Thursday, March 31, 2011

Kota Bharu,tumpat,pengkalan kubur, Tak bai

takbai Perjalanan hari ke 3 di Kelantan diteruskan ke tumpat Kelantan dan seterusnya memasuki Negara jiran iaitu Thailand. Aku memulakan perjalanan dengan seperti biasa, dengan berbasikal daripada Bandar kota bharu menuju ke jajahan tumpat. Aku bertolak daripada Bandar kota bharu pada kul 10.00 pagi, selepas sarapan bagi di warung nasi berlauk di jalan long yunus dan perjalanan aku kali ini ditemani oleh Pok cik dan Abang jihan. Pok cik & abang jihan mengekori aku dengan kereta kenari kesayangan aku dan aku berbasikal, disebabkan kayuhan basikal tidak dapat mengalahkan kelajuan kereta kenari aku, aku biarkan mereka menunggu aku di pekan tumpat. Cuaca hari ketika adalah baik, tiada mendung dan hujan berbanding dengan hari-hari sebelum.. waktu perjalanan banyak kali aku tersalah jalan dan terpaksa berpatah balik  mencari jalan sebenar yang menuju ke Tumpat. Kalau dah sesat takkan nak buat-buat pandai, so kena la bertanya pada orang-orang disepanjang jalan. Bila sesat maka lambat la masa aku untuk sampai di Tumpat. Aku sampai  tumpat pada pukul 12.30 tengahari, aku ingatkan Pok cik dan Abang Jihan sampai lebih awal daripada aku, rupanya aku sampai awal daripada diorang. Rehatkan kayuhan sambil minum air jambu batu bersebelahan dengan pasar tumpat. Aktiviti perniagaan masih lagi rancak dijalankan di Pasar tumpat, peniagaan yang dimonopoli oleh mak cik-mak cik dan warga emas. Selang beberapa minit menunggu, akhirnya sampai 2 orang sahabat nie, tanpa berehat lebih lama, aku meneruskan perjalanan ke Pengkalan kubur. Daripada pekan tumpat untuk sampai ke Pengkalan kubur tidak lah berapa jauh, hanya mengambil masa dalam 20 minit masa perjalanan. Pengkalan kubur adalah pintu ke-2 untuk masuk kenegara jiran selepas rantau panjang. Pengkalan kubur adalah bersebelahan dengan Takbai, Takbai. Antara korang pasti pernah mendengar Takbai bukan?,. Sebelum sampai ke Takbai, kami terpaksa menguruskan dokumen perjalanan sementara kami. Pada masa tu, aku bawa sekali passport antarabangsa aku, memandangkan ic aku adalah 02 kod bagi negeri kedah, aku tak nak membazirkan cop di passport dengan lebih banyak, aku ambik keputusan untuk membuat Border Passport. UDE_5397 Border Pass sementara boleh dipohon hanya bagi mereka-mereka yang lahir dinegeri yang berhampiran dengan Thailand sahaja, seperti mereka yang lahir di Kedah, Perlis, Perak & Kelantan, kos untuk memohon Border pass ini adalah RM10 sahaja dan tidak perlu menunggu lama untuk siap, hanya lapirkan 2 keping gambar berukuran passport serta ic pengenalan diri anda. Waktu kami sampai di Pengkalan Kubur adalah pukul 1.00 tengahari, jadinya pejabat imigresen ditutup sementara bagi waktu rehat tengahari, kami terpaksa menunggu sehingga pejabat imigresen dibuka pada pukul 2 petang. Memandangkan Pok cik lahir di Terengganu, pok cik tidak dapat menyertai kami ke Takbai dan terpaksa menanti kami di sempadan, walau dipujuk rayu mcm mana pon pada kakak imigresen, tetap tak boleh dilepaskan, nak masuk haram takut bahayanya diseberang. Untuk nak ken Takbai, kami terpaksa menyeberang sungai yang memisahkan Pengkalan kubur dan Takbai, daripada seberang sungai di Pengkalan kubur, kami boleh Nampak aktiviti harian dipekan Takbai. Selepas chop passport di Pengkalan kubur, kami bergerak menaiki Feri pengangkut untuk menyeberang ke Takbai. Tambang feri untuk ke Takbai adalah RM2 seorang. Aku menyeberang bersama-sama dengan Basikal dan ditemani abang jihan. Untuk menyeberang dan sampai ke Takbai, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, tak lama Alhamdulillah kami selamat menyeberang ke Takbai dengan selamat, Suasana dipekan takbai memang berbeza dengan aktiviti di pengkalan kubur, dan post imigresen Thailand boleh dilihat mcm bangsal kecik, orang ramai beratur panjang mcm nak membeli tiket untuk masuk fun fair. Kebanyakkan Masyarakat yang tinggal di takbai adalah terdiri daripada Melayu Thailand dan pertuturan bahasa masih boleh dipahami, Pekan tak bai tidak lah semaju mana dan masih meniti berkembang untuk membangun. Kami berehat sementar di warung berdekatan dengan Post imigresen untuk Makan tengahari, di Takbai, Makanan halal memang senang diperolehi, kiri dan kanan dipenuhi peniaga Muslim. Selepas makan, destinasi seterusnya adalah Ke Balai Polis Takbai, untuk membawa abang jihan bersama, terpaksa la kami hire teksi motor yang boleh bawak abang jihan ke Balai polis takbai. Dengan kadar tambang RM20, teksi motor membawa kami ke Balai polis takbai, dan aku terpaksa mengayuh basikal mengekori Motor Teksi ke Balai polis Takbai. Kenapa Balai Polis Takbai ?. Peristiwa yang berlaku pada bulan ramadhan. Peristiwa berdarah Tak Bai bermula apabila 6 orang lelaki tempatan ditahan dan dituduh membekalkan senjata kepada pihak pemberontak. Penahanan mereka dibantah oleh penduduk tempatan yang kemudiannya mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan bagi menuntut pembebasan rakan serta sanak saudara mereka itu. Perhimpunan tersebut bertukar menjadi ganas apabila tentera menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang ramai yang kemudiannya menyebabkan enam lelaki berkenaan mati ditembak. UDE_5407 disungai ini la yang menyaksikan perusuh bertempiaran lari masuk ke dalam sungai dan ada diantara mereka ditembak didalam air UDE_5414 Kesan tembakan masih boleh dilihat disekitar kawasan kejadian, sehingga sekarang Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam kemudiannya ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dengan tahanan dibawa dalam keadaan terbaring tindih-menindih..Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas. Kejadian pada 24 Oktober 2004, di bulan Ramadan itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan keganasan di selatan negara Thailand. Perdana Menteri Thailand Thaksin, memberikan sokongan penuh di atas tindakan tentera dan kenyataan pertamanya adalah "..kesemua 78 orang mati akibat mereka sudahpun lemah akibat berpuasa semasa bulan Ramadan Bila ditanya secara detail kepada pemandu teksi motor, dia agar rase kurang selesa dengan jawapan kami dan rasa serba salah untuk menjawab soalan yang kami tanyakan pada dia. Dihadapan Balai polis tersebut terdapat muara sungai dan pemandu itu menceritakan, pada masa kejadian,  para perusuh bertempiaran lari terjun ke sungai untuk menyelamatkan diri, ada daripadanya ditembak didalam air. Kesan tembakan masih boleh dilihat oleh mata aku sendiri, kesan yang boleh dilihat di dinding konkrik dan tercatat satu perkataan Thailand. Aku cuba meminta kebenaran daripada pemandu teksi motor untuk mengambil gambar dihadapan Balai polis Takbai dan dia menasihatkan agar jangan cuba-cuba mengambil gambar, takut-takut kami disyaki sebagai pengintip daripada luar, atas nasihat kami beredar daripada kawasan tragedy dan menuju ke jambatan panjang di Kampung Pulau Panjang. Jambatan panjang yang dibina dengan kayu, membuatkan aku sangat kagum dengan usaha-usaha mereka yang membina jambatan kecik tu, walaupun tidak sebesar mana, tapi binaannya sangat kukuh. Dengan perasaan ingin tahu aku cuba menyeberang dengan basikal aku k eke Kampung pulau panjang. Kampung Pulau panjang adalah sangat cantik, cantik dengan pantai dan air laut kebiruan. Dengan masa yang ada, aku tidak boleh begitu lama berada di Takbai, dan perlu meneruskan perjalanan ke sg kolok Thailand. UDE_5416 UDE_5440 UDE_5428 Untuk ke Sg kolok, ia mengambil masa 30 minit dengan kereta, kalau aku berkayuh mungkin akan jadi 1 jam atau 2 jam perjalanan, atas factor keselamatan, aku terpaksa lupakan hasrat untuk berbasikal ke sg kolok dan aku terpaksa mengambil lori pick-up untuk membawa aku ke Sg kolok, atas bantuan pemandu teksi motor, kami dapat pick up lori yang akan membawa aku ke Sg kolok. Sebelum bergerak ke Sg kolok, kami minum di warung sementara menunggu lori pick-up sampai. Pemandu teksi motor memberanikan diri untuk membuka mulut, pesannya, di sini cakap tak boleh sebarangan, cakap lebih esok atau lusa, hilang la saya, cerita ini sama yang aku ceritakan semasa pengalaman aku di Patani yang lepas dan aku faham kenapa dan mengapa dan memberitahu aku, untuk mengayuh basikal ke sg kolok adalah bahaya kerana, disepanjang jalan, risiko adalah tinggi, jalan-jalan sentiasa di letakkan paku-paku, aktiviti jenayah yang dilakukan oleh pengedar-pengedar dadah dan pemberontak atau pemisah. UDE_5463 UDE_5474 Lori yang dinanti sudah sampai dan kami beredar daripada pekan takbai, kali nie basikal aku naik pick-up hehe. Disepanjang jalan yang menuju ke Sg kolok, aku boleh lihat banyak perkampungan melayu dan banyak sawah padi. UDE_5490 Disepanjang jalan menuju ke Sg kolok, aku terpaksa menempuhi sekatan jalanraya oleh Polis Dan Tentera Thailand, didalam hati, nak jugak ambik gambar askar-askar kat post kawalan kat jalan tu, tapi terasa takut tu ada, takut disoal siasat daripada mana kami datang, takut tak balik Malaysia pulak nanti, sekatan jalan terlalu banyak, bangunan petakbiran, hospital dan tempat awam dikawal rapi oleh tentera dan polis. Kami tiba di Pekan Sg kolok dengan selamat tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, maklumlah kawasan selatan masih lagi bergolak, terutama sekali dikawasan Narathiwat. Di Pekan Sg kolok, aktiviti perniagaan di monopoli oleh orang melayu dan orang cina, Kedai makanan halal melayu memang senang diperolehi. Kami mengambil masa yang ada dengan mengelilingi Pekan Sg kolok, aku dengan basikal dan membawa hala tujuan aku dan Abang jihan dengan haluan berjalan kaki hehe. Setelah penat berpusing, kami menjamu selera di gerai-gerai di tepi jalanraya dan menu kami pada hari tu adalah Mee Celup, terasa loya dengan masakan, kerana terlampau banyak ajinomoto yang diletakkan dalam mee celup, aku tidak dapat menghabiskan makanan kerana takut muntah. Pukul 8.00 Malam kami beredar menuju ke pintu sempadan untuk ke Rantau panjang, keluar daripada Negara Thailand, sebelum pintu masuk antara Malaysia dan Thailand ditutup pada pukul 10 malam. Dipos imegresen dipenuhi dengan orang ramai yan ingin mendapatkan cop masuk dan keluar diantara dua Negara dan kastam mula sibuk untuk membuat pemeriksaan sebelum balik. Di pintu Rantau panjang, yang menanti adalah pok cik dan setelah semua urusan cop selesai, aku dan abang jihan beredar dan menuju ke kota bharu bersama-sama basikal aku yang diletakkan didalam kereta, nak kayuh balik ke kota bharu rasa penut belum hilang. DSC_0127 DSC_0080 photograph by : Jihan Meghaa Ismail Sampai sini sahaja cerita aku untuk kali ini dan cerita ini akan disambung ke beberapa negeri selepas nie insyallah, apapun jika ada tersalah dan terkasar bahasa harap korang maafkan dan disini jugak aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan dikelantan dan insyallah jika anda masa kita berjumpa lagi

Thursday, March 24, 2011

Kota Bharu to Tok Bali, Kelantan

ffg Perjalanan diteruskan ke tok bali, yang mana mengambil masa selama 4 jam untuk sampai ke Tok bali adalah 50KM, jika memandu kereta, mengambil masa dalam 40 minit masa perjalanan, tapi dengan kayuhan lama sikit la nak sampai sana, nak pulak aku nie suka merayap masuk ke kampung-kampung. Selepas bersarapan Nasi dagang bersama dengan beberapa rakan di Kota Bharu, aku bertolak ke Tok balik pada pukul 9.30 pagi. Dengan panduan yang aku perolehi, sepanjang perjalanan ke tok bali, banyak benda yang menarik untuk diambil gambar, antara yang menarik adalah kampung-kampung nelayan yang terdapat disepanjang jalan pantai menuju ke Tok bali. UDE_5143 Disepanjang jalan di Bachok, aku boleh lihat aktiviti penanaman daun tembakau, disepanjang jalan boleh dilhat kehijaunnya, nak melihat kelibat petani yang sedang menanam daun tembakau pada waktu tu, memang tidak dapat boleh dilihat, mungkin kerana waktu aku sampai di bachok, adalah pakai tengahari. Matahari tengak berdiri diatas kepala, memang la susah nak tengok, dan aktiviti pada waktu tu memang agak terbatas dan hanya boleh dilhat adalah lembu-lembu yang sedang meragut rumput berhampiran dengan tanaman tembakau. UDE_5153 Sempat aku menegur seorang penanam tembakau yang sedang rehat di beranda rumahnya, katanya di Bachok ini adalah kawasan yang banyak menanam daun tembakau di negeri Kelantan, pada mulanya aku menyangkakan tanam sayur sawi dan ubi, agak pelik kalau pokok sayur sebesar tu. Aku meneruskan kayuhan ke Tok bali, agak bosan juga kalau ikut jalanraya, jalan utama ke Tok bali, aku lencongkan perjalanan aku mengikut jalan disepanjang jalan pantai, Di jalan pantai jalannya boleh tahan elok, kadangnya berpasir, dan menyukarkan aku untuk berkayuh, kerana pasir dan ada jalannya tanah. Di tepi pantai, aku boleh tengok, rumah-rumah usang yang ditinggalkan penduduk, boleh dikatakan, banyak rumah yang tak berpenghuni, mungkin risau ancaman angin dan hakisan pantai yang makin hari, makin menjadi, nak pulang, masa aku datang Kelantan, Baru seminggu jepun dilanda bencana tsunami. Aku melihat seorang budak lelaki berada dibangsa yang dipenuhi jarring pukat ikan, sembang jugak aku berbual mesra buat seketika. Jalan pantai yang dipenuhi pohon pokok kelapa, sangat cantik dan buat aku tertarik untuk mengambil gambar. Dilihat di bawah pohon kelapa, sekeluarga yang sedang menjamah makanan tengahari dengan santai, pada mula aku ingatkan orang sedang berkelah, bila didekat, rupanya, mereka hanya tinggal dekat dengan persisiran pantai Bachok. Sangat seronok dan dalam hati aku terasa rindu untuk makan bersama dengan keluarga dikampung. Seorang ibu yang senang melayan anak-anak  yang masih kecil dengan loghat Kelantan. Aku rakamkan sekali gambar mereka yang sedap makan di bawah pohon kelapa, diselitkan sekali dengan kucing dan kambing yang sibuk untuk makan bersama, sangat comel dan sangat teruja, mereka sangkakan aku orang luar (bukan orang Malaysia), aku beranikan diri untuk menegur “sedap juga makan ramai-ramai kat tepi pantai nie”, satu keluarga mengalihkan perhatian kepada aku, dari anak sampai la ke anak, sambil memberikan senyuman pada aku, tanpa membalas apa yang aku cakapkan. Cara terbaik dan tip untuk merakamkan gambar menarik adalah, mesrakan diri anda dengan mereka terlebih dahulu, jangan main terus ambik, silap langkah, ade yang kena kejar pakai parang J. Selepas aku mengambil gambar dikawasan tersebut, aku beredar sedikit daripada kawasan tersebut dan singgah dikawasan lapang yang mana ada sekumpulan adik kecil yang sedang bermain. “Hello” perkataan kebiasan sepanjang aku masuk ke kampung, orang masih menganggap aku nie, orang luar, terus aku cakap melayu dan ade terdengar suara kecik daripada mereka “ohhhh melayu abbey nie”, aku menjawab, abang nie orang melayu dik, aku dikelilingi adik-adik tersebut, aku layan terlatah diorang, ade yang duk usik barang-barang dan ade duk sibuk interview. Aku rehat dan melayan diorang sambil menegok air coke yang aku beli, ade sorang adik nie cakap “abbey mintak air sikit”, lalu aku bagi, hmmmm!! Bukan sikit abis dikendurikan air coke aku sampai habis, tapi tak pe, anak-anak kecik, seronok tengok telatah diorang. UDE_51d65 UDE_5185 UDE_5192 UDE_5206 Disebabkan jalan mati, aku terpaksa tinggalkan diorang dan berpatah balik ke Jalan utama, disamping tu singgah sebentar di kedai untuk membeli air coke buat kali ke2. Harap-harap air nie taka de lagi orang kendurikan lagi, sebab apa, air manis nie, akan aku simpan buatkan tenaga. Selepas beberapa kilometer aku berkayuh, aku jumpa kembali susur jalan menuju jalan pantai, meredah ladang kelapa yang luas, yang dipenuhi dahan kelapa yang jatuh serta buah-buah tua dan juga terpaksa melintasi kawasan rumah penduduk-penduduk kampung, terdengar suara orang tua yang mengajar membaca Al-quran, seorang warga emas yang tidak berbaju, berkain pelekat dan berkopiah, sedang mengajar cucu-cucunya mengajar Al-quran diberanda rumah. Atok tua memegang rotan, sangat comel atuk yang sedang mengajar, cucu-cucu hilang tumpuan, yang tekun membaca tu, memfokuskan bacaannya. Teringat kembali zaman kecil aku dulu. Bagi tidak menghilangkan focus pengajian, aku beredar daripada kawasan tersebut. Selang beberapa rumah aku melintas, terdengar suara teriakkan seorang adik kecik kearah aku “abey tak sey dohh, mak tak sey”, dengan loghat yang pekat, aku kurang dapat memahami apa yang budak tu cakap, masa aku aku tengah berkayuh, aku fikirkan apa yang budak tadi cakap dan baru aku dapat faham, bantai ketawa aku bila aku dapat faham apa yang budak kecik tu cakap, maksudnya “ Tak nak beli dah abang”, dia ingat aku seorang peniaga yang bawak barang meniaga rumah ke rumah. Cerita kelakar aku belum habis disitu lagi, ade lagi yang menyangkakan aku jual barang, kali nie seorang abang yang sibuk membelek motor “jual barang apa abey”, kena lagi aku, berapa kali lagi nak kena chop salesman jual barang hahaha, hilang rasa penat, bila benda kelakar terjadi semasa aku berkayuh. UDE_5348 UDE_5339 UDE_53u08 Aku sampai di Pantai Irama Bachok, pantai yang menjadikan tarikan untuk keluarga bersantai, tak lupa juga untuk mereka yang ingin berasmara dana, berkasih sayang hehe. Di Pantai Irama, aku rehat untuk beberapa minit dan menghilangkan dahaga buat seketika dan memikirkan makan tengahari dan aku perlu melambatkan kayuhan aku ke tok bali atas sebab, aku ingin melihat aktiviti waktu petang disepanjang jalan ke Tok bali. Selepas rehat, seperti biasa, aku sambung perjalanan kembali dan terus melencong ke kampung Melawi, Wah di Kampung melawi banyak tempat yang cantik, banyak pantai yang menarik. Daripada Bachok sampai ke Melawi, boleh tengok tanaman Tembakau. Sangat menarik Langskap di kampung melawi dan tak lupa, aku terjumpa satu kubu perang, tak pasti kubu tentera apa, mungkin kubu tentera jepun yang masih kukuh lagi. Jika ada tempat menarik, pasti aku akan berenti di Melawi. Melayan telatah kanak-kanak yang sibuk mengajak aku berlumba, aku layankan karenah mereka, aku lepaskan mereka pergi, aku kejar dibelakang mereka, Walaupun muatan berat, tapi masih bertenaga lagi untuk berkayuh. UDE_5210 UDE_5223 Di satu ladang kelapa aku berenti melihat seorang pak cik yang memetik kelapa yang menggunakan khidmat beruk, seperti biasa, aku mengunakan teknik berbual mesra, sambil bertanya nama beruk. Pengikut apa yang pak cik tu cakap, dia mempunyai 5 ekor beruk jantan dan dia menceritakan serba sedikit berkenaan pengetahuan ilmu membela beruk hehe. Pendapatan seharian dengan memetik kelapa, mencecah rm100 sehari, dan permintaan untuk menggunakan perkhidmatan beruk adalah tinggi, takkan nak guna khidmat orang, letih dan merbahaya, tapi bahaya juga untuk beruk. UDE_5242 UDE_5244 UDE_5247 UDE_5318 UDE_5326 Aku melihat kelibat seorang budak perempuan sedang bermain dengan seekor anak monyek, di panggil monyek tersebut dengan nama “mamat”, mata sepero dan juling disebelah kanan, sangat comel si mamat, Nampak aku terus didakapnya kaki aku, bila diambil gambar sibuk untuk mengambil tahu apa yang aku buat. Tersangat manja mamat dan tuan kecilnya, membuatkan hati aku terasa tenang dengan telatah mamat. UDE_5255 UDE_5273 UDE_5264 UDE_5285 Destinasi seterusnya adalah kampung Kandis, kampung bersebelahan dengan kampung Melawi dan tinggal beberapa kilometer sahaja aku akan sampai di Tok Bali. Matahari makin membenam, suasana petang Nampak lebih menarik. Aku mendapat satu pengetahuan yang baru dalam ilmu pertanian, sembang aku bersembang dengan seorang petani. Aku memulakan pertanyaan berkenaan siluk  biluk penanaman tembakau, sambil mengambil gambar, dapat juga aku satu pengetahuan baru. Tembakau yang ditanam disepanjang kawasan aku lalui di Bachok, adalah tembakau yang dijadikan tembakau rokok seperti Dunhill, Marlboro, Winston dan jenama-jenama lain. Daun muda sesuai dijadikan rokok yang lembut dan berkualiti, contohnya rokok dunhill & Marlboro dan bagi daun yang tau, ia sesuai untuk rokok yang murah, seperti SAAT dan lain-lain yang harganya murah dan masa untuk mengikut daun adalah mengikut masa yang ditetapkan, Waktu pagi 5 Helai dan Waktu petangnya adalah 5 Helai.  Melihat kelibat anak kecil yang sedang membantu ayahnya mengutip daun tembakau, Bila di acukan kamera, mereka malu tapi ingin tahu. Waktu sekolah adalah waktu yang paling sesuai untuk membantu keluarga dengan mengutip daun tembakau. Daun Tembakau yang ditanam itu, tidak sesuai untuk dijadikan tembakau Balut, seperti mana orang tua di Utara yang gemar mengisap rokok balut. UDE_5350 UDE_5366 UDE_5356 UDE_5351 UDE_5374 Hari tu akan rasakan, aku mendapat satu pengalaman baru, sambil mencuba memetik daun tembakau, apapun terima kasih pak cik. Aku beredar dan melabaikan tangan kepada kanak-kanak yang mengekori dibelakang Basikal aku. Pada Pukul 7.30 Malam aku selamat sampai di jambatan panjang yang memisahkan daerah Bachok dengan Pasir Putih, Alhamdulillah aku sampai di Tok Bali dengan selamat, Aku tamatkan kayuhan aku di Tok bali dan tidak dapat meneruskan perjalanan lagi, sambil menunggu Rakan menjemput balik ke Kota Bharu. UDE_5383 Walaupun Pengalaman aku terindah mana, tapi aku rasakan pengalaman selama aku berbasikal ke keseluruh pelusuk kampung adalah berbaloi, kerana pada hari tu, aku mendapat banyak pengetahuan dan banyak gambar yang aku perolehi, terasa ingin pulang ke kampung sendiri dan aku rasakan diri aku masih kecil dan masih tidak merasa puas, untuk masa hadapan, aku harapkan, aku akan menjelajah kepelusut Negeri, melihat keindahan Negara sendiri dan apapun ikuti sambungan cerita aku pada perjalanan daripada Kota Bharu ke Tak Bai Thailand. Penulisan ini mengikut kata hati, aku bukan lah seorang penulis yang terbaik dan aku cuba sampaikan, apa yang terbuku dihati, Jika ada Salah perkataan, harap Dimaafkan. Cerita dan kisah perjalanan ini adalah benar dan tidak ada tokok tambahan cerita bagi menyedapkan jalan, ia tulus dari hati dan bukan mencari publisiti

Monday, March 21, 2011

Kota Bharu - Pantai Mek Mas

DSC_2654 Setelah sampai di Gegeystudio, aku ambik kesempatan untuk melelapkan mata bagi mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menyambung misi untuk membuat kayuhan ke Pantai Mek Mas. Terima kasih kepada semua warga gegeystudio atas kesudian menumpangkan saya untuk berteduh, terima kasih sudi memberikan bilik gelap yang membuatkan aku fikirkan sudah pagi, tapi padahal hari menjelang siang. Setelah bangun daripada tido dan bersiap untuk ke Pantai Mek Mas, kami menjamu minum petang, sebagai bekalan tenaga, nak makan berat takut kurang tenaga. Bercakap berkenaan dengan Makanan, Negeri Kelantan sangat kaya dengan pelbagai resepi masakan terutama sekali kuih muih yang bermacam namanya, buatkan aku sendiri tidak pernah mendengarnya. Pada mulanya, aku ingin menjamu selera di gerai nasik kak wok, tapi memandangkan aku bangun lewat, so tak dapat la merasa untuk makan nasik kak wok. Penat memandu selama 6 jam masih belum hilang, terasa mengantuk  masih ada, tapi disebabkan plan perlu diteruskan, aku memulakan kayuhan pertama aku dinegeri Kelantan, aku menuju ke Pantai Mek Mas. Peralatan yang turut membantu aku semasa membuat kayuhan adalah Papago iphone, Google Maps dan Rakan-rakan yang tinggal di Kelantan, terutama sekali bagi yang tinggal di Kota Bharu. Aku bertolak daripada Jalan Long Yunus, Kota Bharu pada pukul 3.30 petang,Perjalanan kalau diikutkan daripada panduan sumber-sumber yang aku perolehi, perjalanan daripada jalan long yunus ke Pantai Mek Mas, mengambil masa dalam 20 – 30 minit perjalanan menggunakan kereta, so kalau berbasikal mungkin lingkungan 40 minit – 1 jam perjalanan, tapi bagi aku, mungkin mengambil masa 2 jam untuk sampai, sebab ape lama, sebab, aku gunakan masa panjang tu, untuk masuk setiap lorong kampung, kalau ade Aktiviti yang menarik, pasti aku singgah. UDE_5391 DSC_0869 Disepanjang perjalanan aku lalui, aku boleh melihat pelbagai aktiviti masyarakat Kelantan, ade yang berniaga, ade yang bersembang dan ada yang memancing. Melihat kelibat Mak cik- mak cik yang sedang seronok memancing di satu kawasan seperti kawasan oasis, cantik tempat tu, memandangkan kawasan yang agak becak dan air, so aku terpaksa lupakan hasrat untuk mendekati lebih rapat dengan diorang dan hanya sempat memberikan senyuman. Melihat sepintas lalu gelagat seekor kambing jantan yang naik ke atas gerai yang menjual jagung rebus ditepi jalan. Gerai yang ditinggalkan sementara waktu itu, menjadi tempat rezeki kambing jantan yang naik diatas gerai tersebut, wah bukan main happy kalau kambing dapat makan jagung rebus, sape yang beli jagung tu, alamat dapat perisa tambahan berserta bau kambing, agak kelakar jugak melihat aksi kambing. Di sepanjang Jalan boleh dilhat aktiviti perniagaan dijalankan, nak menyinggah takut tak sempat sampai ke Pantai Mek mas. UDE_5372 UDE_9119 Pantai Mek Mas terletak berhampiran dengan Pantai Cahaya bulan. Sebelum nie aku pernah sampai disana, melihat dan mengambil gambar si pembuat wau  iaitu pak cik shafie, kalau aku singgah pasti dia kenal dengan aku. Memandangkan Stock images untuk Wau dah banyak, so kali nie tidak tersenarai dalam perancangan aku, aku meneruskan perjalanan ke Pantai Mek Mas. Tempat pada masa, pada waktu tu adalah cuti sekolah, so dapat tengok kanak-kanak bermain disepanjang jalan, seronok bermain tanpa memikirkan kerja-kerja sekolah yang perlu dibuat. Apa bila kayuhan aku melintasi tempat mereka bermain, pasti akan kedengaran “Halo”, How are you”, adik-adik tu menganggap aku nie bukan la orang Malaysia, ade yang cakap “mat salleh”, aku memandang ke arah mereka dan aku cakapkan “adik abang orang melayu” tergelak terbahak-bahak adik-adik tu”, “ohhhhh melayu”. Mungkin mereka biasa melihat kelibat orang bukan dari Malaysia berbasikal dikawasan mereka dengan muatan yang sarat dengan beg dari pada belakang sehingga ke hadapan. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang, dengan cuaca disebelah timur mendung dan disebelah baratnya bercahaya matahari, aku singgah untuk mengambil gambar di lading jagung, apa yang membuatkan aku ingin mengambil gambar, aku dapat lihat daun-daun jagung berkilau keemasan apabila terkena cahaya matahari yang makin membenam, subhanallah, cantik, tapi cantik itu hanya boleh dilihat sepenuhnya, nikmatnya kepuasannya hanya pada mata, bukan pada mata lensa, rasa puas melihat kejadian alam dan hanya mampu diungkapkan pada bibir adalah Subhanallah.. Perjalanan aku hampir tiba di Pantai Mek Mas, sebelum sampai, aku singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli minuman manis (air coke) manis yang boleh menambah tenaga dan juga menghilangkan dahaga, sambil melayan sembang dengan seorang pak cik “ awak jual barang apa?”, hehe, ada yang ingatkan aku seorang penjual barang, lepas memberi penerangan, baru la dia faham apa hasrat aku,  dan dia sempat memberikan panduan arah dibeberapa tempat yang menarik yang berdekatan, tapi sayang, memandangkan masa yang kurang mengizinkan, aku perlu meneruskan perjalanan ke destinasi yang aku rancangkan. UDE_5118 UDE_5129 DSC_2649 Pukul 5.30 petang aku sampai di Kawasan Pantai Mek Mas, alhamdulillah aku sampai jugak disini buat kali ke 3, sebelum-sebelum nie aku pernah ke sini. Yang membuatkan aku berminat untuk datang kesini, di pantai Mek mas ada satu teluk di mana disitu tempat dimana nelayan-nelayan akan meletakkan bot mereka dan kawasan yang berdekatan berhampiran dengan rumah-rumah nelayan. Lanskap menarik, rumah nelayan dan pohon kelapa yang banyak. Melayan pak cik dan mak cik yang berkemban sambil membantu suaminya yang memukat ikan di kawasan paya nipah yang tebal, tanpa berbaju, berkemban pon boleh buat kerja memukat. Selepas lama di muara, aku terus ke kawasan pantai, melihat gelagat anak-anak kecil bermain bola, dan terhenti seketika permainan mereka sambil memfokuskan pandangan kearah kamera aku, sambil berkata “hallo!!! “  bantai gelak kali ke 2 aku nie, apa la budak-budak nie, takkan la tak Nampak kulit aku nie gelap sama macam diorang, Daripada aku gelak lebih banyak baik aku beredar dari kawasan diorang. Di Pantai Mek Mas ade satu longgokan Pasir yang banyak, seperti berada lancelin perth. Di Lancelin, diorang main sandboarding, tapi masa aku sampai di Pantai Mek mas, tak ada pulak orang main sandboarding, hanya yang Nampak adalah kelibat pengantin baru dan  photographer, di situ memang sesuai untuk mengambil gambar, kalau tak dapat ke Lancelin, Perth, aku cadangkan korang ke Pantai Mek mas, sebelum diratakan pasirnya. UDE_9083 ini antara gambar yang diambil di Pantai Mek Mas, ketika aku membuat tugasan berkaitan dengan Pelancongan DSC_0825 Memandangkan cuaca kurang mengizinkan dan hari semakin gelap, kurang la gambar yang menarik untuk aku abadikan semasa ke Pantai Mek Mas dan aku ambik keputusan untuk balik semula ke Kota Bharu untuk bermalam di sana. Untuk ke Pantai Mek Mas, aku cadangkan kepada mereka yang suka mengambil gambar, datang la pada seawal pagi, kerana pada waktu pagi, memang sesuai untuk mengambil gambar dan pada sebelah petangnya adalah masa yang sesuai, tapi datang jangan lewat petang, kerana matahari membenam kearah barat, bukan kearah timur okeh. Mengikut panduan jarak pada meter elektronik aku, aku telah membuat kayuhan sejauh 25KM DSC_0161 DSC_0921 Aku perlu balik semula ke Kota bharu untuk berehat, kerana keesokkan harinya aku akan meneruskan perjalanan dan kayuhan ke Tok bali, apapun entry ini akan bersambung esok…

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP