Watikah penutup 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan semua rakan-rakan disini, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan usaha-usaha saya dalam bidang yang saya ceburi sekarang. Akan hampir masuk ke 6 tahun penglibatan saya dalam bidang photography, masuk tahun 2011, maka masuk la 6 tahun penglibatan saya dalam bidang photography ini. Seawal tahun 2005, bermulanya minat saya dalam bidang photography sekadar minat dan tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang photographer, atas rase ingin mencuba bukan ingin membuat pekerjaan sampingan bagi mendapatkan duit lebih, saya telah mempelajari skill dan strategi business dengan seseorang, disini saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak disana, hampir 2 tahun dalam proses pembelajaran, sehingga la saya mampu boleh berjalan sendiri. Tahun 2005 pada masa tu, antara kita photographer masih boleh dikenali, kerana pada masa tu komuniti dan photographer boleh dikenali tidak pada masa sekarang, macam-macam nama yang saya tidak pernah dengar, pada masa sekarang saya pon terpaksa bekerja keras dan meneruskan semangat daya saing diantara satu sama lain. Selain daripada minat saya sebagai seorang jurugambar perkahwinan, minat saya jugak tercenderung kearah Travel photography. Dalam photography la saya dapat pegi kebeberapa tempat yang saya inginkan, kali pertama saya dapat travel adalah di Thailand, merasai penjelajahan dengan menggunakan keretapi daripada Kuala lumpur hingga ke Bangkok dan pada tahun yang sama, saya ke Indonesia, Seterusnya saya meneruskan perjalanan ke Ireland, Belgium, Vietnam & Australia. Sesetengah daripada setiap perjalanan itu adalah atas percutian dan bekerja serta jemputan daripada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut dibeberapa Negara. Belum puas lagi dalam hidup saya untuk menjelajah lagi kebeberapa tempat yang saya inginkan Tahun 2010 bagi saya adalah tahun yang memberikan kenangan dalam hidup saya, bermulanya atau lahirnya Mukhrizlatif & udeyismail photography secara seriousnya adalah seawal tahun 2010. Untuk pengetahuan Mukhrizlatif & Udeyismail photography masih lagi baru dalam industry jurugambar perkahwinan, walaupun mana kami sudah lama tetapi syarikat yang kami tubuhkan ini masih lagi baru dan memerlukan pembaharuan. Alhamdulillah rezeki 2010 melipah ruah seawal penubuhan syarikat kami. Pada awal penubuhan, syarikat kami di terajui oleh saya sendiri serta Mukhrizlatif dan kini kami mempunyai 4 orang photographer yang telah menjalani proses pembelajaran dalam proses perintis, antara 4 orang photographer tersebut adalah Mohd Ming, Shah Fariz, Syimir & Faiz Ghazali dan tulang belakang kami seterusnya adalah chad selaku designer kami. Pencapaian besar dalam 2010 bagi saya adalah, saya dapat menerbitkan buku pertama hasil daripada usaha gigih saya sendiri dengan sokongan rakan-rakan yang lain, saya harapkan buku itu menjadi satu kenangan bagi saya dan anda semua, simpan la buku itu dengan sebaik-baiknya, kerana nilainya ada yang tersirat. Tahun 2011, Insyallah kalau diizinkan Allah S.W.T, saya akan mengadakan pameran photography yang berkonsepkan Islam di beberapa Masjid di seluruh Australia, jika tidak ada sebarang halangan. Pada 6 April kami berdua akan berada nie United Kingdom bagi sessi photography untuk rakyat-rakyat Malaysia yang menetap di sana nanti. Diharapkan tahun 2011 ini akan memberikan kami semangat baru bagi mereliasasikan azam baru kami untuk tahun 2011 ini. Jika Diberikan Kesihatan yang baik, umur yang panjang, kami akan sedaya-upaya lakukan yang terbaik untuk diri kami dan untuk mereka yang memerlukan kami. Sekali lagi diharapkan 2011 akan membawa lembaran baru dalam hidup kita Disertakan slideshow gambar sepanjang 2010, untuk dijadikan tatapan anda, segala hasil kerja saya dalam tahun 2010 dihimpunkan semula dalam bentuk slideshow