Tuesday, November 30, 2010

Sambungan Gemas gie Dabong

UDE_6689 Selepas 1 jam kami terkandas di stesen Gemas, keretapi mula bergerak menuju kearah laluan ke pantai timur, melalui Bahau, Negeri sembilan. Disebabkan tersalah membeli tiket, kami terpaksa bersengkang mata sambil layan adik kecik didepan seat kami yang seronok menyanyikan lagu Maher zain, pandai betul budak-budak sekarang nie, menghafal lagu-lagu maher zain dalam english. Bagi yang berniat untuk bawa family, aku cadangan korang memilih gerabak yang ade tempat tido dan jangan ambik tempat duduk macam kitorang, nak pulak bagi yang bawak barang banyak-banyak, laluan memang agak sempit sikit. Disebabkan mata susah untuk lelap, so ke hulu hilir la aku dengan kamera ditangan, kalau perut terasa lapar, berjalan la kami ke cafe yang ade dalam train tu. Waktu perjalanan kami tak semeriah pada musim cuti-cuti, kalau musim cuti rasenya ramai yang sanggup berdiri. Bagi yang berminat dalam photography rasanya memang sesuai untuk korang semua rekodkan apa yang berlaku sepanjang perjalanan, walaupun malam, ini tidak menghalang kita untuk mengambil gambar didalam train. Pukul 3.00 pagi, keretapi yang kami naiki berhenti untuk turunkan penumpang dan mengambil penumpang di mentakab, walaupun waktu 3.00 pagi, masih ramai penumpang di mentakab  yang menaiki keretapi ke kelantan. Masa untuk keretapi berhenti bagi setiap stesen yang dijadualkan pada time table adalah lebih kurang didalam 10-20 minit. Mata mula mengantuk, so kalau dah mengantuk ubatnya adalah tido, walaupun kurang selesa, bagi menyimpan tenaga untuk hari esok, aku terpaksa berehat untuk seketika waktu. Selepas stesen mentakab, keretapi akan berhenti di jerantut, kuala lipis, merapuh. Pukul 7.00 pagi celik mata daripada tido, kami telah pon sampai di Jajahan gua musang,kelantan dan selepas itu, keretapi akan berhenti di Dabong. Untuk pengetahuan am pada semua, Dabong terletak di jajahan kuala krai dan pekan dabong terletak 155 km daripada kota bharu,Dabong terkenal di kalangan pelawat sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Kelantan. Disebabkan kami leka mengambil gambar dalam keretapi, kami terlepas station, sepatutnya kami akan turun di dabong. Ikut pada pelan seterusnya kami terpaksa turun di Kuala Krai dan alhamdulillah kami tak terlepas stesen lagi. UDE_6257 Kenapa kami kena turun di dabong dan Kuala krai ?, Daripada dabong atau kuala krai, kami akan mengambil "shuttle train" ataupun keretapi lompat yang mana keretapi tu akan berhenti di kesemua stesen-stesen kecik, kalau kita lihatkan stesen yang terdapat disepanjang perjalanan, stesen kecik itu merupai tempat menunggu teksi atau bas. Untuk membeli tiket "shuttle train" kami boleh membeli melalui kaunter yang terdapat distesen atau diatas keretapi. Mengikut info "shuttle train ni baru dirasmikan pada 3 mei 2010, mengantikan keretapi lama sebelum nie, rasenya kalau dapat naik keretapi lama sebelum shuttle train yang berair cond, aku rase perjalanan lebih menarik lagi. Apa yang best sangat shuttle train ?, kami memilih untuk menaik shuttle train nie, bagi merasai kehidupan sebenar rakyat kelantan yang menggunakan shuttle train nie sebagai pengangkutan utama. Didalam shuttle train nie, kita boleh tengok macam-macam karenah orang, boleh tengok mak cik-mak cik yang nak berniaga, diorang terpaksa usung semua barang-barang masuk ke dalam keretapi. Bagi pelajar-pelajar sekolah, ade sesetengah daripadanya, diorang ke sekolah terpaksa menggunakan keretapi, ada daripadanya terpaksa tinggal di asrama, bila ditanya adik-adik kita yang belajar dikawasan tu, diorang terpaksa bangun awal pagi untuk mendapatkan pengangkutan keretapi shuttle train, pukul 4.00 pagi lagi dah kena tunggu keretapi datang. Suasana memang meriah didalam train, meriah dengan suara orang-orang tua dan kanak-kanak dan orang kelantan jugak agak peramah. UDE_6476 Shuttle train beroperasi 2 kali sehari, dari arah tumpat ke dabong dan dari Kuala lipis ke Tumpat. Kami tidak dapat meneruskan perjalanan ke tumpat atas sebab perlukan rehat secukupnya dan terpaksa turun di Stesen wakaf baru yang berdekatan dengan kota bharu. Ketibaan kami disambut oleh 2 orang rakan daripada kelantan, iaitu Pok cik dan Ayie. Diikutkan plan sebenar kami akan berehat di bag packer hostel yang berdekatan, tapi atas pelawaan rakan, kami menetap di gegey studio milik pok cik. Terima kasih kerana sudi tumpangkan kami di gegey studio. UDE_6647 Plan perancangan kami belum berakhir, kami menyambungkan perjalanan kami dengan berpatah balik ke Dabong daripada wakaf baru, seawal pukul 3.30 pagi, kami bersiap sedia untuk menyambungkan perjalanan kami ke dabong dengan menaiki keretapi yang paling awal, keretapi yang bertolak daripada tumpang. Seawal pagi distesen keretapi wakaf baru, kami boleh lihat orang ramai mula sibuk dengan mengangkut barang-barang dan ada daripadanya adalah peniaga.Pukul 4.00 pagi keretapi betul-betul datang tepat pada waktu yang ditetapkan. Sepanjang keretapi berhenti di setiap perhentian kami boleh tengok adik-adik yang nak ke sekolah dan untuk makluman, keretapi akan berhenti pada setiap perhentian, walaupun perhentian tersebut tidak ada orang. UDE_6814 UDE_6759 UDE_6770 UDE_6822 UDE_6414 Didalam train macam-macam gambar yang dapat kami ambik, ade diantaranya terpaksa menuaikan solat subuh di atas keretapi, ade yang sempat lelapkan mata sebelum sampai ke destinasi. Pengalaman ini, boleh dikatakan pengalaman yang berharga, yang kami susah untuk dilihat dimana-mana tempat, walaupun tidak sehebat di india atau di pakistan, kami patut berbangga dengan setiap apa yang ada di tanah air kita sendiri, rasa syukur dengan setiap kemudahan yang kita anda, kalau dibandingkan dengan di india, orang terpaksa berebut-rebut untuk menaiki keretapi, ade sesetengahnya terpaksa duduk di kelas paling hujung, iaitu seat atas bumbung keretapi. Aku menyimpan niat, satu hari nanti aku akan ke moscow untuk menaiki pengalaman perjalanan dengan trans siberian atau trans mongolia yang akan menuju ke beijing dan aku banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan travelogue penulis-penulis yang merasai pengalaman penjelajahan daripada moscow ke beijing yang memakan masa yang agak lama untuk sampai. UDE_6405 UDE_6379 UDE_6330 Bagi yang berminat untuk merasai pengalaman sebegini, aku sarankan korang buat la persediaan yang rapi, walaupun kita berada di negara sendiri. Kami menamatkan perjalanan kami sampai ke Dabong dan berpatah balik ke Wakaf baru semula. Perjalanan kami adalah singkat, kami pulang semula ke wakaf baru untuk bersiap sedia untuk pulang semula ke kuala lumpur dengan menggunakan keretapi express. Walaupun tidak sehebat mana cerita ni, sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi dengan semua pembaca dan insyallah, nantikan travelogue yang akan datang, mungkin dengan cerita-cerita yang lepas yang akan aku kongsikan semula tentang kisah perjalanan aku selama berada di tanah air sendiri mahupun negara orang, apapun ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua rakan-rakan di kelantan, terutama sekali pada Pok cik, ayie & muin, kerana sudi membantu kami selama kami berada dikelantan, jumpa lagi jika ada masa yang diizinkan, terima kasih juga kepada KTMB malaysia

Monday, November 29, 2010

Gemas to Dabong


 Pada tahun 2008, saya pernah menceritakan pengalaman dalam perjalanan daripada kuala lumpur ke bangkok tidak lama dulu dan pada tahun ini saya mengambil keputusan buat kali ke 2, merasai perjalanan dengan menggunakan keretapi daripada gemas ke dabong. Dengan perancangan awal dan jadual sepanjang perjalanan telah diatur lebih awal, info-info daripada sahabat dikuala lumpur jugak menjadi info sokongan saya untuk meneruskan hasrat untuk merasai pengalaman menaiki keretapi ke kelantan dan ini adalah kali pertama dalam hidup saya menggunakan perkhidmatan keretapi, iaitu wau express yang akan bertolak daripada kl sentral ke tumpat, kelantan.

 Keputusan untuk membeli tiket boleh dikata last minit. Saya ke kl sentral untuk mendapatkan tiket ke kelantan pada hari yang sama dan mujur la tiket masih lagi boleh dibeli dikaunter. Apa yang boleh saya katakan tentang service daripada KTM, diharapkan pihak KTMB malaysia dapat memperbaiki mutu perkhidmatan dan service kepada pelanggan, untuk mendapatkan tiket, penumpang terpaksa menunggu lama dan services e-ticketing pada masa sekarang adalah kurang memuaskan dan tidak menyenangkan pengguna Jadual keretapi wau express akan bertolak pads 8.30 malam dan dijangka sampai pada pukul 9.40 pagi di tumpat, tapi destinasi yang dirancang, kami akan turun ke dabong untuk menaik perkhidmatan local train "shuttle" yang digunakan oleh rakyat kelantan terutama sekali bagi mereka yang tinggal di dabong sehingga ke tumpat.

 Dengan info daripada rakan-rakan, dengan menggunakan perkhidmatan shuttle train, anda boleh melihat sendiri situasi yang jarang berlaku dalam kehidupan harian kita, contohnya, mak cik-mak cik terpaksa menggunakan shuttle train untuk ke pasar untuk berniaga Perjalanan kali ini disertai oleh dua rakan saya iaitu nizam dan syazwan. Masing-masing berminat untuk menyertai saya dalam trip ke kelantan. Kebetulan pulak saya ade beberapa tugasan yang perlu dibuat semasa berada dikelantan nanti Harga bagi tiket yang kami beli adalah rm43 sehala, tiket untuk second class, tiket sudah dibeli tetapi ada kesilapan dan salah paham yang berpunca daripada saya. Kami ingatkan untuk harga tu, kami dapat tempat duduk yang berkatil, tapi sebenarnya adalah, tempat duduk biasa. Saya bertolak daripada rumah di bandar tasik permaisuri menggunakan lrt dan akan ke kl sentral menggunakan star daripada masjid jamek ks kl sentral. Bagi pengelakan daripada masalah parking kereta. Masalah yang timbul pada malam tu, kami tertinggal keretapi  nak ke tumpat. Berpunca daripada kelewatan diri sendiri yang mengakibatkan kami tertinggal keretapi yang akan bergerak ke Kelantan. Dengan hanya 3 minit lewat, kami tertinggal keretapi, pada masa tu amat-amat kecewa, persediaan dah pon dibuat tapi sayangnya tertinggal keretapi. Untuk tidak berputus asa, kami terus tanya pada abang yang bertugas pada hari tu, boleh atau tak kalau kami kejar keretapi yang terlepas tu. Mengikut jadual atau time table yang ade pada kami waktu tu, apa yang kami tahu, keretapi akan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke stesen di seremban, apa yang kami dapat tau dari petugas KTM pada hari tu, jika drive ke seremban, kemungkinan kami dapat naik daripada seremban, agak mustahil jugak kalau kami dapat kejar keretapi tu ke seremban, memandangkan kami ke KL sentral dengan menggunakan public transport pada masa tu, sekali lagi kami check time table yang ada pada kami, time table menunjukkan, keretapi akan sampai ke seremban pada pukul 10 malam dan perhentian seterusnya adalah stesen di tampin, keretapi express akan sampai di pekan tampin pada pukul 10.45 malam. dengan pengiraan masa, kami yakin, kami dapat mengejar keretapi sampai sebelum sampai di tampin. Kami nekad pulang semula ke Bandar Tasik permaisuri untuk mengambil kereta dan terus memandu ke tampin. Dengan serta merta kami terus memandu ke tampin dengan menggunakan lebuhraya utara selatan, waktu tu, fikir sempat atau tak sempat jek, dengan kelajuan 140 km kami berharap akan sempat sampai di stesen tampin. Dalam perjalanan kami ke tampin, ade 1 benda yang menghalang kami untuk memecut laju, dalam kelajuan, suhu enjin naik dan membuatkan kami terpaksa memandu kereta secara pelahan bagi mengelakkan daripada enjin panas. Pukul 10.30 malam, kami tiba di susur keluar alor gajah tampin, hati terase lega dengan harapan kami sempat sampai di stesen keretapi tampin. Dalam keadaan senang hati kami tiba-tiba bertukar menjadi cemas kembali, laluan jalan yang kami ikut itu akan melintasi landasan keretapi, diantara jalan alor gajah dan tampin, gate laluan keretapi ditutup bagi memberi laluan kepada keretapi yang akan melintas, rupa-rupanya keretapi yang kami kejar telah pon melintasi kami, dalam hati pada waktu tu, memang kami terlepas lagi keretapi yang kami akan naik. Dengan berfikiran positif, kami yakin sekali lagi dapat sampai ke stesen dan dapat menaiki keretapi express tu dan kali ke 2 kami dihalang oleh gate laluan keretapi, bebetul berdepan dengan stesen keretapi tampin, saya terus turun daripada kereta dan bertanyakan kepada pengawal laluan yang bertugas di pondok gate, "abang sempat tak kalau saya nak naik keretapi nie?", abang tu nampak mcm nak tolong, tapi dia cakap, dia tak dapat nak tolong disebabkan kereta kami berada dibelakang kereta yang lain, kalau kereta kami bebetul berhadapan dengan gate, mungkin dia dapat membantu kami untuk buka gate tu dan aku cuba tanya sekali lagi pada abang penjaga gate tu, "abang kalau saya kejar keretapi nie ke gemas, sempat ke tak ?, abang tu bgtau, kemungkinan dapat kalau kami bawak laju. Keretapi laju sebab dia memang ade khas jalan dia, kereta nie kena tempoh lori slow, kena tempuh trafik light. Dengan nekad sekali lagi, kami terus mengejar keretapi tu sampai ke gemas. terpaksa memandu laju melalui kawasan kampung, ade trafik light terpaksa kami redah jugak. UDE_6017 UDE_6097 Kami sampai di pekan Gemas pada 11.30 malam dan mengikut time keretapi, keretapi akan  sampai di stesen Gemas pada pukul 11.45 malam. Alhamdulillah, kami bebetul sempat untuk menaiki keretapi daripada gemas, so kereta memang kena parking di gemas untuk sementara waktu. kami sampai 15 minit awal sebelum keretapi sampai di stesen Gemas, sempat la kami untuk menjamah apa yang patut di Stesen gemas. Setelah keretapi sampai, kami terus naik ke gerabak. Waktu lalu didepan stesen, ade kedengaran suara daripada pekerja KTM "iskk budak-budak nie daripada KL nie" mungkin dia terkejut tengok kami kejar keretapi daripada KL kot. Dengan masa yang kami ada, kami terus naik ke gerabak mengikut tiket yang kami beli. Satu lagi kesilapan yang aku buat, aku pulak tersalah beli tiket, aku terbeli tiket tempat duduk biasa dan aku ingatkan second class tu ade tempat tido, kira salah cakap, sepatutnya seond class tempat tido, apapun redha la dengan duduk kat tempat sempit. UDE_6118 UDE_6165 Pukul 11.45 mengikut jadual yang ada pada kami, sepatutnya keretapi dh mula bergerak, tapi keretapi belum lagi bergerak-gerak, dengan cabin yang panas, mcm tak ade aircond, membuatkan perjalanan kami tersangkut dan terpaksa menunggu selama 1 jam dalam cabin, so terpaksa la tunggu KTM repair aircond. UDE_6120 UDE_6208 UDE_6216 UDE_6707 Pukul 1.00 pagi, keretapi mula bergerak daripada landasan dan alhamdulilah aircond pon dah sejuk, so time kami untuk lelapkan mata seketika sebelum sampai di Mentakab. Dengan halangan dan kecuaian diri sendiri akan memberikan pengajaran dan diharapkan perkara tersebut tidak akan berulang lagi, rasa macam cerita movie plak, scene kejar keretapi, kami juga beruntung sebab kejadian ni berlaku dinegara sendiri, kalau terjadi benda nie kat luar, memang susah la kan. Apapun cerita ini belum habis sampai setakat ni, so lepas nie ken tunggu sambungan cerita kami, apapun cerita ini akan bersambung tidak lama lagi lagi

Monday, October 13, 2008

Lunch di rumah fuad

DSC_6219.jpg DSC_6164.jpg DSC_6208.jpg DSC_6186.jpg Bilik Fuad Sangat best

First time in Dublin

DSC_6113.JPG DSC_6135.JPG DSC_6116.jpg DSC_6123.JPG  Dalam perjalanan yang agak lama akhirnya aku sampai dan selamat jejakkan kaki kat Dublin,Ireland. Perjalanan dari KLIA- ABU DHABI yang mengambil masa 6 jam dan terus transit pernerbangan dari Abu Dhabi - Dublin. Ini satu perjalanan yang paling lama yang pernah aku lalu. Bertolak dari KLIA pukul 9.30 mlm dan sampai di UAE  pukul 2 pagi Waktu UAE. 

Waktu dalam perjalanan dari KL-UAE paling boring sebab Video tak boleh tengok. Nasib baik boleh berborak dengan orang sebelah-sebelah dan makanan kat dalam flight tu pon boleh tahan sedap jugak. Menu Utama Nasib putih dengan kari ayam. Selamat sampai di International Airport Dublin pukul 8.00 a.m dan waktu tu Malaysia time tu pukul 4 ptg. Dalam waktu nak Check out Garda kat Airport banyak tanyak sangat dan nasib baik kami nie ade contact detail kat Dublin. Thank banyak-banyak kat Fuad AF dengan kawan dia ambik kitorang kat Airport. Dari Airport kami terpaksa naik bas ke City Centre. pepun nak kena masuk tidor sebab waktu tido agak tunggang terbaik. Apapun malam nanti nak kena jumpa kawan-kawan kat sini. bagi yang nak tengok recent update kena selalu masuk la kat blog nie

Friday, June 6, 2008

From Palembang to Malaysia

From Palembang to MalaysiaFrom Palembang to Malaysia1 2 Semalam Aku habis keje kat KLIA sampai pukul 9 malam dari awal pagi lagi.. Penat Berdiri.. Penat sebab tunggu orang masuk.. kena tunggu 9 Delegation From ASEAN,boleh tahan laa tunggu lama.. Lepas Habis Keje nak bersiap balik ke KL ade call ingat no.tel sape.. Rupa-rupa Kawan Dari Palembang,Indonesia. Gambar kat atas tu Diorang laa 1 Team Datang Malaysia untuk Assig Photography kat Sini.. Kebetulan Aku memang kenal dengan sorang nie.. Angga Marshy. Sebelum nie ade Call Dari Indonesia bagitau nak datang x sangka pulak hari nie sampai kat KL.. Dari KLIA Balik Umah mandi then dalam pukul 12 aku g jumpa diorang nie.. Orang Jauh g visit jap.. aku kenal dengan Angga Marshy dah lama kalau x silap dah 4 Tahun tapi x pernah jumpa lagi.. nie kali pertama jumpa.. Ikut aku memang nak ke palembang rupa2 dia sampai Malaysia dulu.. Dalam gambar tu baru 4 orang padahal ramai lagi yang datang.. sebab g pon dah lewat semua pon dah tido.. Finally Dapat Jugak Jumpa diorang nie.. Insyallah Dalam Masa Terdekat nie jugak aku akan ke Palembang untuk Assig Ampera bridge

a Long Way gone

u

"a Long Way gone" The True Story of a Child Soldier, WASHINTON POST
Semalam kat Damansara singgah kejap kat The Curve sebelum orang lain sibuk duduk isi minyak.. dalam duduk pusing kat The curve sebab duk mencari MPH,Pusing punya jauh akhirnya jumpa jugak kedai buku.. aku kalau jumpa MPH memang lama laa duduk kat situ. Selalunya kalau lepak kat MPH ambik masa dalam 2,3 jam kadang sampai staff MPH duk tengok lain mcm jek.. nape laa mamat nie suka duk lelama dalam MPH nie.. Bila Sampai jek kat MPH mula laa start cari tempat yang paling aku suke nak g baca.. Kalau Tengok Buku boleh dikata banyak jugak yang best.. Minggu lepas ade beli buku pasal "documentation 13 mei" dah puas baca kat MPH tinggal skit jek nak habiskan.. Beli jugak buku tu sbb nak simpan wat koleksi kat rumah.. balik umah pulak x sempat nak habis baca.. Kadang tu ade masa baca laa.. kPicture 1 IMG_0421
Ishmael Beah Pegang AK-47 aku pegang kamera
Buku yang buat aku suke membaca waktu sekarang.. ye laa pasal isu semasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Journalism & Humanity.. Bend2 nie bukan ape cuma nak perasaan ingin tau lagi detail laa.. seronok kadang kalau kita dapat tau semua benda mcm nie...kadang ade bab pasal motivasi..Dalam duk jejalan kat dalam MPH tu Terjumpa 1 buku yang baru jek sampai.. kalau tengok cover luar mcm Novel jek.. tp nape ade kat tempat tu.. aku kalau tengok cover dia mcm novel aku dah x bukak tengok isi dalam.. Tah mcm mana rajin pulak nak tengok.. "a long way gone" yang buat aku tertarik nak baca sebab Kisah benar, lagi best kat buku tu tulis "Everyone in the world should read this book". Bila dapat baca buku tu Alhamdulillah baru aku paham.. Tapi citer dalam tu sangat menarik dan buat aku teruja dengan perjuangan untuk teruskan hidup.. dan daripada buku tu.. aku dapat lebih pengajaran tentang hidup ,walaupun nasib aku nie lebih baik daripada penulis tu.. Artikel yang kuar dari Washington Post & Time Magazine sememang sangat seronok kalau kita dapat membaca.. Minat kita kadang x semua sama dengan orang lain kan.. benda yang kita suke x semestinya orang lain suke.. At least kita bercerita dengan yang lain.. nama pun blog dan sorang blogger.. Apa-apapun Kalau sapa yang berminat boleh laa.. cari buku nie.. bukan promosi tau.. x seronok laa kalau aku jek dapat baca.. kalau boleh semua dapat baca.. Terima kasih untuk semua yang sudi masuk ke blog niee.. d  

Saturday, December 8, 2007

Masih ada yang sayang

Picture 9 Atas Permintaan ramai saya post citer nie untuk kali kedua.. ramai yang cakap x sempat nak baca pasal citer tu.. dan ade yang berminat untuk join aktiviti nie.. tapi buat masa nie belum ade plan untuk ke sana.. Bagi Student-student yang ada kat luar Malaysia kena tunggu bila korang cuti.. pepun selamat membaca.. Masih ada yang sayang Alhamdulillah ada lagi insan yang masih berdamping dengan adik kecil nie.. rupa paras comel dan pendiam.. kurang rapat dengan kawan-kawan yang lain..suke jalan sorang tu laa perangai aiman dari mula saya pegi ke rumah tu.. sampai laa kali ke-3 saya kembali ke tempat tu.. aiman x banyak bercakap kalau kita Tanya dalam 2,3 patah jawapan yang keluar dari mulut dia.. bila ditanya lagi.. perasaan malu dia datang.. bila habis bercakap dengan saya.. dia terus pegi kat belakang rumah.. kawan tempat dia main mira laa.. dengan budak2 lain pon dia kurang bercampur sangat dan x boleh duduk lelama dengan budak2 lain.. sebelum nie mak long ade cakap aiman mmg x boleh bercampur sangat dengan budak2 lain.. mesti akan bergaduh tapi sekarang dia dah ok.. mungkin trauma yang dia lalu dulu still lagi kuat sampai x leh lupa apa yang dia ingat.. bila nak main je mesti dengan amira . Tengok gelagat budak-budak lain yang suke mengejek aiman aiman anak mak long, Mak long sayang aiman dalam hati saya memang aiman patut terima kasih sayang dari mak long sebab aiman dah x de sesapa lagi dalam hidup dia kesian pulak mak long . Picture 11 Mak long pernah cakap kalau la mak long x de nanti sapa la yang nak jaga aiman" ajal maut ditangan tuhan".. sebelum nie saya pernah citerkan pasal aiman pada semua.. trauma aiman masih lagi kuat dalam ingat dia bila kita Tanya dia Aiman x mo balik kampong ke dari wajah senyum bertukar menjadi masam bayangkan laa ape trauma yang paling hebat yang pernah dia lalu sebelum dia sampai kat rumah tu.. kesian aiman bila saya tengok tangan dia kudis penuh kat tangan tergaru sana sini bila saya Tanya “aiman tangan ken ape tu?” aiman bagitau sakit kulit sebab jangkit dengan kawan-kawan lain.. sebelum nie semua budak dah kena kali nie aiman terkena pulak.. aiman duduk dengan mak long dah lama dari umur sekolah tadika lagi.. dulu sebelum sampai lagi laa pelik perangai dia “ Tanya jek pasal rumah dia dengan kampong aiman mengamuk x berenti2 balik apa yang ade dekat dia.. Mak long cakap ade benda yang buat dia x suke sangat bila Tanya pasal kampong dia dan dia serik nak balik. Mengikut cerita yang keluar dari mulut mak long, aiman kena dera dengan mak ayah dia.. aiman kena kurung dalam rumah sorang diri dari pagi sampai laa petang, aiman memang x boleh duduk dalam rumah sorang2 bila dia duduk rumah sorang2 silap hari bulan menjerit mcm orang sakit.. mungkin dia ingat apa yang dah kena pada dia.. sebelum nie saya memang x pernah tau pasal parut kat belakang aiman..kesan calar yang teruk dan mak long bagitau dan suruh saya pikir ape yang ade kat belakang aiman “ Ya allah teruknya kesan parut aiman pikir laa apa yang kena pada Aiman 612557811_8e1d371cb0_o Aiman dapat perhatian dari jiran2 dengan saudara dia.. bila tengok aiman macam tu jiran dengan saudara dia bawak aiman ke rumah tu.. dan mak dan ayah aiman serahkan pada mak long. Kejam betul mak dengan ayah macam tu.. x sayang kan anak-anak dan tergamak lagi buat anak mcm tu x bersyukur dengan anugerah tuhan.. disebabkan apa yang dibuat oleh mak ayah aiman buat aiman lagi benci dengan diorang. Kisah Aiman lagi teruk dari adik-adik yang lain.. bagi aiman dia dah x de sesapa lagi dalam dunia nie.. kalau laa aiman dah besar apa yang dia akan rasa sebelum apa yang pernah di lalu.. untuk terima mak dan ayah dia memang susah.. kadang2 Kuasa tuhan tu maha adil kalau betul aiman masih terima mak dan ayah dia mungkin dia akan cari balik aiman dan kalau mak dan ayah dia still lagi ingat dia mungkin diorang akan cari balik aiman. Aiman datang dari kisah reality rakyat dan aiman datang dari hasil hubungan sebelum perkahwinan.. biar dari mana aiman datang aiman berhak diberi tempat yang sempurna,aiman dilahirkan cukup sempurna dan patut dilayan dan diberi kasih sayang sama rata,aiman bersih tanpa dosa yang patut disalahkan mak dan ayah aiman. Hari Raya kali ni bermakna sebab Aiman masih lagi ade Mak long, Mungkin buat masa nie Aiman belum lagi rase sambut hari raya dengan keluarga mungkin satu hari nanti Aiman aku tempuh perasaan sama dengan semua orang.. Terpaksa menumpang kasih dengan mak long.. Beraya bukan ditempat lahir sendiri mungkin satu perasaan yang sedih tanpa saudara mara.. berikan harapan dan semangat untuk aiman untuk teruskan hidup supaya tabah menghadapi segala liku-liku hidup Picture 10 Alhamdulillah Dari Segi Pendidikan Agama mahupun dunia aiman x pernah abaikan apa yang dia belajar di rumah mahupun disekolah.. Rekod kecemerlangan aiman boleh dibanggakan cerdik pandai tu laa hasil dia.. boleh menghafaz Al-quran salah satu kelebihan Aiman. Terima kasih Mak long kerana masih lagi sayangkan aiman jaga Aiman dengan baik..

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP