Monday, November 29, 2010

Gemas to Dabong


 Pada tahun 2008, saya pernah menceritakan pengalaman dalam perjalanan daripada kuala lumpur ke bangkok tidak lama dulu dan pada tahun ini saya mengambil keputusan buat kali ke 2, merasai perjalanan dengan menggunakan keretapi daripada gemas ke dabong. Dengan perancangan awal dan jadual sepanjang perjalanan telah diatur lebih awal, info-info daripada sahabat dikuala lumpur jugak menjadi info sokongan saya untuk meneruskan hasrat untuk merasai pengalaman menaiki keretapi ke kelantan dan ini adalah kali pertama dalam hidup saya menggunakan perkhidmatan keretapi, iaitu wau express yang akan bertolak daripada kl sentral ke tumpat, kelantan.

 Keputusan untuk membeli tiket boleh dikata last minit. Saya ke kl sentral untuk mendapatkan tiket ke kelantan pada hari yang sama dan mujur la tiket masih lagi boleh dibeli dikaunter. Apa yang boleh saya katakan tentang service daripada KTM, diharapkan pihak KTMB malaysia dapat memperbaiki mutu perkhidmatan dan service kepada pelanggan, untuk mendapatkan tiket, penumpang terpaksa menunggu lama dan services e-ticketing pada masa sekarang adalah kurang memuaskan dan tidak menyenangkan pengguna Jadual keretapi wau express akan bertolak pads 8.30 malam dan dijangka sampai pada pukul 9.40 pagi di tumpat, tapi destinasi yang dirancang, kami akan turun ke dabong untuk menaik perkhidmatan local train "shuttle" yang digunakan oleh rakyat kelantan terutama sekali bagi mereka yang tinggal di dabong sehingga ke tumpat.

 Dengan info daripada rakan-rakan, dengan menggunakan perkhidmatan shuttle train, anda boleh melihat sendiri situasi yang jarang berlaku dalam kehidupan harian kita, contohnya, mak cik-mak cik terpaksa menggunakan shuttle train untuk ke pasar untuk berniaga Perjalanan kali ini disertai oleh dua rakan saya iaitu nizam dan syazwan. Masing-masing berminat untuk menyertai saya dalam trip ke kelantan. Kebetulan pulak saya ade beberapa tugasan yang perlu dibuat semasa berada dikelantan nanti Harga bagi tiket yang kami beli adalah rm43 sehala, tiket untuk second class, tiket sudah dibeli tetapi ada kesilapan dan salah paham yang berpunca daripada saya. Kami ingatkan untuk harga tu, kami dapat tempat duduk yang berkatil, tapi sebenarnya adalah, tempat duduk biasa. Saya bertolak daripada rumah di bandar tasik permaisuri menggunakan lrt dan akan ke kl sentral menggunakan star daripada masjid jamek ks kl sentral. Bagi pengelakan daripada masalah parking kereta. Masalah yang timbul pada malam tu, kami tertinggal keretapi  nak ke tumpat. Berpunca daripada kelewatan diri sendiri yang mengakibatkan kami tertinggal keretapi yang akan bergerak ke Kelantan. Dengan hanya 3 minit lewat, kami tertinggal keretapi, pada masa tu amat-amat kecewa, persediaan dah pon dibuat tapi sayangnya tertinggal keretapi. Untuk tidak berputus asa, kami terus tanya pada abang yang bertugas pada hari tu, boleh atau tak kalau kami kejar keretapi yang terlepas tu. Mengikut jadual atau time table yang ade pada kami waktu tu, apa yang kami tahu, keretapi akan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke stesen di seremban, apa yang kami dapat tau dari petugas KTM pada hari tu, jika drive ke seremban, kemungkinan kami dapat naik daripada seremban, agak mustahil jugak kalau kami dapat kejar keretapi tu ke seremban, memandangkan kami ke KL sentral dengan menggunakan public transport pada masa tu, sekali lagi kami check time table yang ada pada kami, time table menunjukkan, keretapi akan sampai ke seremban pada pukul 10 malam dan perhentian seterusnya adalah stesen di tampin, keretapi express akan sampai di pekan tampin pada pukul 10.45 malam. dengan pengiraan masa, kami yakin, kami dapat mengejar keretapi sampai sebelum sampai di tampin. Kami nekad pulang semula ke Bandar Tasik permaisuri untuk mengambil kereta dan terus memandu ke tampin. Dengan serta merta kami terus memandu ke tampin dengan menggunakan lebuhraya utara selatan, waktu tu, fikir sempat atau tak sempat jek, dengan kelajuan 140 km kami berharap akan sempat sampai di stesen tampin. Dalam perjalanan kami ke tampin, ade 1 benda yang menghalang kami untuk memecut laju, dalam kelajuan, suhu enjin naik dan membuatkan kami terpaksa memandu kereta secara pelahan bagi mengelakkan daripada enjin panas. Pukul 10.30 malam, kami tiba di susur keluar alor gajah tampin, hati terase lega dengan harapan kami sempat sampai di stesen keretapi tampin. Dalam keadaan senang hati kami tiba-tiba bertukar menjadi cemas kembali, laluan jalan yang kami ikut itu akan melintasi landasan keretapi, diantara jalan alor gajah dan tampin, gate laluan keretapi ditutup bagi memberi laluan kepada keretapi yang akan melintas, rupa-rupanya keretapi yang kami kejar telah pon melintasi kami, dalam hati pada waktu tu, memang kami terlepas lagi keretapi yang kami akan naik. Dengan berfikiran positif, kami yakin sekali lagi dapat sampai ke stesen dan dapat menaiki keretapi express tu dan kali ke 2 kami dihalang oleh gate laluan keretapi, bebetul berdepan dengan stesen keretapi tampin, saya terus turun daripada kereta dan bertanyakan kepada pengawal laluan yang bertugas di pondok gate, "abang sempat tak kalau saya nak naik keretapi nie?", abang tu nampak mcm nak tolong, tapi dia cakap, dia tak dapat nak tolong disebabkan kereta kami berada dibelakang kereta yang lain, kalau kereta kami bebetul berhadapan dengan gate, mungkin dia dapat membantu kami untuk buka gate tu dan aku cuba tanya sekali lagi pada abang penjaga gate tu, "abang kalau saya kejar keretapi nie ke gemas, sempat ke tak ?, abang tu bgtau, kemungkinan dapat kalau kami bawak laju. Keretapi laju sebab dia memang ade khas jalan dia, kereta nie kena tempoh lori slow, kena tempuh trafik light. Dengan nekad sekali lagi, kami terus mengejar keretapi tu sampai ke gemas. terpaksa memandu laju melalui kawasan kampung, ade trafik light terpaksa kami redah jugak. UDE_6017 UDE_6097 Kami sampai di pekan Gemas pada 11.30 malam dan mengikut time keretapi, keretapi akan  sampai di stesen Gemas pada pukul 11.45 malam. Alhamdulillah, kami bebetul sempat untuk menaiki keretapi daripada gemas, so kereta memang kena parking di gemas untuk sementara waktu. kami sampai 15 minit awal sebelum keretapi sampai di stesen Gemas, sempat la kami untuk menjamah apa yang patut di Stesen gemas. Setelah keretapi sampai, kami terus naik ke gerabak. Waktu lalu didepan stesen, ade kedengaran suara daripada pekerja KTM "iskk budak-budak nie daripada KL nie" mungkin dia terkejut tengok kami kejar keretapi daripada KL kot. Dengan masa yang kami ada, kami terus naik ke gerabak mengikut tiket yang kami beli. Satu lagi kesilapan yang aku buat, aku pulak tersalah beli tiket, aku terbeli tiket tempat duduk biasa dan aku ingatkan second class tu ade tempat tido, kira salah cakap, sepatutnya seond class tempat tido, apapun redha la dengan duduk kat tempat sempit. UDE_6118 UDE_6165 Pukul 11.45 mengikut jadual yang ada pada kami, sepatutnya keretapi dh mula bergerak, tapi keretapi belum lagi bergerak-gerak, dengan cabin yang panas, mcm tak ade aircond, membuatkan perjalanan kami tersangkut dan terpaksa menunggu selama 1 jam dalam cabin, so terpaksa la tunggu KTM repair aircond. UDE_6120 UDE_6208 UDE_6216 UDE_6707 Pukul 1.00 pagi, keretapi mula bergerak daripada landasan dan alhamdulilah aircond pon dah sejuk, so time kami untuk lelapkan mata seketika sebelum sampai di Mentakab. Dengan halangan dan kecuaian diri sendiri akan memberikan pengajaran dan diharapkan perkara tersebut tidak akan berulang lagi, rasa macam cerita movie plak, scene kejar keretapi, kami juga beruntung sebab kejadian ni berlaku dinegara sendiri, kalau terjadi benda nie kat luar, memang susah la kan. Apapun cerita ini belum habis sampai setakat ni, so lepas nie ken tunggu sambungan cerita kami, apapun cerita ini akan bersambung tidak lama lagi lagi

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP