Monday, September 19, 2011

Kilang arang kuala Sepetang

3 minggu lepas, sebelum aku balik beraya ke kampung di Pendang, Kedah, aku dengan adik aku ada membuat perancangan untuk ke Kuala sepetang sebelum kami pulang beraya di kampung, lagupun satu jalan untuk sampai ke kedah. Bila sebut Kuala sepetang, pasti ramai yang akan mengenali kuala sepetang dengan Mee udang. Kalau cakap sahaja nak ke Taiping, atau ke kuala sepetang, ramai yang akan memberi peringatan jangan lupa mencuba mee udang, tak tau la macam mana rasa mee udang kat kuala sepetang, aku sendiri pon tak pasti kesedapan dan nikmat mee udang kuala sepetang macam mana. Kami bertolak daripada kuala lumpur pada pukul 3.00 pagi, sebelum bertolak sempat lagi mengeteh dengan kawan-kawan, damak (naza abdul hamed), may, zul dan beberapa orang teman dari photo malaysia. Dengan apa yang di ceritakan dan tip yang diceritakan, aku ambik time masa dia. Masa aku balik, tinggal lagi 1 minggu sebelum kita sambut hari raya, lagipun kalau balik awal-awal senang sikit, sebab tak tempoh jalan sesak. Masa bagi pukul 3.00 pagi untuk bertolak memang adalah sesuai dan anggaran masa yang kami tetapkan, akan sampai di kuala sepetang pada pukul 7.00 pagi. Masa yang di pilih amat sesuai, kerana waktu tu, tak begitu banyak kenderaan di lebuhraya, cuma yang banyak adalah lori-lori besar yang menuju ke utara tanah air. Sebelum memanduan aku pastikan diri sendiri sihat dan cukup rehat, bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ketika musim perayaan. Kami tiba di hentian rehat dan rawat sungai perak pada pukul 4.450 pagi, berhenti bersahur dan rehatkan mata sebelum meneruskan perjalanan. Jarak dari RNR sungai perak tidak begitu jauh untuk sampai ke susur keluar tol Changkat Jering. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Sepetang pada pukul 6.00 pagi dan apa yang aku harapkan pada waktu itu, diharapkan akan sampai ke sana pada pukul 7.00 pagi. Daripada susur keluar tol Changkat Jering, mengambil masa 20-30 minit masa perjalanan, menurut rakan-rakan kami yang pernah sampai ke kuala sepetang. Akhir aku tiba di kuala sepetang tepat pada pukul 7.00 pagi, di sepanjang jalan menuju ke Kuala sepetang terdapat beberapa rumah lama, balai raya lama yang membuatkan aku tertarik dengan peninggalan sejarah lama yang masih kekal sampai ke hari ini. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kami di Kuala Sepetang Mengikut sejarah, Kuala Sepetang yang dahulunya dikenali sebagai Port Weld, pasti kita pernah mendengar nama port weld tu dalam buku sejarah bukan :). Kuala sepetang jugak adalah tempat hutan kayu bakau terbesar di malaysia dan diwartakan sebagai hutan bakau simpanan. Kalau korang semua nak tau, apa tujuan aku nak ke Kuala sepetang ?, Makan mee udang Mak jah & Mak teh ?. nak makan mee udang masa tu mana la boleh, sebab waktu tu bulan puasa, semua kedai mee udang tutup. Selain Mee udang, Kuala sepetang juga terkenal dengan industri pengeluaran arang, selain daripada sektor perikanan. Arang yang dibakar daripada Kayu Bakau. Kalau nak tengok macam mana arang bakau punya proses, jom ikut dan tengok gambar-gambar kat bawah. suasana seawal pagi di kilang arang di kuala sepetang Kayu bakau yang masih mentah dan siap dipotong, sebelum melalui proses menanggalan kulit yang diangkut daripada bot Kanak-kanak ini bangun seawal pagi dan datang ke kilang bagi membantu keluarga melakukan kerja-kerja di kilang arang dan pulang ke rumah bagi persiapan untuk meneruskan pengajian di sekolah pada sebelah petang Setibanya aku di Kilang arang, aku di sambut dengan anjing-anjing di kilang tersebut, risau jugak dengan anjing-anjing yang banyak berkeliaran, tapi seorang mak cik menegur, "adik tak payah takut la, anjing tu tak gigit orang", sebelum tu, kawan-kawan aku ada pesan, kata diorang anjing kat kilan tu memang friendly sikit. Kalau friendly boleh la aku suruh anjing tu angkat beg kamera aku hehe. Nampak kelibat mak cik umur dalam lingkungan 60 tahun senang memisahkan kulit kalau bakau di luar kilang, dengan bedak sejuk dimuka di tambahkan lagi kesegaran muka di awal pagi. Suasana pagi di kawasan sekeliling kilat pada waktu tu, sangat berkabus dan ditambah dengan keadaan yang berjerebu yang dibawa angin dari negara jiran kita, iaitu indonesia, cantik cantik dan sejuk mata memandang dan pada waktu tu, air surut. untuk mengenali mak cik tu, aku cuba datang dekat untuk beramah mesra. Mak cik yang sedang sibuk melayan tarah kulit kayu sangat mesra dan katanya, di sini terdapat banyak kilang dan berlainan tokeynya, sama seperti yang kawan aku cakap, katanya lagi dan menyuruh aku masuk sampai ke dalam. Seorang pekerja yang sedang menunggu masa air pasang bagi proses mengangkut kayu bakau yang dipotong di hutan paya bakau. Apabila air surut, ia menyukarkan lagi kerja-kerja pengangkut kayu untuk dipindahkan ke Kilang Proses menyusun kayu-kayu bakau yang dipotong dan dibuang kulit di Dapur, tempat pembakaran arang yang akan dijalankan   Kayu-kayu yang di susun akan dibawa masuk ke dalam dapur pemakaran. antara arang-arang yang sudah siap di bakar, akan dikeluarkan untuk dimasukan ke dalam lori, sebelum melalui proses pembungkusan Setiap dapur pembakar diperbuat daripada bata merah dan diseliputi tanah liat. Bata-bata disusun mengikut bulatan Arang-arang yang hancur kecil akan dibungkus dan arang kecil ini sesuai dijadikan arang bagi BBQ Apabila air pasang, kayu akan dibawa masuk dengan bot-bot ke kilang dan kerja pemindahan kayu-kayu ini hanya dilakukan oleh seorang pekerja sahaja Mengikut apa yang dikatakan oleh pekerja-pekerja disini, arang-arang ini akan dibungkuskan dan di pasarkan ke Korea dan jepun bagi tujuan pembuatan alat-alat solek, agak teruja juga bila aku dengan arang nie boleh buat alat-alat make-up. daripada pukul 7 pagi sampai la ke pukul 3 petang aku disini, hitam tu tak payah cakap la, sampai ke hidup. Pada mulanya aku agak pelik sebab, aku ingta orang-orang yang bekerja di sini adalah daripada orang alim, siap bercelak kat mata, lama kelamaan baru aku tau sebab apa hitam, sebab lama sgt main dengan arang. Sempat juga merasa masuk dalam dapur tempat pembakaran, memula agak takut sebab panas, atas pelawaan mak cik-mak cik kat situ, aku pun cuba masuk ke dalam. Kalau berdiri didalam dapur, memang terasa panas, tapi bila duduk, panas tak ada lagi. Waktu aku kat kilang tu ada juga part paling lawak, aku salah terjah, sekali terjah semua tergamam sambil ceduk nasi, dah rasa macam movie pulak. Mak cik-mak cik muka malu sebab tak puasa, siap cakap, maaf la adik, kami tak puasa, nak buat mcm mana katanya, tapi aku faham sebab berat jugak kerja-kerja diorang semua nie. Agak lama aku kat kilang tu, aku ambik keputusan untuk beredar daripada kilang tu, untuk menyambung perjalanan balik ke kedah. Apapun sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog nie, mesti korang letih nak scroll kat blog nie, apapun terima kasih

Wednesday, August 17, 2011

Bukit Tinggi Indonesia

This is  pictures that I capture from my camera during I was at West Sumatra.  my heart is impressed with the beauty of nature, especially in the agricultural sector, which is  farmers who still practice traditional methods compared with our country. the crop in produce will be sold directly to the market and some at food itself

  UDE_6054

UDE_6063

my travel partner, Carlos Nizam &  dont Confuse ok ! because he is not america, latino, japanase but He's a Malaysian (orang indonesia kata dia american & Japang)   to reach koto loweh We rented a quality scooter at low price with the best service. 65.000 rupiah charges for rental motor. The reason why we rented motorcycle, because , want to explore the Minangkabau region and a western loop to Maninjau. The total distance traveled on motorcycle was around 100km. All roads covered on the motorcycle were in excellent asphalt condition. Road signs and petrol stations are available. if you come to bukit tinggi and plan to rent a bike, you can ask the hotel workers a farmer doing planting activities in kota loweh, Bukittinggi, Padang, West Sumatra. Population living in kotaloweh dependent on agricultural activities. photograph by Udey Ismail

   UDE_5656

UDE_5623

Padang, Indonesia

view beautiful  paddy fields the backdrop of the mountains in Kampung batu sangkar, Padang, Indonesia,

  UDE_5361

fresh tomato sold at market carried from kotoloweh kotabaru

  UDE_7276

UDE_6928

UDE_7003 ducks at paddy fields could help farmers to eliminate insect pests such as snails and worms UDE_7218

UDE_7329

UDE_7512

UDE_6954

 a farmer is harvesting rice during the puncaklawang, Bukittinggi, West Sumatra Indonesia

  UDE_6171

UDE_6179

UDE_6122

farmers doing farming activities in kota loweh, Bukit tinggi, West Sumatera.Kotaloweh located under the foot of the mountain Singgalang

  UDE_5738

UDE_5727

UDE_5719

UDE_5597

mt marapi

Mount Merapi is located near with  Bukittinggi town and gunungmarapi is among the still active volcano in West Sumatra

  UDE_6077

UDE_6072

eels is special food for the community in Padang especially  minang . Eels can be found or buy at daily market

  UDE_5897

 a girl help families with the rice harvest at koto loweh, Padang, West Sumatra Indonesia. traditional method are still used for harvesting rice at West Sumatra

  UDE_6082

UDE_5776

UDE_5791

UDE_6098 UDE_6112

UDE_6208

Sorry guys, this entry would stop here and will be continued soon, I hope you all will enjoy it =]

Saturday, May 7, 2011

Cuti-cuti balik kampung

Saved Photos-117 Saved Photos-179 Saved Photos-119 Suasana waktu pagi-pagi adalah sangat menyeronokkan bagi aku. Selepas berada di kuala lumpur, masa untuk aku pulang ke kampung untuk istirehat bersama keluarga dan tolong family aku dikampung. Waktu pagi teramat la segar, tapi bila sampai waktu tengahari, bahang panas mula akan datang. Hampir 2 bulan aku tak balik kampung, kali nie ade masa terluang utk aku balik bercuti disamping tu tolong family kat kampung. Untuk pengetahuan semua, saya berasal daripada sebuah kampung yang terletak di daerah pendang kedah darul aman dan mukim ayer puteh, nama kampung saya adalah kampung sungai durian. Saya dilahirkan dan dibesarkan disini dan saya patut bangga dengan kampung saya sendiri, kemana jua saya berada dan dimana sahaja saya pernah sampai sebelum ini, kampung saya adalah tetap didalam hati, mungkin timbul perasaan mcm nie sebab, saya dibesarkan, persekolahan dan pergaulan saya disini dan terlalu banyak kenangan masa kecik saya disini. Cuaca pagi dan petang dikampung waktu sekarang adalah sangat baik, cuma waktu tengahari cuaca panas. Waktu pagi adalah waktu yang paling cantik untuk aku ambik gambar, cuma kena bangun awal2 pagi sikit, tido kat kampung memang best kalau pagi. Terasa sangat seronok bila dapat balik kampung, nak-nak pulak dapat berita best dari agensi stock images yang berpengkalan di australia memerlukan khidmat aku buat kali ke 3 untuk stock images yg berkait dengan pertanian hijau. Bukan duit yang aku nakkan cuma aku rasa sangat bangga sbb diberikan peluang utk bekerja dengan diorang. Setakat ini, saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang contributor disebuah syarikat stock images yang berkaitan dengan pelancongan yang dikenali didunia dan saya masih menunggu untuk pemilihan buat kali kedua, kalau ada rezeki, alhamdulillah, kalau tak dapat, mungkin saya akan berusaha lagi. Kebetulan saya balik, waktu menyemai padi dah bermula kat kampung, so dapat la submit untuk diorang. Serious la saya sendiri dh lama tak tengok aktiviti macam tu, tradisi menanam padi menggunakan kuku kambing masih diteruskan lagi sehingga sekarang tapi tradisi memukul padi sukar lagi untuk dilihat di negeri kedah. Bagi dinegeri kelantan, rasenya kita boleh masih berpeluang untuk melihatnya di pasir puteh. Sebelum tradisi tu lenyap, baik la kita abadikan supaya dijadikan kenangan. Nakkan gambar cantik kat kampung nie, kena rajin berjalan skit, so saya ambik peluang pusing kampung dengan basikal. Makanan kat kampung pulak best, pagi sarapan yang saya teringin nak makan adalah pulut, parut kelapa, sambal dan ikan gelama atau tambam goreng, finally dpt jugak merasa. Menu petang pulak, gulai masakan mak, gulai ikan. Cara masakan mcm gulai ikan kedah nie, susah nak cari kat kl. Ok la takat nie, mungkin saya akan sambung lagi cerita nie, sebab saya ada beberapa hari lagi disini.

Chinese Opera

Saved Photos-177 Saved Photos-173 Saved Photos-172

Friday, May 6, 2011

Travel Vlog : Kuala Lumpur - London - Brno - Budapest

Video yang sempat kami rakamkan waktu perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Budapest, Terima kasih kepada Airasia, Ryanair & Budget Car Rental Brno, kerana membawa kami sampai dengan selamat. Nantikan Video Sambungan perjalanan kami ke Vienna. File1045 Ini adalah kali pertama kami travel menggunakan Kereta, seriously memandu disebelah kiri boleh buat aku jadi gila, Alhamdulillah tidak ada sebarang masalah yang timbul. Dengan Pemanduan yang selamat, jarak yang selamat, kami sampai ke destinasi yang kami tuju

Wednesday, May 4, 2011

Disebalik tabir pembikinan video promo

a picture is worth a thousand words by udeyismail from udeyismail on Vimeo. Video ini dibuat dengan usahasama dengan beberapa rakan termasuk Murid-murid Sekolah Menengah Sains Selangor. Video ini juga adalah sebahagian promo Buku terbitan saya sendiri iaitu "a picture is worth a thousand words by Udey Ismail " 511397376 228904448 27446784 346902016 453365248 542264832 610192896 627035648 4259302912 IMG_4652 IMG_4699 photograph by Edi Edham Setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua guru & Murid Sekolah Menengah Sains Selangor atas kerjasama anda bagi menjayakan video ini dan tidak lupa juga kepada Nur Azmie, Zabidi Ali, Edi Edham & Atoi, Terima kasih kerana sudi membantu

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP