan ape yang patut dimakan, ade bekalan yang kami bawak dari Malaysia dan ade yang terpaksa beli di Kedai-kedai sepanjang jalan nk ke Bratislava. Kalau beli barang memang cakap dengan itik la, orang muda-muda pon tak boleh nak bercakap English. Di Czech apa yang aku nampak waktu aku tengah drive, banyak bangunan lama-lama yang cantik, nak singgah memang x sempat, hari dh nak mula gelap, so nanti kami berpatah balik ke Brno, aku harap tak terlepas peluang lagi bratislava Untuk Drive didalam negara Slovakia, apa yang perlu dan paling penting adalah, kena beli vignettes, apa tu vignettes ?, ok vignettes tu mcm cukai jalan untuk sesetengah negara Europe guna, fungsi mcm tol dan cukai jalan yang kami gunakan highway diorang. Bila sudah masuk ke Negara Slovakia, kami beli vignettes di Petrol pam, kalau tak beli, kena tahan polis, memang kena saman. vignettes slovakia hanya untuk slovakia sahaja dan vignettes hungary, untk hungary sahaja, setiap kali kami melintasi border negara, memang kami kena singgah petrol pam untuk membeli vignettes. vignettes ditambalkan di cermin kereta, esok kena beli lagi vignettes untuk masuk Austria Sampai di Bratislava pun dah malam, tak sempat nak jalan-jalan, kalau diikutkan jadual, memang kena pegi, tapi aktiviti malam di Bratislava adalah pekan mati, jadinya esok jela singgah, sebab 1 jalan nak ke Austria. Bratislava bandar yang sgt kecik, keluar sikit dh masuk Hungary tapi drive dalam bandar Bratislava, takut jugak, aku siap hentam masuk jalan Tram, memang cuak, nasib baik la malam dan tak ada Tram dari depan, so kami cari jalan keluar dari Bratislava dan terus menuju ke Budapest. budapest Alhamdulillah sekarang kami berada di Budapest, rehat untuk malam ini, dan esoknya akan berjalan di bandar Budapest, selepas tu ke Austria, untuk kawan-kawan kat sini, sampai sini sahaja untuk hari ini, esok insyallah ade lagi story yang best untuk aku sharekan, apapun doakan aku selamat ok :)

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP