Tuesday, December 4, 2012

Jauh perjalanan, luas pemandangan




menjelajah dinegara orang, boleh memberikan aku satu pembelajaran yang berguna, melebarkan ruangan minda, mengenal maha pencipta. Daripada setiap apa yang aku belajar, akan aku ambil iktibar, yang baik diambil yang buruk itu jadikan teladan, peringatan untuk diri sendiri, mengapa ia terjadi.

ada diantara kita tidak pernah langsung melihat negara orang lain, sama seperti mana-mana negara yang lain dalam dunia, hakikatnya antara kita mampu lakukan, nak atau tidak sahaja. Antara kita mempunyai peluang tinggal dan belajar diluar negara, itu adalah kelebihan masing-masing, jika pandai, gunakan peluang tersebut untuk kita luaskan minda.


Pengalaman aku menjejak kebeberapa negara, Malaysia atau negara sendiri adalah negara paling terbaik. Kadang kita hanya dengar buah mulut orang, tentang keadaan sesebuah negara, daripada sektor ekonomi dan politik dan dijadikan modal, daripada pada pendapat diri aku, aku lebih suka melihat sendiri dan mendengar sendiri daripada mulut mereka sendiri.



Menjelajah dinegara yang miskin, banyak yang memberikan aku satu pengajaran tentang rasa bersyukur dengan apa yang ada, Peluang pendidikan, perniagaan & banyak lagi yang kita boleh dapat dan selebihnya peluang untuk kita merungut tanpa berusaha.

Aku dilahirkan daripada basic, dilahirkan sebagai seorang anak kampung, seorang anak pesawah, aku ingat usia aku akan aku habiskan dikampung dan aku tak pernah terfikir untuk berada lebih tinggi dan menjejakkan kaki dinegara orang, ini dinamakan rezeki dan aku rasa beruntung sebab diberikan peluan.





Negara sendiri tidak sekejam apa yang kita sangka, kita mampu berdiri megah untuk kita capai satu impian dan harapan tinggi, tidak perlu salahkan orang lain, tidak perlu menunding jari. Pernahkah kita terfikir kepada allah ciptakan bentuk jari kita apabila kita menunding jari pada orang lain, cuma satu jari sahaja yang menunding orang lain, tetapi 3 jari menunjuk kembali kepada diri sendiri, mari kita rendahkan ego kita sebagai hamba Allah dimuka bumi ini.

Jika terkurang dan terlebih, saya memohon maaf, sekadar ingin berkongsi pengalaman

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP