Tuesday, November 27, 2012

St Patrick cathederal Park,Dublin

DSC_6603.jpg DSC_6292.jpg DSC_6279.jpg Kat Sebelah aku tu abang tour guide kitorang yang banyak tolong kitorang kat Dublin, kalau dulu sesapa yang duk Afundi mesti kenal Fuad AF3 hehe DSC_6402.jpg DSC_6294.jpg DSC_6579.jpg DSC_6617.jpg Lepas pusing-pusing kat City Centre Dublin, Terjumpa pulak dengan Amna kat sana dalam sibuk-sibuk kitorang tengah ambik gambar. DSC_6688.jpg Happeny bridge nie lawa waktu Sunset, Dalam Waktu kitorang lepak dengan Azral Sebelum pergi beraya dekat rumah Azral photograph by : Fuad

Vespa

Alhamdulillah akhirnya siap jugak restoration vespa aku nie, daripada x cantik jadi cantik, daripada yang buruk jadi cantik. Daripada aku beli vespa nie, boleh dikatakan aku try study pasal sejarah dengan fungsi enjin, lepas tu aku pergi berguru dengan pomen-pomen vespa, macam mana nak repair kalau-kalau jadi masalah kat jalan raya.

Sebab- sebab aku beli vespa dan kenapa aku tak beli motor selain daripada vespa atau superbike?

Aku memang minat dengan vespa sebenarnya daripada zamab sekolah lagi, kawan-kawan aku ramai yang pakai, tapi aku memang tak berkemampuan untuk beli vespa, takat naik honda 70 ayah aku jek. Kalau hampa nak tau, ini adalah motor pertama dalam hidup aku yang aku beli pakai duit sendiri, sebelum nie, aku pakai motor abang aku ja, nak suruh ayah beli, aku terpaksa faham dengan ekonomi ayah, waktu zaman aku study la. Vespa nie memang aku simpan niat nak beli memang dh lama, waktu aku tinggal kat cheras, aku memang dah nak beli, disebabkan parking tak berbumbung, aku terpaksa lupakan sekejap, lepas tu faktor keselamatan, hampa tengok vespa nie macam tak lakukan padahal memang sentiasa jadi perhatian untuk orang curi, sebab dia tau harga market motor vespa nie, yang mana boleh mencecah belasan ribu ringgit. Dekat aku nak kawin, aku beli motor nie daripada seorang sahabat di tanjung malim.

Waktu travel kat europe, aku pernah jumpa seorang traveller yang travel dengan vespa, katanya daripada spain nak ke austria, boleh dikatakan jarak dari austria ke spain memang terlalu jauh, dari situ semangat aku makin membara untuk veli vespa, aku harap, aku akan buat sama seperti misi dia. Sekeang vespa px aku dah di restore dalam touring spec.

Sebab apa aku tak beli motor lain, macam superbike, senanv je jawapan aku, aku tak de duit dan aku tak mo banyak hutang :). Ala vespa pon boleh touring pe, aku tengok vimeo ada traveller merentas gurun sahara dengan vespa, serious tak tiipu.

Route atau perjalanan yang aku pilih insyallah dalam malaysia, dalam semenanjung dulu, kalau semua jadi dan berjalan dengan lancar, baru aku plan nak ke thailand pulak. Apapun tunggu kisah menarik nanti ok. :)









Monday, November 26, 2012

Nepal through my eyes

kathmandu from udeyismail on Vimeo.

DSC_4091 The World is a book, and those who do not travel read only a page. Nepal through my eyes, hopefully will help you look at the fun and the colorful side of Nepal, and take you through a journey where food, people and the places celebrate I had never imagined that traveling Nepal would be such a fun. This place is full of adventure. I finally saw that the Himalayas were so huge and beautiful just in front of my eyes. People, mark my words there are lot of adventure in

Sunday, November 25, 2012

langtang expidition


Tak sabaq dan super excited untuk berlepas ke Nepal buat kali kedua, so bulan depan dah ready untuk preparation mental dan fizikal, banyak kena trainning, trekking sessi pemanasan, jogging, kena pi gym dengan climbing.







climbing antara sukan aku minat, sejak pindah dari cheras, aku nak ulang alik pi gym climb pon susah, nak pi putrajaya jauh sangat, aku rasa macam nak drill jek wall rumah aku nie. Kalau la aku boleh tembok wall dinding rumah aku, aku nak drill dari pintu masuk sampai la bilik tido, balik keje keje, motivasi aku nak sampai bilik tido, aku kena boulder dulu hehehe :), itu kalau la. Climbing kalau ada kawan-kawan sedap skit, kalau sorang takat aku boulder jek. Aku memang minat climbing, dan aku bukan nak kejar sangat masuk comp, just hanya nak fitness badan sahaja, nak kuatkan tangan dan jari. Bila dah lama tak climbing, otot dah rasa mcm lembik dan tulang dh masuk kedalam. Disebabkan aku tinggal 1 bulan untuk trainning, so aku kena climbing jugak walau macam mana sekali pon untuk mendapatkan fitnes dari fizikal dan mental.


Sebulan sahaja tinggal untuk aku berangkat ke Nepal untuk expidition langtang Valley & Gosaikunda. Cabaran besar bagi aku adalah terpaksa menempuh cuaca yang sejak pada januari nie, mungkin trekk basah dan salji tebal, setakat sekarang badan aku nie tahan sejuk dalam cuaca yang terlampau, cuma apa yang risau, bila sejuk, masalah altitude sickness sahaja.

Barang-barang untuk preparation mendaki aku tak payah nak pening kepala, sebab aku dah beli semua barang tu waktu aku dinepal hari tu, save duit sikit, jaket, sleeping bag, boot, thermal, down jaket, snow cap dengan ubat-ubatan dan yang paling penting dan perlu dijaga adalah pil cirit birit dan pil pembersih air. Rasanya barang yang aku perlu beli adalah stick, stick aku hari tu patah, terpaksa aku pakai buluh. Dan aku perlu bawak adalah tent. Insyallah aku akan save budget dengan tido dalam tent dan ade lagi barang yang aku beli adalah snow grip, snow grip paling penting bila berjalan atas snow tebal, perjalanan lebih cepat, kalau tak pakai snow grip, memang jalan lambat sebab nak control badan daripada jatuh, licin memang licin.

Ok la kawan-kawan next entry aku cerita lagi apa yang menarik yang aku tengah buat :)

Selamat Membaca !!

Saturday, November 24, 2012

Thale Noi Thailand

DSC_8830 DSC_8852   Hari ahad kemarin aku ambik keputusan ke untuk ke patthalung, Thailand dengan beberapa rakan photographer di jitra, kebetulan pada yang sama, aku senang mencari bahan untuk di dokemantasikan sebagai satu bahan bacaan. Patthalung terletak didalam wilayah Selatan Thailand dan patthalung hampir dengan Nakhon Sim, Krabi & Phuket, mungkin mengambil masa dalam 30,40 minit untuk sampai nama yang aku sebut. Bangun awal pagi dalam 5.30 pagi dari pendang untuk sampai ke changloon, alhamdulillah sampai di changloon pada pukul 6.30 pagi. Perjalanan daripada pendang nak ke bukit kayu hitam sekarang memang senang dan mudah dengan hanya menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan masa yang diambil hanya 35 minit untuk sampai ke Boarder Malaysia dan Thailand, 35 minit dalam kelajuan 120 J kalau tak speed mcm tu, mungkin dalam 40 minit masa perjalanan. Sampai di Changloon pada 6.30pagi dan terus ke Kedai  Zaidi di Taman Tradisi, kalau kawan-kawan yang duduk sebelah utara, mesti kenal dengan Zaidi, kedai kamera. Sebelum ni memang kami berjanji untuk ke Patthalung, telefon zaidi kalau tak silap hari jumaat, waktu aku tengah mencari di mana istana meninggalan Raja Bersiong, pada kawan-kawan istana ini masih wujud lagi di kedah, tapi untuk sampai ke sana agak susah. Perjalanan kami ke Patthalung dengan menggunakan kereta zaidi dengan beberapa pelajar dari UUM dan adik  zaidi sendiri. Kami terus ke imgresen untuk prose’s dokumentasi passport dan kenderaan. Perjalanan kami ke Patthalung mengambil masa dalam 2 jam perjalanan daripada Sadao dan tiba di Patthalung pada pukul 11 pagi. Di Patthalung terdapat beberapa tempat menarik yang boleh kita lawati, di antaranya adalah seperti tasik Thale NOI , ,tasik  yang paling terbesar di Thailand di mana muaranya di Laut China selatan yang bersambung ke Songkhla. Tasik Thale Noi terkenal dengan penghijrahan burung-burung dari seluruh dunia yang berhijrah pada setiap tahun. Di atas permukaan tasik Thale Noi dipenuhi dengan pokok-pokok teratai, bulan ini adalah bulan yang paling sesuai bagi mereka yang ingin datang ke Tasik Thale Noi, anda boleh melihat lebih dekat bunga-bunga teratai mula kembang dengan cantik. Thale Noi Adalah kawasan lindungan dan sudah diwartakan sebagai kawasan  perlindungan dibawah kawalan kerajaan Thailand.Keluasan Tasik Thale Noi adalah 1,040 km² dan dia bersempadan dengan Wilayah Songkhla Penduduk yang tinggal di sekitar Tasik Thale Noi kebanyakkannya adalah berbangsa siam dan beragama Buddha juga terdapat komuniti kecil Melayu Thailand yang beragama Islam. Aktiviti harian penduduk di Thale Noi adalah bekerja sebagai nelayan dan selebihnya adalah Petani.Bagi yang suka melihat keindahan alam dan peminat photography, masa yang paling sesuai untuk anda datang ke Thale Noi adalah pada waktu sebelum subuh ataupun Sunset dan pada waktu menjelang senja (sunset). Sunrise & Sunset di Thale Noi adalah tersangat cantik dan ia boleh dilihat dengan mata kita sendiri atau dirakamkan didalam kamera. Saya cadangkan kepada anda yang ingin datang melihat matahari terbenam, korang boleh datang ke  Phru Khuan Khi Sian, dan anda perlu menyusuri jambatan panjang yang merentasi paya lembab di Phru Khuan Khi Sian. Di sepanjang jambatan, korang boleh lihat beribu-ribu kerbau yang ada di Paya yang terletak di Phru Khuan Khi Sian. Phru Khuan Khi Sian terkenal rrawaddy Dolphin, ikan lumba yang makin pupus di perairan Thale Noi DSC_8463 Sebelum Sampai di Patthalung, kami singgah sarapan di kedai Mak cik nie, mak cik nie baik, bila diajak ambik gambar, tak segan dan malu, dia boleh pose kat depan kamera. Manu sarapan pagi kami Pulut Ayam DSC_8482 ini adalah kali pertama saya datang ke Thale Noi, pada mulanya agak kurang percaya dengan zaidi, sebab nampak mcm laut, tapi bila tenung lama-lama baru nampak tasiknya, seriously Tasik Thale Noi Memang Sangat luas. Banyak bot penumpang yang boleh bawa korang bersiar disekitar Tasik Thale Noi, harga tak berapa pasti, berapa kadar bayaran yang perlu dibayar dengan perkhidmatan bot penumpang DSC_8580 Kawasan ni di Phru Khuan Khi Sian dan tak berapa jauh daripada Pekan Thale Noi, kalau nak sampai ke sini, kena tanya local kat sana, lagi satu kalau ade Iphone install sahaja application Language yang boleh bantu kita, sebab kat sini ramai orang tak faham cakap English, inikan lagi cakap melayu DSC_8619 Disepanjang jalan menuju ke Phru Khuan Khi Sian, kita boleh tengok tangkoi (orang kedah panggey), kalau sesapa yang pandai ambik gambar, pasti kelihatan nampak cantik tangkoi-tangkoi nie. Tangkoi salah satu cara bagi menangkap ikan dan cara ini juga masih lagi digunakan di negeri diutara Malaysia, seperti kedah & Perlis DSC_8612 Terdapat banyak paya yang ditumbuhi pokok-pokok thai. Kalau nak ambik gambar boleh sahaja berhenti diatas jambatan panjang, tapi pastikan berhenti di tempat yang disediakan, jangan main behenti jek ikut suka hati kita. DSC_8602 DSC_8617 Kalau nasib kita baik, kita boleh tengok awan tu mcm tak berapa tinggi sahaja dari atas kepala kita, tapi memang tak boleh nak pegang. DSC_8556 kalau pusing-pusing kat tasik Thale Noi, Pasti korang akan jumpa dengan kandang-kandang Kerbau nie dekat paya-paya, bukannya sikit tapi banyak kandang-kandang, yang uniknya, kandang-kandang di kelilingi air DSC_8525 Sihat-sihat kerbau kat sini, kalau nak tengok kelibat-kelibat kerbau nie, datang dalam pukul 4.30 petang, kalau datang lewat, kerbau dh masuk kandang DSC_8536 DSC_8510 Penjaga kerbau akan datang pada pukul 4 dan kemudian, akan menghalau kerbau-kerbau masuk kedalam kandang, hebatkan penjaga dia, siap kena naik sampan, baru boleh halau kerbau masuk kandang. sebenarnya kawasan nie dinaiki air, sebab baru-baru nie hujan lebat. DSC_8650 DSC_8671 DSC_8687 untung nasib, kita boleh jumpa orang kutip daun dan bunga teratai, meredah semak untuk menguti bunga-bunga teratai dan setiap bunga teratai akan dijual kepada pembeli, tak sure harga dia berapa :) DSC_8693 DSC_8703 DSC_8669 DSC_8712 DSC_8643 Bunga teratai ni terkenal kepada mereka yang menganut agama buddha, bunga, batang dan daun digunakan dalam upacara keagamaan orang buddha, Waktu kecik-kecik dulu aku selalu jek kutip buah teratai dikampung aku, buah yang mana sebelum menjadi bunga dan kalau dimakan, rasanya lemat manis, tak percaya cuba la DSC_8755 Zaidi banyak membantu aku untuk tau lebih lanjut macam mana nak sampai ke Tasik Thale Noi, kalau tak de dia memang aku tak tau langsung kewujudan tasik nie, tapi yang aku tau tasik dari Songkhla yang mana bersambung ke Thale Noi nie. DSC_8772 DSC_8852 DSC_8854 Kalau di Brighton Beach, Melbourne terkenal dengan rumah warna-warni tapi di Phru Khuan Khi Sian korang boleh tengok satu rumah yang dibina dengan cantik berada di atas air yang mana rumah tersebut tiada penghuni. cantikkan permandangan kat sini, kalau datang sini kena rajin explore sendiri dan senang guna kereta sendiri, nak tau mcm mana prosesnya, aku boleh sharekan kalau korang nak memandu sendiri. DSC_8785 DSC_8821 bila waktu petang ramai pemancing yang datang untung memancing kat sini, tapi rasenya kawasan nie memang tak boleh memancing, sebab kawasan nie telah dipagar rapi oleh kerajaan bagi melindungi hidupan yang ada dikawasan paya DSC_8792 DSC_8801 DSC_8766 Tengok !!! cantikkan waktu sunset kat Tasik Thale Noi nie, tapi ini belum cukup untuk aku untuk menikmati matahari terbenam kat sini. Seriously sunset di Tasik Thale Noi sangat cantik dan menarik, Insyallah aku akan dapat lagi ke Tasik Thale Noi bulan depan dan perlu menginap di Thale Noi Selama 2 hari. Apapun ini sahaja cerita terbaru dari aku, apapun terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca :)

dekatkan diri aku pada maha pencipta

kebebasan dan ketenangan jiwa yang aku dapat waktu menjelajah, merasa diri merdeka dari setiap perjalanan yang aku pilih, ikut hati dimana saja aku ingin pergi, kebebasan dan ketenangan yang aku cari, menikmati sudut ciptaan ilahi, mendekatikan diri untuk mengenali sang pencipta, luas kejadian, luasa pemandangan, berliku cabaran dengan dugaan.



Luatan aku lalui, tetapi tidak termampu aku rentasi, luas kejadian alam wahai pencipta, sampai aku tutup mata, belum pasti habis aku jelajahi. Aku cuba menghayati dan mendalami bertapa hebat keagungan mu ya Allah. Aku bukan mencari nama yang agung, yang di kenali, bukan rekod diri yang aku cari, tapi akan mencari dan menghayati kebesaranmu ya allah. Akan ku didik anak dan generasiku supaya menghargai apa yang dicipta, apa yang dikurnaikan dari mu yang allah. Tidak aku merasa rugi dan menyesal sama sekali, berhabis duit, berhabis tenaga dan menghabiskan masa muda aku untuk menerokai Alam dan kejadianmu ya Allah. Perjalanan aku masih lagi jauh dan benarkan aku untuk terus dan terus mengelilingi dunia yang bulat jadianmu, Biar aku kenal alam, biar aku kenal makhluk, biar aku kenal dari kulit sampai keisinya, kau buka minda, dan kau terangkan hatiku, kau kenalkan aku dengan semua, yang wujud dan yang ghaib

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP