Sunday, December 23, 2012

Peralatan persediaan ke langtang, nepal

Untitled


Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan bertolak ke Nepal buat kali kedua, yang mana aku akan bertolak pada tahun 2013, 1 jan penerbangan aku ke nepal.

Januari - December adalah musim sejuk dinepal, pada cuaca sejuk, ramai yang kurang nak melakukan aktiviti trekking dalam musim sejuk mcm tu, banyak risiko sedikit jika mendaki pada waktu tu. tahun lepas, opss bukan tahun lepas, awal tahun ni, aku berjaya sampai di annapurna base camp yang mana bagi pendapat aku sendiri, annapurna base camp adalah bukan satu trek yang mudah, kerana banyak menempuh rintangan yang memerlukan mental dan fizikal yang tinggi, lebih-lebih lagi jika mendaki pada waktu musim sejuk.

So disini aku share sedikit tips untuk korang yang berminat untuk trekking atau hiking di nepal.

Di Nepal, sector pelancongan adalah paling penting, punca ekonomi no.1 bagi negara nepal, so dinepal banyak aktiviti yang boleh kita cuba, terutama sekali bagi korang-korang yang suka dengan aktiviti lasak.

Di Nepal terdapat banyak route trekk yang boleh kita cuba, bergantung pada masa kita dan kekuatan fizikal dan mental kita sendiri. Jarak masa yang paling pendek adalah 1-3 hari pendakian dan tempoh paling lama adalah 3 minggu mendaki. Untuk maklumat berkenaan dengan trekking route dan service yang ditawarkan korang boleh beli buku-bulu seperti lonely planet nepal dan sumber-sumber online.

Banyak package-package trekking, bungy jumping, paragliding dan dll lagi yang ditawarkan di nepal, hanya tepuk poket duit anda sahaja, tapi jangan risau, mata wang nepal adalah rendah, so bagi aku korang mampu tetapi bagi aku yang kurang mampu, apa yang perlu lakukan adalah planning sendiri dan budget sendirj duit.

Bagi yang berminat untuk trekking, aku sarankan korang ambik la guide, kerana korang banyak benefitnya kalau koranv pakai guide dan potter, senang dan cepat masa korang, de masalah bahasa, sebab korang hire guide, korang dapat kenal macam-macam perkara yang aku sendiri pon tak tau. Dari segi keselamatan pon ok jika nak dibanding cara yang aku buat.

Bagi cara aku, aku memilih jalan yang susah tetapi ia adalah satu pengalaman yang paling berharga, macam kena surviver sendiri. Aku memilih cara solo trekker, semuanya kena buat sendiri, so kat sini aku ceritakan pengalaman aku, macam mana aku manage semua tu.

Pertama sekali apa yang aku buat, aku dapatkan info-info tentang Nepal melalui Sumber-sumber Online dan beli buku-buku Lonely Planet, tak salah kalau tak pergi tapi beli, sekurang-kurang kita dapat maklumat am tentang negara Nepal.

Sebab Apa kena Beli Buku Lonely Planet, Tak de ke buku-buku yang lain yang boleh dijadikan rujukan ?

Sebenarnya terdapat banyak buku-buku travel yang boleh dirujuk. tapi bagi aku, aku sudah biasa gunakan info-info daripada lonely planet sendiri dengan search sendiri daripada forum-forum traveller. Dalam buku lonely planet, terdapat info-info macam trekk, Tempat tinggal, tempat makan, aktiviti, map dan banyak lagi la dan kat dalam buku lonely planet tu, dia bagi 2 cara cadangan, nak yang budget atau yang tak budget, so confirm-confirm aku nak yang budget.

Dari segi tempat tinggal, aku akan pilih rate yang rendah dan selesa dan kat situ aku cuba dapatkan info detail berkenaan dengan guesthouse atau hostel dan kalau korang nak tau, aku lebih suka tinggal kat rumah local. Kalau nak detail lagi, kita boleh check dengan agoda atau hostelworld, yang mana ade Recommend Hostelworlds.com memang bagus la tu. Kalau nak booking untuk tempat tinggal kena detail kalau kat Nepal nie, takut kita kurang selesa, bukan travel kat europ, aku suggestkan korang tinggal tempat tinggal yang close dengan bandar, atau tempat pelancong, dekat dengan restoran, bagi yang muslim, boleh cari kedai makan muslim, kalau yang boleh makan tempat yang bukan muslim, korang boleh makan, makanan yang di masuk dengan sayur-sayuran sahaja. Pilih tempat yang senang nak diakses dengan public transport. Tempat kebiasaan adalah Thamel Road. 

Bagi yang nak lebih senang, cari tempat tinggal yang boleh ambik atau menyediakan perkhidmatan pick up kat Airport. Jarak Airport Kathmandu dengan Thamel road adalah dekat dan di Thamel road tu terdapat berpuluh-puluh tempat tinggal.
Untitled

Gambar kat atas ni adalah sebagai lakaran atau planning untuk perjalanan aku, sebelum bertolak rangka perjalanan adalah penting untuk aku dan selebihnya bergantung kepada keadaan dan masa

  Untitled

Gambar kat atas nie pulak lukisan aku untuk trip Annapurna Base Camp, aku lukis untuk perjalanan dan catatan aku dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan cita-cita aku dah jadi kenyataan




So kat sini aku share alamat tempat yang aku tinggal dan akan tinggal sekali lagi untuk minggu depan 


Annapurna Guest House Pvt. Ltd.
Thamel
Post Box: 20928
Kathmandu, Nepal
Tel:(+977-1) 4417461, 4420159, 4422070
Fax:(+977-1) 4420159
E-mail:info@annapurnagh.com
annapurnagh@yahoo.com 
Website:http://www.annapurnaguesthouse.com


Flight apa yang pergi dan berapa budget bagi tiket flight ?

 Lepas daripada aku dapat info-info pasal nepal, next punya proses, cari tiket flight. Penghujung 2011 sampai pertengahan 2012, terdapat beberapa flight sahaja yang ke Kathmandu dan antara flight yang sampai ke Kathmandu dan Penerbangan terus dari KL ke Kathmandu adalah Royal Nepal Airlines dengan Thai Airways, itu pon kena transit di Bangkok. Pada Waktu tu, memang aku langsung tak boleh nak budget rendah dengan flight punya tiket, booking awal pon RM1900, booking last minit pon RM1900 so tidak ada pilihan lain, disebabkan azam aku atau impian aku untuk sampai di Annapurna base camp sebelum kahwin, aku beli tiket dengan harga tu dengan redha dan aku percaya dengan rm1900 tu, aku akan dapat satu pengalaman yang paling berharga dalam hidup aku sebelum aku tamatkan zaman bujang aku.

 Alhamdulillah tiket pon dah dibeli so menunggu hari untuk berangkat, tarikh yang aku pilih adalah 1 Feb - 15 Feb 2012. Bagi yang nak ke Nepal, sekarang adalah lebih mudah dan lebih menjimatkan, AIRASIA dah pun bukan perjalanan ke Kathmandu, sebelum nie agak susah untuk dapatkan flight ke Nepal, tapi akan geram jugak, sebab beberapa bulan jek aku balik dari nepal, Airasia buka route ke Nepal. Dengan pembukaan route baru Airasia ke Nepal, aku ambik peluang tu dengan booking tiket ke Nepal buat kali kedua untuk trek Langtang valley. Dengan Airasia aku hanya bayar RM1000 sahaja so jimat 900 kalau aku ambik Thai Airways, dengan pembukaan route airasia, maka senang la tengok muka-muka orang Malaysia kat

Nepal VISA Nepal dan Kat mana boleh dibuat ? 

 Selepas selesai tiket, proses seterusnya adalah proses VISA. Sebelum tu, aku dapatkan maklumat VISA melalui Website Imigresen Nepal dan seterusnya rujuk ke Website Kedutaan nepal di Malaysia. aku Apply untuk VISA nepal di




 AddressSuite 13A.01, 13th A Floor, Wisma MCA,
163 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
 Office Tel No.03-2164 5934
03-2164 9653
 Fax No.03-2164 8659
 Emailinfo@nepalembassy.com.my or khotange@gmail.com
 Working Hour09:00am to 05:00pm, Monday - Friday
01:00pm to 02:00pm (Lunch Break)
 Document Submission09:30am to 12:30pm
 Document Collection02:30pm to 04:30pm




Apa yang perlu Dokumen yang perlu dibawa bersama adalah Passport Malaysia, Salinan Passport dan  1 keping Gambar berukuran Passport. Bayaran yang dikenakan untuk Tourist Visa Nepal adalah RM95 untuk 15 hari, jika kita nak stay lebih daripada 15 hari, kena upgrade dan bayaran. Jika kita tinggal melebihi daripada 15 hari dan kalau ditahan dan disyaki tinggal lebih daripada tempoh visa yang diberikan, korang kena bayar 2 kali ganda RM95 emmm duit-duit semua tu.

Resit

Proses untuk mendapatkan visa adalah 3 hari. Untuk proses visa, ia dibuka pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan masa bagi collection visa adalah pada 2.00 petang sehingga 4.30 petang.

Jika korang sampai di Kedutaan Nepal jangan terkejut, sebab suasana dalam kedutaan lebih teruk dan hura-hara, tak ada no giliran, hanya 2 kaunter sahaja yang dibuka. So aku kasi korang detail sikit, untuk pemohonan Visa, bagi memudahkan kerja korang, download form visa daripada website yang diatas, isi siap-siap dengan gambar passport sekali dan jangan sekali buat disana, kerana pasti korang kurang selesa dengan keadaan dalam pejabat kedutaan. Apa yang perlu korang lakukan untuk submit form, korang terus ke kaunter 2, jika korang nampak ramai depan kaunter, terus selit dan cakap dengan staff kedutaan nepal bagi proses hantar dan pemohonan visa, harus diingatkan sebab yang ramai-ramai datang tu pasti dia akan fikir kita sebahagian dari mereka, so kena tegas dan cakap melayu, sebab diorang tak kasi peluang untuk korang potong barisan, dia buat bodoh jek. Aku pernah terjadi satu kes, aku punya la lepak tunggu lama, aku nak kedepan diorang tak kasi, abis apa la diorang buat lama-lama kat depan, satu time tu, datang sorang Malaysia berpakaian kemas, dia datang ckp English, terus diorang bukak line, aku punya berbulu, terus aku tegas, ckp English + Melayu, semua pandang atas bawah, baru aku tau, diorang nie macam kuat lagi kasta-kasta dia.

Untitled

Untuk Collection Visa, korang boleh collect di Kaunter 2, seperti biasa, pergi terus dan cakap nak collect tourist visa ok.

  UntitledUntitled

Peralatan dan Ubat apa yang perlu dibawa ?

Ubat-ubat yang perlu dibawa bagi aku yang pergi sebagai solo trekker, apa yang perlu aku bawak adalah seperti

 1. Salonpas Spray (untuk kejang otot dan sakit belakang)

 2. Panadol Active fast (kalau tak jalan dan dinasihatkan beli panadol di Nepal, kadang power lain-lain hehe)

 3. Starter kit First Aids, Ubat luka, pembalut, gunting

 4. Minyak cap kapak

 5. PilChi-Kit Teck Aun

6. Vick Hidung

7. Vick Sapu

8. Water Purification ( PENTING !!, minuman air dari sumber-sumber dari gunung harus dijaga, sebab banyak kes kematian tentang air kencing tikus )

9. Pil AMS atau lebih senang Altitude Mountain Sickness (PENTING, boleh dibeli di farmasi di Nepal, kalau kat malaysia susah nak dapat )

 Bagi yang pergi dengan package guide dan potter, korang tak perlu risau, korang hanya beli beberapa pakaian sahaja dan selebihnya akan disediakan oleh travel agent korang. Pakaian untuk trekking aku nasihatkan korang, korang boleh beli di kathmandu sendiri, seriously harganya sangat murah jika nak dibandingkan kita beli di Malaysia. Pakaian ada yang berkualiti kalau yang tak nak beli, perkhidmatan sewa disediakan, kalau nak simpan buat kenangan, korang kena beli sendirikan, so pakaian yang perlu bagi aku adalah seperti di bawah

Untitled

windstopper jacket brand Mammut. Sesuai untuk cuaca sejuk bagi dikawasan Bandar kita waktu Winter dan ketika angin, kalis angin 

Untitled 

 Down Jacket North Face. bagi Cuaca sejuk ketika berada dikawasan gunung dan waktu salji tebal, sesuai bagi suhu minus 10-20. Aku suka down jacket nie sebab senang dilipat kecil dan jimat ruang bag  

Untitled

Untitled





Kasut boot North Face. kasut paling sesuai untuk trekking tempat-tempat tinggi, aku beli yang tinggi dan dapat menyokong buku lali aku daripada terseliuh dan boot yang aku beli nie adalah kalis air dan Salji

Untitled

Sleeping bag North Face.


Ok kawan-kawan sampai sini dulu cerita dan tips aku, insyallah aku sambung balik nanti k, bye2

Thursday, December 20, 2012

Bukit tinggi, West sumatera through my iphone

IMG_1861

di bukit tinggi padang, pengangkutan yang paling sesuai untuk aku menjelajah masuk ke seluruh pelusuk kampung adalah dengan menyewa motor, kos sewa motor pon tidak lah terlalu mahal, dan boleh disewa di bandar bukit tinggi. tanpa menggunakan sebarang alat GPS dan buku, aku hanya ikut hati. Kadar sewa motor dalam dalam lingkungan rm10-16 untuk satu hari.

  IMG_1853

ini bukan gambar penginapan sebenar aku di bukit tinggi, penginapan aku yang sebenar di bukit tinggi adalah hotel tigo bolaih, yang mana aku hanya membayar rm13 ringgit untuk satu malam, jimat dan selasa, asalkan boleh tinggal lama kat bukit tinggi.

  IMG_1849

Juadah makanan yang paling terkenal di bukit tinggi, sudah tentu la nasi padang, kalau korang sampai ke bukit tinggi, jangan lupa bawak ubat sakit perut, bagi yang tak tahan pedas, silap boleh cirit birit dan jangan lupa try minum sekoteng. Waktu nie, waktu sahur di bukit tinggi

  IMG_1863

Bukan senang lagi nak jumpa kaedah menuai macam nie, tapi di bukit tinggi masih dikekalkan lagi cara macam nie, dengan motor, aku boleh pusing masuk sampai la kawasan pendalaman.

  IMG_1871IMG_1875 IMG_1876 IMG_1878 IMG_1879 IMG_1883

Apa yang buatkan aku suka sangat travel, sebab tiap kali keluar, aku akan dapat kawan baru, boleh sharing antara dua hala berkaitan dengan negara masing-masing. Ipini dari japan, aku selalu follow dia punya facebook, dah merata dia pusing, sampai ke benua america

  IMG_1892IMG_1894

IMG_1900

 kalau duduk kat bukit tinggi atau datang ke batu sangkar, jangan lupa bawak lotion k, seriously muka aku naik hangus.

Tuesday, December 18, 2012

Kathmandu video

Layan dulu video nie
 
kathmandu from udeyismail on Vimeo.


Daripada gambar-gambar yang aku snap, aku cuba masukkan kesemuanya dalam video, so korang boleh tengok slow-slow k. 

tinggal lagi beberapa minggu lagi aku nak bertolak ke Nepal. Kali ke 2 la aku kat nepal, tahun nie aku pegi 1 Feb 2012, untuk 2 minggu lagi 1 Januari 2013, kira 15 hari juga aku akan berada dinepal nanti, terpaksa berjauhan dengan keluarga sekejap. Ok la kawan-kawan play dulu video kat vimeo aku :) 

Sydney, Australia




Ini kali pertama dalam hidup aku menjejakkan kaki di Sydney, sebelum-sebelum nie hanya sampai di victoria sahaja, sebenarnya pernerbangan aku bukan daripada Kuala Lumpur tetapi penerbangan daripada Adelaide, Kalau nak tau cerita-cerita menarik dan gambar-gambar daripada Sydney, tunggu untuk next entry ok

Tuesday, December 4, 2012

Jauh perjalanan, luas pemandangan




menjelajah dinegara orang, boleh memberikan aku satu pembelajaran yang berguna, melebarkan ruangan minda, mengenal maha pencipta. Daripada setiap apa yang aku belajar, akan aku ambil iktibar, yang baik diambil yang buruk itu jadikan teladan, peringatan untuk diri sendiri, mengapa ia terjadi.

ada diantara kita tidak pernah langsung melihat negara orang lain, sama seperti mana-mana negara yang lain dalam dunia, hakikatnya antara kita mampu lakukan, nak atau tidak sahaja. Antara kita mempunyai peluang tinggal dan belajar diluar negara, itu adalah kelebihan masing-masing, jika pandai, gunakan peluang tersebut untuk kita luaskan minda.


Pengalaman aku menjejak kebeberapa negara, Malaysia atau negara sendiri adalah negara paling terbaik. Kadang kita hanya dengar buah mulut orang, tentang keadaan sesebuah negara, daripada sektor ekonomi dan politik dan dijadikan modal, daripada pada pendapat diri aku, aku lebih suka melihat sendiri dan mendengar sendiri daripada mulut mereka sendiri.



Menjelajah dinegara yang miskin, banyak yang memberikan aku satu pengajaran tentang rasa bersyukur dengan apa yang ada, Peluang pendidikan, perniagaan & banyak lagi yang kita boleh dapat dan selebihnya peluang untuk kita merungut tanpa berusaha.

Aku dilahirkan daripada basic, dilahirkan sebagai seorang anak kampung, seorang anak pesawah, aku ingat usia aku akan aku habiskan dikampung dan aku tak pernah terfikir untuk berada lebih tinggi dan menjejakkan kaki dinegara orang, ini dinamakan rezeki dan aku rasa beruntung sebab diberikan peluan.





Negara sendiri tidak sekejam apa yang kita sangka, kita mampu berdiri megah untuk kita capai satu impian dan harapan tinggi, tidak perlu salahkan orang lain, tidak perlu menunding jari. Pernahkah kita terfikir kepada allah ciptakan bentuk jari kita apabila kita menunding jari pada orang lain, cuma satu jari sahaja yang menunding orang lain, tetapi 3 jari menunjuk kembali kepada diri sendiri, mari kita rendahkan ego kita sebagai hamba Allah dimuka bumi ini.

Jika terkurang dan terlebih, saya memohon maaf, sekadar ingin berkongsi pengalaman

Tuesday, November 27, 2012

St Patrick cathederal Park,Dublin

DSC_6603.jpg DSC_6292.jpg DSC_6279.jpg Kat Sebelah aku tu abang tour guide kitorang yang banyak tolong kitorang kat Dublin, kalau dulu sesapa yang duk Afundi mesti kenal Fuad AF3 hehe DSC_6402.jpg DSC_6294.jpg DSC_6579.jpg DSC_6617.jpg Lepas pusing-pusing kat City Centre Dublin, Terjumpa pulak dengan Amna kat sana dalam sibuk-sibuk kitorang tengah ambik gambar. DSC_6688.jpg Happeny bridge nie lawa waktu Sunset, Dalam Waktu kitorang lepak dengan Azral Sebelum pergi beraya dekat rumah Azral photograph by : Fuad

Vespa

Alhamdulillah akhirnya siap jugak restoration vespa aku nie, daripada x cantik jadi cantik, daripada yang buruk jadi cantik. Daripada aku beli vespa nie, boleh dikatakan aku try study pasal sejarah dengan fungsi enjin, lepas tu aku pergi berguru dengan pomen-pomen vespa, macam mana nak repair kalau-kalau jadi masalah kat jalan raya.

Sebab- sebab aku beli vespa dan kenapa aku tak beli motor selain daripada vespa atau superbike?

Aku memang minat dengan vespa sebenarnya daripada zamab sekolah lagi, kawan-kawan aku ramai yang pakai, tapi aku memang tak berkemampuan untuk beli vespa, takat naik honda 70 ayah aku jek. Kalau hampa nak tau, ini adalah motor pertama dalam hidup aku yang aku beli pakai duit sendiri, sebelum nie, aku pakai motor abang aku ja, nak suruh ayah beli, aku terpaksa faham dengan ekonomi ayah, waktu zaman aku study la. Vespa nie memang aku simpan niat nak beli memang dh lama, waktu aku tinggal kat cheras, aku memang dah nak beli, disebabkan parking tak berbumbung, aku terpaksa lupakan sekejap, lepas tu faktor keselamatan, hampa tengok vespa nie macam tak lakukan padahal memang sentiasa jadi perhatian untuk orang curi, sebab dia tau harga market motor vespa nie, yang mana boleh mencecah belasan ribu ringgit. Dekat aku nak kawin, aku beli motor nie daripada seorang sahabat di tanjung malim.

Waktu travel kat europe, aku pernah jumpa seorang traveller yang travel dengan vespa, katanya daripada spain nak ke austria, boleh dikatakan jarak dari austria ke spain memang terlalu jauh, dari situ semangat aku makin membara untuk veli vespa, aku harap, aku akan buat sama seperti misi dia. Sekeang vespa px aku dah di restore dalam touring spec.

Sebab apa aku tak beli motor lain, macam superbike, senanv je jawapan aku, aku tak de duit dan aku tak mo banyak hutang :). Ala vespa pon boleh touring pe, aku tengok vimeo ada traveller merentas gurun sahara dengan vespa, serious tak tiipu.

Route atau perjalanan yang aku pilih insyallah dalam malaysia, dalam semenanjung dulu, kalau semua jadi dan berjalan dengan lancar, baru aku plan nak ke thailand pulak. Apapun tunggu kisah menarik nanti ok. :)









Monday, November 26, 2012

Nepal through my eyes

kathmandu from udeyismail on Vimeo.

DSC_4091 The World is a book, and those who do not travel read only a page. Nepal through my eyes, hopefully will help you look at the fun and the colorful side of Nepal, and take you through a journey where food, people and the places celebrate I had never imagined that traveling Nepal would be such a fun. This place is full of adventure. I finally saw that the Himalayas were so huge and beautiful just in front of my eyes. People, mark my words there are lot of adventure in

Sunday, November 25, 2012

langtang expidition


Tak sabaq dan super excited untuk berlepas ke Nepal buat kali kedua, so bulan depan dah ready untuk preparation mental dan fizikal, banyak kena trainning, trekking sessi pemanasan, jogging, kena pi gym dengan climbing.







climbing antara sukan aku minat, sejak pindah dari cheras, aku nak ulang alik pi gym climb pon susah, nak pi putrajaya jauh sangat, aku rasa macam nak drill jek wall rumah aku nie. Kalau la aku boleh tembok wall dinding rumah aku, aku nak drill dari pintu masuk sampai la bilik tido, balik keje keje, motivasi aku nak sampai bilik tido, aku kena boulder dulu hehehe :), itu kalau la. Climbing kalau ada kawan-kawan sedap skit, kalau sorang takat aku boulder jek. Aku memang minat climbing, dan aku bukan nak kejar sangat masuk comp, just hanya nak fitness badan sahaja, nak kuatkan tangan dan jari. Bila dah lama tak climbing, otot dah rasa mcm lembik dan tulang dh masuk kedalam. Disebabkan aku tinggal 1 bulan untuk trainning, so aku kena climbing jugak walau macam mana sekali pon untuk mendapatkan fitnes dari fizikal dan mental.


Sebulan sahaja tinggal untuk aku berangkat ke Nepal untuk expidition langtang Valley & Gosaikunda. Cabaran besar bagi aku adalah terpaksa menempuh cuaca yang sejak pada januari nie, mungkin trekk basah dan salji tebal, setakat sekarang badan aku nie tahan sejuk dalam cuaca yang terlampau, cuma apa yang risau, bila sejuk, masalah altitude sickness sahaja.

Barang-barang untuk preparation mendaki aku tak payah nak pening kepala, sebab aku dah beli semua barang tu waktu aku dinepal hari tu, save duit sikit, jaket, sleeping bag, boot, thermal, down jaket, snow cap dengan ubat-ubatan dan yang paling penting dan perlu dijaga adalah pil cirit birit dan pil pembersih air. Rasanya barang yang aku perlu beli adalah stick, stick aku hari tu patah, terpaksa aku pakai buluh. Dan aku perlu bawak adalah tent. Insyallah aku akan save budget dengan tido dalam tent dan ade lagi barang yang aku beli adalah snow grip, snow grip paling penting bila berjalan atas snow tebal, perjalanan lebih cepat, kalau tak pakai snow grip, memang jalan lambat sebab nak control badan daripada jatuh, licin memang licin.

Ok la kawan-kawan next entry aku cerita lagi apa yang menarik yang aku tengah buat :)

Selamat Membaca !!

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP