Thursday, November 22, 2012

Annapurna base camp Episod 1




Assalamualakum semua. Untuk blog yang baru nie, aku terpaksa reupload balik ke blog nie, bagi yang dah tengok harap bersabar dan mungkin korang boleh baca atau layan video aku nie lagi dan bagi yang belum tengok, sila layan :). Trip annapurna nie sebenarnya pada awal tahun 2012, bulan 2 hari tu dan waktu nie tak de satu flight airasia atau ke Malaysia airlines yang direct ke Kathmandu, selang 2,3 bulan aku tengok airasia dan buka route ke kathmandu dan tak lupa jugak dengan Malaysia Airlines, agak kecewa gak, sebab aku bayar tiket untuk sampai ke sini mahal, kiranya kalau dengan airasia, aku boleh jimat dalam RM900. Sebelum nie memang aku ada tag airasia pasal video nie, sekali dengan bos besar dia aku tag hahaha, mesej yang aku hantar "Tony please open new route to Kathmandu.

Sekarang kat Nepal memang senang nak jumpa orang Malaysia, tapi susah nak kenal mana orang malaysia, terutama sekali orang muka macam bangsa kita, bangsa melayu, kalau cina pulak, orang fikir china tanah besar, seriously kita beruntung sebab wajah kita sama seakan-akan orang Nepal, sebab apa ?, sebab faktor keselamatan, tak de orang nak kacau kita. Ok la kawan-kawan, korang yang tak tengok layan la video nie, ade banyak episod lagi yang aku nak kena reupload balik. bye-bye :)

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP