Wednesday, January 23, 2013

Teaser untuk Langtang



Finally dapat jugak aku keluarkan Teaser untuk Langtang expedition, Baru Teaser jek tau, bukan full video. Untuk permulaan kena la buat teaser dulu, kalau cerita semua yang best awal-awal tak best la kan, aku macam nak letak, tapi kena sabar sikit, kasi korang tunggu sikit next cerita apa yang terjadi dengan perjalanan aku selama 2 minggu di Nepal.

Bagi yang nak membaca pasal Travelogue dan budget untuk travel aku, insyallah mulai minggu depan aku dh mula nak menaip dan share dengan korang cerita-cerita di blog nie

Selamat menonton semua !!

Sunday, January 20, 2013

vlog



Seperti tahun lepas aku kongsikan pengalaman travel aku di Annapurna base camp dengan Travelogue vlog, tahun ni masih aku kekalkan dan ambik kesempatan merekod semua aktiviti perjalanan aku selama 2 minggu aku berada di Nepal. Proses pemilihan footage sedang dijalankan, lepas tu proses edit. Dalam Travel vlog nie, aku rasa cara penyampaian boleh dikatakan menarik tapi lebih baik bagi aku dengan cara penulisan. Ok la kawan-kawan jangan lupa saksikan kisah perjalanan aku di Departures by udeyismail ok

Thursday, January 17, 2013

Welcome home





Alhamdulillah saya telah selamat sampai di Kuala Lumpur pada 15 Januari 2013, pada pukul 10.30 malam, penerbangan daripada kathmandu pada pukul 3 petang waktu nepal. Perjalanan dari Kathmandu yang mengambil masa 4 jam, So badan masih lagi terasa letih akibat daripada pendakian saya selama 7 hari di langtang valley.

Bila sampai di Malaysia, hati dah rasa lega dan otak mula memikirkan pasal kerja yang ada di Malaysia. Banyak benda yang nak saya kongsikan dengan kawan-kawan disini, terutama pengalaman paling best dan paling tak best saya selama 15 hari saya berada di Nepal dan jangan lupa ikuti perkembangan cerita  mengenai perjalanan saya di Langtang Valley ok :)

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP