This is pictures that I capture from my camera during I was at West Sumatra. my heart is impressed with the beauty of nature, especially in the agricultural sector, which is farmers who still practice traditional methods compared with our country.
the crop in produce will be sold directly to the market and some at food itself
my travel partner, Carlos Nizam & dont Confuse ok ! because he is not america, latino, japanase but He's a Malaysian (orang indonesia kata dia american & Japang)
to reach koto loweh We rented a quality scooter at low price with the best service. 65.000 rupiah charges for rental motor. The reason why we rented motorcycle, because , want to explore the Minangkabau region and a western loop to Maninjau. The total distance traveled on motorcycle was around 100km. All roads covered on the motorcycle were in excellent asphalt condition. Road signs and petrol stations are available. if you come to bukit tinggi and plan to rent a bike, you can ask the hotel workers
a farmer doing planting activities in kota loweh, Bukittinggi, Padang, West Sumatra. Population living in kotaloweh dependent on agricultural activities. photograph by Udey Ismail
view beautiful paddy fields the backdrop of the mountains in Kampung batu sangkar, Padang, Indonesia,
fresh tomato sold at market carried from kotoloweh kotabaru
ducks at paddy fields could help farmers to eliminate insect pests such as snails and worms
a farmer is harvesting rice during the puncaklawang, Bukittinggi, West Sumatra Indonesia
farmers doing farming activities in kota loweh, Bukit tinggi, West Sumatera.Kotaloweh located under the foot of the mountain Singgalang
Mount Merapi is located near with Bukittinggi town and gunungmarapi is among the still active volcano in West Sumatra
eels is special food for the community in Padang especially minang . Eels can be found or buy at daily market
a girl help families with the rice harvest at koto loweh, Padang, West Sumatra Indonesia. traditional method are still used for harvesting rice at West Sumatra
Sorry guys, this entry would stop here and will be continued soon, I hope you all will enjoy it =]
Suasana waktu pagi-pagi adalah sangat menyeronokkan bagi aku. Selepas berada di kuala lumpur, masa untuk aku pulang ke kampung untuk istirehat bersama keluarga dan tolong family aku dikampung. Waktu pagi teramat la segar, tapi bila sampai waktu tengahari, bahang panas mula akan datang. Hampir 2 bulan aku tak balik kampung, kali nie ade masa terluang utk aku balik bercuti disamping tu tolong family kat kampung.
Untuk pengetahuan semua, saya berasal daripada sebuah kampung yang terletak di daerah pendang kedah darul aman dan mukim ayer puteh, nama kampung saya adalah kampung sungai durian. Saya dilahirkan dan dibesarkan disini dan saya patut bangga dengan kampung saya sendiri, kemana jua saya berada dan dimana sahaja saya pernah sampai sebelum ini, kampung saya adalah tetap didalam hati, mungkin timbul perasaan mcm nie sebab, saya dibesarkan, persekolahan dan pergaulan saya disini dan terlalu banyak kenangan masa kecik saya disini.
Cuaca pagi dan petang dikampung waktu sekarang adalah sangat baik, cuma waktu tengahari cuaca panas. Waktu pagi adalah waktu yang paling cantik untuk aku ambik gambar, cuma kena bangun awal2 pagi sikit, tido kat kampung memang best kalau pagi.
Terasa sangat seronok bila dapat balik kampung, nak-nak pulak dapat berita best dari agensi stock images yang berpengkalan di australia memerlukan khidmat aku buat kali ke 3 untuk stock images yg berkait dengan pertanian hijau. Bukan duit yang aku nakkan cuma aku rasa sangat bangga sbb diberikan peluang utk bekerja dengan diorang. Setakat ini, saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang contributor disebuah syarikat stock images yang berkaitan dengan pelancongan yang dikenali didunia dan saya masih menunggu untuk pemilihan buat kali kedua, kalau ada rezeki, alhamdulillah, kalau tak dapat, mungkin saya akan berusaha lagi.
Kebetulan saya balik, waktu menyemai padi dah bermula kat kampung, so dapat la submit untuk diorang. Serious la saya sendiri dh lama tak tengok aktiviti macam tu, tradisi menanam padi menggunakan kuku kambing masih diteruskan lagi sehingga sekarang tapi tradisi memukul padi sukar lagi untuk dilihat di negeri kedah. Bagi dinegeri kelantan, rasenya kita boleh masih berpeluang untuk melihatnya di pasir puteh. Sebelum tradisi tu lenyap, baik la kita abadikan supaya dijadikan kenangan. Nakkan gambar cantik kat kampung nie, kena rajin berjalan skit, so saya ambik peluang pusing kampung dengan basikal.
Makanan kat kampung pulak best, pagi sarapan yang saya teringin nak makan adalah pulut, parut kelapa, sambal dan ikan gelama atau tambam goreng, finally dpt jugak merasa. Menu petang pulak, gulai masakan mak, gulai ikan. Cara masakan mcm gulai ikan kedah nie, susah nak cari kat kl. Ok la takat nie, mungkin saya akan sambung lagi cerita nie, sebab saya ada beberapa hari lagi disini.
Video yang sempat kami rakamkan waktu perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Budapest, Terima kasih kepada Airasia, Ryanair & Budget Car Rental Brno, kerana membawa kami sampai dengan selamat. Nantikan Video Sambungan perjalanan kami ke Vienna.
Ini adalah kali pertama kami travel menggunakan Kereta, seriously memandu disebelah kiri boleh buat aku jadi gila, Alhamdulillah tidak ada sebarang masalah yang timbul. Dengan Pemanduan yang selamat, jarak yang selamat, kami sampai ke destinasi yang kami tuju
a picture is worth a thousand words by udeyismail from udeyismail on Vimeo.
Video ini dibuat dengan usahasama dengan beberapa rakan termasuk Murid-murid Sekolah Menengah Sains Selangor. Video ini juga adalah sebahagian promo Buku terbitan saya sendiri iaitu "a picture is worth a thousand words by Udey Ismail "
photograph by Edi Edham
Setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua guru & Murid Sekolah Menengah Sains Selangor atas kerjasama anda bagi menjayakan video ini dan tidak lupa juga kepada Nur Azmie, Zabidi Ali, Edi Edham & Atoi, Terima kasih kerana sudi membantu
Perjalanan kami yang terpaksa menyusuri jalan-jalan gelap dan berbukit untuk menuju ke Salzburg amat berbaloi apabila kami telah menjejakkan kami di Hallstatt, yang mana tempat yang kami ingin sampai sebelum kami sampai di Europe dan Insyallah jika ada rezeki, teringin nak sampai lagi di Hallstatt dalam musim Salji.
Kami selamat sampai di Salzburg pada lewat malam, tanpa membuat sebarang tempahan tempat tinggal kami terpaksa mencari hostel berpandukan Buku Lonely planet yang ada pada kami. Untuk bermalam di Salzburg adalah aku dengan Moqh Sahaja, Marco & Angelo terlebih dahulu memberitahu kami yang diorang tidak ade bajet untuk bermalam di Salzburg, kerana plan sebenar, diorang tak akan datang ke Salzburg, ini adalah plan last minit yang dibuat oleh diorang, So untuk malam di Salzburg, Angelo & Marco terpaksa bermalam di tepi-tepi jalan, terasa kesian pon ade kat diorang, tapi memandangkan kami pon tak kenal lama sangat diorang, so kami tak dapat nak menolong diorang berdua, sampai angelo & marco cakap dengan kami, “ korang kena rehat cukup, sebab korang nak ke Prague lepas nie dan jangan risau pasal kami, kami boleh cari jalan”.
Perjalanan kali ini diikuti oleh 2 orang rakan Bagpacker dari Itali yang kami kenal semasa kami menginap di Wombet Hostel di Vienna. Marco masih menuntut di University of Valencia manakala angelo masih menuntut di Universiti di Bologna Itali, diorang menghabiskan masa cuti semester di Europe. Kebetulan mereka nak ke Hallstatt, kami dengan penuh kepercayaan menumpangkan diorang untuk ke Hallstatt.
Kami meninggalkan Hallstatt pada pukul 10 pagi Waktu Austria. Jalanraya di Vienna agak mencabar dan memerlukan pemanduan yang teliti, kerana jalanraya selalunya akan berkongsi dengan laluan Tram Bandar, salah langkah pasti akan terjadi kemalangan. Dengan pemanduan disebelah kiri, lagi memberikan cabaran pada aku untuk memandu dan masalah aku, sewaktu parking dijalan yang sempit. Kalau selalunya di Negara sendiri, kelajuan 100km menjadi kebiasaan tapi bila berada di Vienna, aku kembali seperti budak yang baru belajar memandu, terpaksa memandu secara pelahan, tapi alhamdulillah, pemandu-pemandu Austria faham yang kami bukan orang Austria, mereka boleh membezakan kami melalui warna kulit, tidak seperti di Malaysia, kalau Kereta dihadapan bergerak pelahan pasti ada kereta dibelakang membunyikan Hon dan kadangkalanya aku mendapatkan isyarat jari tengah. Di Austria membunyikan hon adalah satu sifat yang kurang disenangi oleh pengguna jalanraya dan hon digunakan pada keadaan yang tertentu sahaja. Bagi yang ingin memandu di Austria, aku sarankan korang baca dulu syarat atau panduan bagi pemanduan di Austria.
Bagi kami yang memandu di tengah Bandar Austria, kami mempunyai masalah dengan Navigation GPS yang sering kali terjadi masalah untuk Navigate Location, mungkin kerana kabel-kabel Tram yang mendatangkan masalah pada GPS kami, pesanan kami kalau anda ingin memandu di tengah Bandar Vienna, sediakan GPS lebih dan sediakan Maps untuk pandu arah. Parking di Vienna keseluruhannya adalah berbayar, tak ada parking free, so jangan parking sebarangan. Mengikut apa yang aku tau, jika setiap orang yang melakukan Kesalahan memandu di Austria, saman perlu dibayar serta merta dan tak lupa sticker tol perlu di beli jika korang memasuki Austria.
Jalanraya di Austria adalah baik berbanding dengan Negara Czech, jalan yang teruk dan berlubang. Jalan penghubung antara Bandar di Austria adalah Lebuhraya. Sepanjang memandu di Austria, aku dapat belajar cara orang-orang Austria memandu dan disepanjang pemanduan, lampu perlu dihidupkan.
Perjalanan untuk sampai ke Hallstatt mengambil masa 3 jam masa perjalanan dan jarak antara Vienna ke Hallstatt adalah 350KM, mengikut kiraan GPS TOMTOM kami.
Selepas keluar Daripada Bandar Vienna, baru aku teras lega dengan azab dan rase gementar waktu memandu di Vienna, kerana waktu kami keluar daripada Vienna adalah waktu cuti, dengan bantuan GPS, GPS membawa kami jalan terdekat untuk keluar daripada Bandar Vienna.
Keadaan jalan adalah baik dan kami selamat daripada menempuh kesesakkan jalan yang amat teruk. Lebuhraya di Austria dibanjiri dengan Lori-lori Pengangkut Barang yang sizenya amat besar jika nak dibandingkan dengan lori-lori yang terdapat di Malaysia.
Pemanduan lebih menyeronokkan dengan perkongsian antara dua Negara, Malaysia dan Itali, kami menceritakan apa yang terbaik yang ada di Malaysia dan apa yang patut orang diluar dari Malaysia perlu datang ke Malaysia, Pada mulanya Marco & Angelo agak kurang berminat untuk datang ke Malaysia, katanya Faktor Keselamatan agak ketat, yela sebab diorang cakap ketat, sebab, diorang nie mamat isap ganja. Bagi diorang, menyimpan ganja di Negara diorang adalah bukan 1 kesalahan berbanding dengan Negara kita, Malaysia, Walaupun Marco & Angelo mengisap, diorang tidak mendatangkan Masalah kepada kami sepanjang perjalanan, malahan diorang menghormati kami dan kami sebelum ini pernah di pelawa dengan Beer dan kami menerangkan kami mereka, yang Agama kami (Islam) mengharamkan kami untuk minum minum arak dan diorang faham dan menghormati kami sebagai seorang Muslim. Marco & angelo jugak mempelawa kami untuk datang ke Bologna, Itali, Katanya datang dan tinggal dirumah kami.
Pada mula perkenalan kami dengan Marco & Angelo, kami agak berjaga-jaga, terutama sekali angelo, suarany yang agak keras, seperti suara mafia Itali di Movie, dengan rambut dandanan Dreadlocks, agak risau juga bila tengok secara luaran. Dengan layanan baik semuanya telah mengubah tanggapan kami, bahawa kami atau misi kami adalah sama, menjelajah melihat dunia. Apa yang diceritakan sebelum nie oleh Angelo & Marco, diorang nak bermalam di Hallstatt, dengan Bajet yang diorang ada, adalah untuk membeli makanan sahaja dan diorang tidak memerlukan tempat tidor. Kami Tanya pada marco & Angelo, dimana diorang nak bermalam di Hallstatt, kata diorang, diorang akan tidor didalam sleeping bag. Marco dan angelo hanya membawa 1 beg sahaja dan selebihnya mereka tinggalkan di Wombet Hostel, kerana diorang akan berpatah balik ke Vienna. Kami memberitahu diorang yang kami berdua akan turut serta bermalam dengan diorang, untuk menghayati keindahan Hallstatt, Mulanya agak risau, kerana, cuaca di hallstatt mengikut bacaan kami adalah sejuk, Hallstatt di kelilingi gunung-gunung bersalji.
Pada Waktu Tengahari Kami selamat Sampai di Hallstatt. Kami terpegun dengan kecantikkan Hallstatt yang membuatkan hati dan perasaan terasa sejuk melihat ciptaan Allah. Kami berhenti ditepi jalan untuk mengambil jalan, jarak kami sudah pon dekat untuk menghampiri perkampungan di Hallstatt dan terlebih dahulu aku ceritakan Hallstatt. Faktor yang membuatkan kami untuk datang ke Hallstatt adalah ingin melihat satu Kampung yang disenaraikan didalam UNESCO, satu perkampungkan yang teletak dilereng bukit dan gunung. Perkampungan Hallstatt juga dikelilingi oleh Tasik. Hallstatt Juga terkenal dengan Kawasan perusahaan Garam terbesar di Austria dan membuatkan kami rasa pelik, Tasik yang mengelilingi Hallstatt adalah berair Masin dan terdapat ikan-ikan yang pelik, jangan tak percaya, dalam tasik tu ada ikan Jerung dan tasik tu menjadi tumpuan Diver-diver di Austria.
Suasana Petang di Hallstatt sangat damai dengan Udara yang segar, kami gunakan masa yang ada dengan mengelilingi kawasan Hallstatt. Hallstatt jugak menjadi tumpuan para pengemar sukan luncur Salji pada musim sejuk dan apa yang kami lihat, keadaan atau suasana Hallstatt pada musim Salji adalah cantik, bagi yang nak datang ke Hallstatt pada musim sejuk, harap-harap kena tahan sikit dengan cuaca sejuk di Hallstatt, waktu kami datang adalah Spring, masih lagi terasa sejuk. Perkampungan Hallstatt adalah cantik, dengan rumah-rumah lama serta terdapat rumah sampan. Sampan menjadi pengangkutan pada penduduk di Hallstatt bagi menyebarangi Tasik Hallstatt ke kampung-kampung yang berdekatan.
Kami luangkan masa dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan perkampungan di Hallstatt, keadaan rumah-rumah amat sunyi, bagaikan tidak ada penghuni. Pemilik-pemilik rumah yang terdapat di Hallstatt kebanyakkannya tinggal di Vienna & Salzburg, mereka akan datang pada musim cuti dan ada sesetengahnya berpenghuni, termasuklah Hotel dan Hostel.
Sepanjang kami berada di Hallstatt, juadah makan tengahari kami adalah roti yang berlaukkan cheese dan mayonis, berbeza juadah kami dengan Marco & Angelo, roti berlaukkan Bacon Pork, pada mulanya kami dipelawa hehe. Kos Makanan kami sepanjang di Budapest & Vienna adalah jimat, jimatnya kerana, kena makan roti sahaja, kadangnya berinti kacang dan kadangnya kosong. Mineral Water kebanyakkan bergas dan agak kurang enak kami meminumnya dan terpaksa goncang dulu sebelum minum.
Hasrat kami untuk bermalam diluar terpaksa kami batalkan, kerana cuaca disekitarnya adalah sangat sejuk, itu petang, belum malam, melihat salji mula turun di atas puncak bukit, maka kawasan bawahnya akan turut menjadi sejuk. Dengan Bantuan Buku Lonely planet, kami terpaksa mencari hostel yang berdekatan dengan Perkampungan Hallstatt. Hostel adanya penuh, kerana pada hari tersebut adalah hari cuti, dan ada hostel masih kosong untuk menerima penginap. Kadar bayaran untuk seorang adalah 12-18 Euro, tanpa kemudahan yang lengkap. Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Salzburg, memandangkan dan dapat bayangkan aktiviti malam di Hallstatt pasti sunyi sepi. Dengan persetujuan kami mengambil keputusan untuk beredar ke Hallstatt pada waktu senja. Kami beredar dengan mengikuti jalan gelap, jalan kampung, jalan pintas, semuanya bergantung pada GPS kami, agak menakutkan sepanjang jalan tersebut, terpaksa melalui jalan yang berbukit yang bercuram, nak membaca tulisan di signboard kurang faham kami, ikut sahaja GPS bawa kami. Apapun sampai sini sahaja cerita kami di Hallstatt dan nantikan sambungan perjalanan kami ke Salzburg.
Apa yang ingin aku cakapkan disini, Hallstatt adalah tempat yang paling cantik dan mendamaikan, jika anda sampai ke Austria, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Hallstatt
Hello everyone! My name is Udeyismail. I am Travel blogger & Travel photographer. I am here to blog about travel experience and tips on Travel photography & Travelling tips and i look forward to more!. I also contribute my work for a few international photo agency in Australia.I specialize in documentary coverage. I'm well positioned to shoot Wedding, Potraiture, Commercial & Travel anywhere in Malaysia & Australia. hope you all Enjoy!