Wednesday, November 21, 2012

Video Travelogue Annapurna



Selamat datang sekali lagi pada anda semua ke blog baru aku, yang belum kenal aku, mai rapat-rapat sikit jangan duduk jauh-jauh, mai kita rapatkan tali persabahatan, nama penuh aku Wan Salahuddin Bin Wan Ismail atau lebih dikenali panggilan Udey atau nama komersialnya UDEYISMAIL . Umur aku sekarang dah masuk ke 29 tahun, tahun depan dah ke 3 series, seriously dh rasa macam lebih dewasa sikit.

Aku start travel secara tidak serious adalah pada tahun 2000, daripada dalam Malaysia sampai la keluar malaysia. Pengalaman aku dalam bidang photography sudah masuk ke 8 tahun dalam career seorang photographer dan ramai yang kenal nama udeyismail sebagai seorang wedding photographer dan ada jugak kenal aku seorang travel & travel blogger, minat aku lebih mendalam kearah travel kalau nak diikutkan sekarang.

Dah kahwin ke belum ? 

Sudah berkahwin, kiranya aku kahwin dalam tahun nie jugak, tahun 2012 dan tahun depan bakal menjadi seorang ayah, rezeki Allah kasi sebenarnya tak sangka boleh jadi ayah awal.

Dah kahwin dah ade isteri, boleh ke travel ?, nak pulak lepas nie dah nak ada baby ?

Dah tanya bini, dia bagi green light, kami dua-dua memang suka travel dah setakat sekarang nie alhamdulillah dia faham apa yang aku minat dan aku pon harap apa yang minat, semoga akan kekal pendirian kami berdua, walaupun di bagi tapi tanggungjawab memang aku kena fikir, senang cerita pikiaq sendiri la kot nohhh, tapi tak pe, tiap-tiap tahun aku akan bawak dia jalan-jalan, jalan-jalan tak semestinya pi luaq negara, bawak jalan pi tugu negara ka


Apa perasaan nak jadi Ayah ? 

Memang aku tengah duduk menghitung hari, x sabaq nak tunggu kelahiran dia, baby traveller aku panggil, tak sabaq nak main-main, dalam perut la nie pon aku cuba duk ajak beborak dengan dia. Kalau dia keluaq ja, aku x sabaq nak expose dia dengan luaq, nak bawak jalan-jalan (travel), first sekali nak bawak jalan mengenal dan bersyukur dengan apa yang ada di tanah air sendiri, nak bawak pi tugu negara, dataran merdeka, stadium merdeka dan banyak lagi la, lepas tu baru nak bawak dia pi tengok dunia luaq, harap aku dapat jaga dan bagi pendidikan dunia dan akhirat, Insyallah. Nama dia pon aku letak semperna nama satu tempat kat dunia nie yang mana aku teringin nak pi sangat, tak dak special sangat pon, janji ada nama, senang nak sebut, nak kira nama moden ka pa, itu hak aku lakan janji maksud dia baik, nak tau nama, mana boleh bagi, pakat teka la tengok.

Dunia nie luas bagi aku, sampai aku tutup mata pon belum tentu aku habis berjalanan, harap-harap generasi aku dapat sambung perjalanan aku.

Travel benda yang indah, mengenal dunia, mengenal kejadian, mengenal pencipta, mengenal kawan dan lawan, mengenal baik dan jahat, dan banyak lagi yang kita boleh belajar. Aku bukan niat untuk kumpul stamp passport, aku nak kumpul pengalaman, pengalaman yang berlainan yang mana tidak sama dengan pengalaman yang ada ditanahair sendiri.

Aku sanggup berhutang beribu ringgit semata-mata nak menjelajah dunia(mana ada hutang, aku kata kalau la). Keperluan perlu didahulukan dan kehendak tu, tunggu sat bak hang. Pengalaman tu boleh bawak sampai ke anak cucu, boleh cerita dari generasi ke generasi.

Ok la kawan-kawan sampai sini sahaja la kot, aku duk beletiaq kat hampa semua, harap hampa faham, kalau ada typo error tu, harap maaf la, kalau tak silap memang tak udey la, semua orang tau kalau selalu baca blog aku daripada dulu. kalau ada salah dan silap, aku mohon maaf, tersalah dan terkasar bahasa.

Assalamualaikum....


UDEYISMAIL

0 comments:

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP