Tuesday, November 30, 2010

Sambungan Gemas gie Dabong

UDE_6689 Selepas 1 jam kami terkandas di stesen Gemas, keretapi mula bergerak menuju kearah laluan ke pantai timur, melalui Bahau, Negeri sembilan. Disebabkan tersalah membeli tiket, kami terpaksa bersengkang mata sambil layan adik kecik didepan seat kami yang seronok menyanyikan lagu Maher zain, pandai betul budak-budak sekarang nie, menghafal lagu-lagu maher zain dalam english. Bagi yang berniat untuk bawa family, aku cadangan korang memilih gerabak yang ade tempat tido dan jangan ambik tempat duduk macam kitorang, nak pulak bagi yang bawak barang banyak-banyak, laluan memang agak sempit sikit. Disebabkan mata susah untuk lelap, so ke hulu hilir la aku dengan kamera ditangan, kalau perut terasa lapar, berjalan la kami ke cafe yang ade dalam train tu. Waktu perjalanan kami tak semeriah pada musim cuti-cuti, kalau musim cuti rasenya ramai yang sanggup berdiri. Bagi yang berminat dalam photography rasanya memang sesuai untuk korang semua rekodkan apa yang berlaku sepanjang perjalanan, walaupun malam, ini tidak menghalang kita untuk mengambil gambar didalam train. Pukul 3.00 pagi, keretapi yang kami naiki berhenti untuk turunkan penumpang dan mengambil penumpang di mentakab, walaupun waktu 3.00 pagi, masih ramai penumpang di mentakab  yang menaiki keretapi ke kelantan. Masa untuk keretapi berhenti bagi setiap stesen yang dijadualkan pada time table adalah lebih kurang didalam 10-20 minit. Mata mula mengantuk, so kalau dah mengantuk ubatnya adalah tido, walaupun kurang selesa, bagi menyimpan tenaga untuk hari esok, aku terpaksa berehat untuk seketika waktu. Selepas stesen mentakab, keretapi akan berhenti di jerantut, kuala lipis, merapuh. Pukul 7.00 pagi celik mata daripada tido, kami telah pon sampai di Jajahan gua musang,kelantan dan selepas itu, keretapi akan berhenti di Dabong. Untuk pengetahuan am pada semua, Dabong terletak di jajahan kuala krai dan pekan dabong terletak 155 km daripada kota bharu,Dabong terkenal di kalangan pelawat sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Kelantan. Disebabkan kami leka mengambil gambar dalam keretapi, kami terlepas station, sepatutnya kami akan turun di dabong. Ikut pada pelan seterusnya kami terpaksa turun di Kuala Krai dan alhamdulillah kami tak terlepas stesen lagi. UDE_6257 Kenapa kami kena turun di dabong dan Kuala krai ?, Daripada dabong atau kuala krai, kami akan mengambil "shuttle train" ataupun keretapi lompat yang mana keretapi tu akan berhenti di kesemua stesen-stesen kecik, kalau kita lihatkan stesen yang terdapat disepanjang perjalanan, stesen kecik itu merupai tempat menunggu teksi atau bas. Untuk membeli tiket "shuttle train" kami boleh membeli melalui kaunter yang terdapat distesen atau diatas keretapi. Mengikut info "shuttle train ni baru dirasmikan pada 3 mei 2010, mengantikan keretapi lama sebelum nie, rasenya kalau dapat naik keretapi lama sebelum shuttle train yang berair cond, aku rase perjalanan lebih menarik lagi. Apa yang best sangat shuttle train ?, kami memilih untuk menaik shuttle train nie, bagi merasai kehidupan sebenar rakyat kelantan yang menggunakan shuttle train nie sebagai pengangkutan utama. Didalam shuttle train nie, kita boleh tengok macam-macam karenah orang, boleh tengok mak cik-mak cik yang nak berniaga, diorang terpaksa usung semua barang-barang masuk ke dalam keretapi. Bagi pelajar-pelajar sekolah, ade sesetengah daripadanya, diorang ke sekolah terpaksa menggunakan keretapi, ada daripadanya terpaksa tinggal di asrama, bila ditanya adik-adik kita yang belajar dikawasan tu, diorang terpaksa bangun awal pagi untuk mendapatkan pengangkutan keretapi shuttle train, pukul 4.00 pagi lagi dah kena tunggu keretapi datang. Suasana memang meriah didalam train, meriah dengan suara orang-orang tua dan kanak-kanak dan orang kelantan jugak agak peramah. UDE_6476 Shuttle train beroperasi 2 kali sehari, dari arah tumpat ke dabong dan dari Kuala lipis ke Tumpat. Kami tidak dapat meneruskan perjalanan ke tumpat atas sebab perlukan rehat secukupnya dan terpaksa turun di Stesen wakaf baru yang berdekatan dengan kota bharu. Ketibaan kami disambut oleh 2 orang rakan daripada kelantan, iaitu Pok cik dan Ayie. Diikutkan plan sebenar kami akan berehat di bag packer hostel yang berdekatan, tapi atas pelawaan rakan, kami menetap di gegey studio milik pok cik. Terima kasih kerana sudi tumpangkan kami di gegey studio. UDE_6647 Plan perancangan kami belum berakhir, kami menyambungkan perjalanan kami dengan berpatah balik ke Dabong daripada wakaf baru, seawal pukul 3.30 pagi, kami bersiap sedia untuk menyambungkan perjalanan kami ke dabong dengan menaiki keretapi yang paling awal, keretapi yang bertolak daripada tumpang. Seawal pagi distesen keretapi wakaf baru, kami boleh lihat orang ramai mula sibuk dengan mengangkut barang-barang dan ada daripadanya adalah peniaga.Pukul 4.00 pagi keretapi betul-betul datang tepat pada waktu yang ditetapkan. Sepanjang keretapi berhenti di setiap perhentian kami boleh tengok adik-adik yang nak ke sekolah dan untuk makluman, keretapi akan berhenti pada setiap perhentian, walaupun perhentian tersebut tidak ada orang. UDE_6814 UDE_6759 UDE_6770 UDE_6822 UDE_6414 Didalam train macam-macam gambar yang dapat kami ambik, ade diantaranya terpaksa menuaikan solat subuh di atas keretapi, ade yang sempat lelapkan mata sebelum sampai ke destinasi. Pengalaman ini, boleh dikatakan pengalaman yang berharga, yang kami susah untuk dilihat dimana-mana tempat, walaupun tidak sehebat di india atau di pakistan, kami patut berbangga dengan setiap apa yang ada di tanah air kita sendiri, rasa syukur dengan setiap kemudahan yang kita anda, kalau dibandingkan dengan di india, orang terpaksa berebut-rebut untuk menaiki keretapi, ade sesetengahnya terpaksa duduk di kelas paling hujung, iaitu seat atas bumbung keretapi. Aku menyimpan niat, satu hari nanti aku akan ke moscow untuk menaiki pengalaman perjalanan dengan trans siberian atau trans mongolia yang akan menuju ke beijing dan aku banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan travelogue penulis-penulis yang merasai pengalaman penjelajahan daripada moscow ke beijing yang memakan masa yang agak lama untuk sampai. UDE_6405 UDE_6379 UDE_6330 Bagi yang berminat untuk merasai pengalaman sebegini, aku sarankan korang buat la persediaan yang rapi, walaupun kita berada di negara sendiri. Kami menamatkan perjalanan kami sampai ke Dabong dan berpatah balik ke Wakaf baru semula. Perjalanan kami adalah singkat, kami pulang semula ke wakaf baru untuk bersiap sedia untuk pulang semula ke kuala lumpur dengan menggunakan keretapi express. Walaupun tidak sehebat mana cerita ni, sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi dengan semua pembaca dan insyallah, nantikan travelogue yang akan datang, mungkin dengan cerita-cerita yang lepas yang akan aku kongsikan semula tentang kisah perjalanan aku selama berada di tanah air sendiri mahupun negara orang, apapun ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua rakan-rakan di kelantan, terutama sekali pada Pok cik, ayie & muin, kerana sudi membantu kami selama kami berada dikelantan, jumpa lagi jika ada masa yang diizinkan, terima kasih juga kepada KTMB malaysia

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP