Kalau Korang datang ke Kathmandu, jangan lupa explore local market di Tengah-tengah bandar Kathmandu, dan kawasan nie memang terletak berhampiran dengan Thamel Road, daripada Thamel road kita boleh berjalan kaki daripada Thamel road. Thamel Road memang terkenal dengan Kawasan tarikkan pelancong dan kat sini berpuluh-puluh hotel dan guesthouse daripada harga tinggi dan budget hotel, tapi bagi aku hotel disini murah dan bagi aku pulak aku memang suka stay di Guesthouse. Kalau korang nak shopping aku galakkan korang datang dan explore local market nie, sebab kat sini banyak barang-barang menarik yang korang boleh beli dan bawak balik
Kalau kat local market nie, kita boleh tengok kedai-kedai pelik dan kedai yang susah nak tengok di Negara kita sendiri, selalunya pembuatan alat musik macam gendang nie, kita boleh tengok hanya di kawasan-kawasan kampung sahaja, tapi kalau kat sini, diorang memang buat dalam kedai-kedai dan lagi satu kalau nak ambik gambar mintak kebenaran dulu sebagai tanda hormat, cakap sahaja NAMASTEE, kalau korang muka macam melayu, memang dia agak terkejut kadang dia buat tak tau, sebab diorang ingat orang-orang nepal jugak, tapi ada baik juga kalau diorang dapat detect korang nie pelancong, dari segi faktor keselamatan memang terjamin la, sebab orang local ingat korang nie local, tapi kalau pegang DSLR sahaja memang kadang dia tau kita pelancong, sama ada dari Thailand atau Indonesia
Kalau datang ke Local Market, aku memang nasihatkan jangan bawa bayi atau kanak-kanak, sebab local market dia terlalu padat dengan orang-orang yang datang nak shopping, kalau di kathmandu boleh dikatakan 24jam penuh dengan orang, aku pon tak faham, sama ada diorang ni bekerja atau tak, sebab nampak jek selalu orang.
Kalau korang berminat nak membeli gendang nie, korang boleh dapat dengan harga yang murah, lagi bagus kalau ada kawan-kawan orang Nepal
Kalau berjalan kat sekitar kawasan local market nie, memang aku suke tengok ukiran-ukiran kayu, lagi pun memang aku minat tentang ukiran kayu, dari kecik memang aku minat, waktu kecik-kecik memang aku ada belajar ukir kayu daripada seorang pak cik kat kampung aku, kerja dia mengukir kayu dengan buat papan keranda :) . Kat mana-mana aku travel, memang aku suke tengok ukiran-ukiran kayu, kalau travel kat europe mana nak cari ukiran kayu, asia jugak yang terbaik kalau benda-benda macam nie
Kalau buat Walk tour ke Local Market, jangan lupa singgah ke durbar Square, Tapi sekarang dh kena bayar, tahun lepas aku sempat sampai ke durbar square, sekarang kawasan tu dh tutup pada pelancong masuk percuma
Banyak Makanan pelik-pelik yang ada kat sini, sempat juga kami try makan street food, kat Nepal nie keracunan makan nie kurang, tapi kalau korang nak cuba, kena la tengok tempat dulu
Brother nie tahun lepas aku jumpa dia, tahun nie aku jumpe lagi, nasib la dia ingat, dia punya suka aku datang kedai dia. Yang paling best, siap ajak kami pergi ke office dia, katanya dia nak aku record video dia tengah berjoget-joget, haihhh, aku pon layankan jek. Lepas habis dia joget, dia ckp dengan aku, datang esok, dia nak bawak kami minum dengan karok, aku iya kan jek, tapi kami tak datang balik pon kat kedai dia :)
Kalau di Nepal nie, kasut nie memang jadi mcm simbolik pada diorang, kalau korang tengok poskad yang jual kat kedai buku, mesti ada. Ini kasut jerami, kalau korang rasa tahan tapak kaki boleh la beli, kalau tak boleh buat perihiasan kat rumah jek
ddd
kat local market nie korang boleh tengok barang-barang basah juga, tapi kena explore sendiri
Ok korang sampai sini sahaja dulu cerita dan gambar yang aku share, rasanya aku kena stop sini dulu, then lepas nie aku sambung balik share gambar-gambar yang aku snap waktu aku di Nepal. Lepas tu aku upload video vlog terbaru aku ok. bye !!