Wayang Kulit
Wayang kulit adalah seni, Warisan Dan budaya bagi negara kita. Sehingga ke hari ini Wayang kulit masih lagi dimainkan di beberapa negara di Asia, seperti di Malaysia, Thailand Dan Indonesi. Mengikut sejarah Wayang kulit, Wayang kulit berasal daripada tanah jawa. Wayang kulit Kelantan dikatakan berasal daripada Burma dan Selatan Thailand, Permainan wayang kulit dikelantan dimainkan dalam loghat Kelantan dan kini telah dimodenkan dengan pelbagai isu semasa dan ade daripadanya masih lagi dimainkan dalam kisah Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana. Bagi di kedah, dikenali wayang gedek, yang dimainkan dalam loghat Utara. Bagi Wayang kulit yang dimainkan dikedah, cara penyampainnya adalah dalam loghat kedah dan telah dimodenkan dengan isu-isu semasa yang berlaku dimalaysia, ia adalah sebagai hiburan kepada semua golongan yang tinggal dikawasan utara. Bagi dikedah Watak Etong dan dan ekau tidak asing lagi, apabila disebut wayang kulit, pasti orang akan bercakap tentang wayang kulit seri asun, kubang pasu. Pak majid adalah orang penting dalam mengendalikan wayang kulit seri asun, atau lebih dikenali dengan tok dalang. Gelagat permainan wayang kulit seri asun ini boleh menghiburkan semua orang yang datang. Bagi aku, dari kecil lagi, aku memang dibesarkan dikampung, sempat jugak untuk merasai atau menonton wayang kulit seri asun. Dulu wayang kulit seri asun memang aktif di kawasan kedah, menjelajah kepelusuk pendalaman dikedah pada waktu tu, Apabila mendengar sahaja persembahan wayang kulit, budak-budak pasti akan menyebut nama watak etong dan ekau, watak yang mencuitkan hati semua lapisan daripada tua dan muda. dapat sambutan pada waktu tu mungkin sebab siaran tv pon x banyak dan aktiviti kampung pon kurang. Teringat lagi pada umur aku dalam 9 tahun, sanggup ponteng kelas mengaji Al-quran semata-mata nak menonton wayang kulit seri asun, kalau tak sempat, memang kena beli kaset waktu tu, kerana tak mahu tertinggal dengan perkembangan terbaru dan cerita-cerita baru, so kena laburkan duit dalam rm5 untuk 1 kaset. Daripada itu, aku cuba dapatkan balik semua gambar-gambar yang permainan kulit untuk disimpan untuk personal collection. Mungkin satu hari nanti, Permainan wayang kulit ini akan dilupakan oleh generasi-generasi baru, maka hilang la seni dan kebudayaan yang kita warisi sehingga sekarang dan kita patut berbangga dengan apa yang ada dinegara kita, masih luas muka bumi malaysia ini untuk kita terokai dan mencari apa dalam seni kebudayaan negara kita, Apapun layan dulu slideshow kat atas tu ok
0 comments:
Post a Comment