Sunday, March 20, 2011

Perjalanan dan Kayuhan di kelantan

DSC_0174 Perancangan nak ke Kelantan adalah perancangan last minit, kalau di ikutkan perancangan nak ke Kelantan lama lagi dan perancangan last minit ni, sebenarnya bukan ke ke Kelantan pon, ikutkan ke Terengganu. Tah mcm mana boleh jadi boring malam tu dan terasa nak buat sesuatu, pada mulanya memang aku fikir nak balik ke Kedah, tapi kalau balik kedah, hasrat untuk ambik gambar dan menjelajah agak terbatas, ye la kalau dah balik kampung dan tak melekat kat rumah, ape pulak kata Mak dan ayah nantikan, rumah jadi tempat tidor, lagi pon rugi jugak kalau aku balik kampung, aku selalu keluar, sebab kat kampung aku nie memang banyak aktiviti yang boleh di buat, pendek kata macam-macam la yang boleh aku buat kalau duduk kat kampung, sekurang-kurangnya itu adalah aktiviti yang berdekatan dengan rumah. Aktiviti yang selalunya aku akan buat waktu dikampung adalah, Menjadi Security Guard (jaga kampung malam-malam, sebab, sekarang nie banyak penyamun curi kabel & curi sekerap getah), Menjadi pemburu Pelanduk(pelanduk boleh di katakan banyak  jugak kat kampung aku, kadang boleh dilihat secara dekat kelibatnya), Memancing (ini paling aku suka), dan melepak di kala senja, cewahh (tengok sunset kat belakang rumah aku, serious memang cantik) Berbalik pada cerita mula, perancangan last minit aku diteruskan selepas idea tu timbul dalam masa yang singkat, rasenya macam idea datang sepintas lalu, so waktu tu, aku buat pilihan untuk drive ke Terengganu. Di Terengganu, plan asalnya, aku akan mula buat kayuhan bersama-sama bicycle touring bermula di kemaman dan sehingga la ke Kuala Terengganu, akan mengikut sepanjang jalan pantai nak menghala ke Terengganu. Dengan Persiapan last minit, aku pon mula la buat route untuk perjalanan aku dan listkan gambar yang aku nak sepanjang perjalanan tu. Walaupun Perancangan last minit, semua senarai peralatan aku sediakan dengan terperinci. Dengan harapan waktu aku berkayuh di sepanjang jalan menuju ke Kuala Terengganu, aku akan dapat 1 pengalaman baru dan cerita baru, dan dengan pengalaman tu, aku dapat kongsi dengan semua orang yang sukakan misi penjelajahan macam nie, walaupun banyak ayat-ayat error kat blog nie, harap korang paham, sebab aku bukan seorang penulis blog yang terbaik dan selalunya penulisan diblog ini adalah catatan kedua dan catatan pertama aku di buku kesayangan aku, mungkin ayat-ayatnya tak sama dengan apa yang ada dalam blog nie. Diharapkan satu hari nanti akan terbit buku travelogue aku sendiri, kalau korang berminat untuk dapatkan, sila bagitau awal-awal ok. Seperti mana yang aku pernah bagitau, aku sangat bersemangat untuk mengembara dengan basikal ini adalah sebab pengaruh yang kuat daripada bahan-bahan bacaan aku, buku yang aku beli di MPH dan Kino. Penulis-penulis buku yang berkenaan dengan Travelogue, banyak memberikan aku semangat. Plan semasa di Terengganu, kalau di lihat dalam list aku, memang best dan aku pastikan, aku akan masuk setiap lorong yang berada dikampung-kampung yang berdekatan dengan persisir pantai itu pun bergantung pada cuaca dan masa. Antara Peneman aku dalam perjalanan tu, Ari  (Kereta kenari aku) & Ikal (bicycle touring kesayangan aku). First sekali aku nak juga kenalkan Ari & ikal nie dan apa watak diorang sebenarnya dalam hidup aku. Ari nie dah lama dengan aku dan hampir 8 tahun kitorang bersama, cuma tak tido sama jek, opss pernah gak tido sama, time aku travel nak save baget, so aku tido la dengan dia. Selama 8 tahun hidup bersama dengan ari, banyak la pengalaman, pengalaman manis dan pengalaman sedih dan kalau nak bercerita bab2 tu, memang blog nie akan jadi panjang la kan, just nak citer sebagai penghargaan jasa dia pada aku. Ari nie antara yang terpenting dalam kehidupan harian aku, sampai la sekarang, dulu waktu aku keje lama, dia la yang bawak aku pusing satu semenanjung, sampaikan meter millage melambung la. Waktu aku duit tak de, dia la jadi saksi kat tepi jalan, sebab dia pon jadi malang, sebab kalau duit tak de, mana nak isi minyak, kadang tu tersadai tepi jalan sebab habis minyak. Ari nie adalah sebagai kenangan dalam hidup aku dan diharapkan aku akan dapat jaga dia dengan baik dan aku harapkan juga, kalau ade ade anak-anak atau cucu, harap diorang jaga la, tu upon kalau tak berkarat besi dia. 5544709682_642f06afe3_z Sessi pengenalan untuk Ikal atau nama penuhnya Basikal, ini kawan baru aku, selepas aku kenal dari beberapa buku kisah dan salah silah dia, so aku setup dia secara kecil-kecilan, tukar barang-barang untuk keselesaan dan diharapkan tak akan memberikan banyak masalah ketika dijalan. Tujuan sebenar aku beli dia, sebab aku nak menjelajah dan aku khaskan dia sebagai kuda aku dan segala baju, sleeping beg & khemah, aku dibawa sekali. Daripada sumber-sumber rujukan, maka wujud la Basikal ini dalam kisah ini. Dengan berbasikal ini, aku sanggup tido ditepi-tepi jalan, itu kalau ade kawan. Aku bukan la kaki berbasikal yang tegar dan kaki basikal yang mengilai kelajuan, apa yang aku harapan dengan berbasikal aku akan menemui cerita baru dalam penjelajahan aku di Malaysia mahupun dimana-mana Cerita balik landasan sebenar, pukul 10 malam, 14 March 2011 aku bertolak daripada rumah Bandar Tasik Permaisuri, menuju ke Lebuhraya MRR2, menuju ke Lebuhraya pantai timur untuk ke Kuala Terengganu dengan semua kelengkapan bersama basikal yang menjadi peneman disebelah, nak gantung luar takut, sebab, kalau jatuh malam2 kat tengah jalan, bahaya jugakan. Dalam perjalanan aku menuju ke Lebuhraya pantai timur, keluar satu setan yang menghasut aku untuk ke Kelantan la pulak, so jadi masalah focus ketika memandu, satu nak ke Terengganu dan satu duk menghasut ke Kelantan dan aku buat kajian balik. Aku berenti di Petronas selepas genting sempah, kat petronas buang apa yang patut dan beli makanan ringan untuk dibawa bekalan dalam kereta dan kat petronas tu la, aku buat keputusan muktamat, aku memilih jalan nak Kelantan. Drive ke Kelantan melalui Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan Sampai la ke Kota Bharu, ini adalah kali ke 2 aku ikut jalan tu, Kali pertama adalah waktu siang tapi kali ini drive malam, rasa risau tu memang ada la, sebab dah masuk pukul 11 malam, drive pulak sorang-sorang kat dalam kereta, sebelum drive tu, aku call terlebih dahulu kawan-kawan yang ada dikelantan, just Tanya pendapat, sesuai dan bahaya tak jalan tu kalau malam. Atas cadangan kawan saya iaitu Pok Cik, aku pun ikut la jalan tu ke Kelantan. Perasaan takut tu memang ada la, sebab pikir kalau minyak habis tengah-tengah hutan ke, dah la meter mati, so agak susah nak bajet, kalau takat kl, memang aku boleh bajet berapa kilometer yang selalunya minyak perlu di isikan, buatnya mati, masak aku kat tengah-tengah hutan tu. Dengan Jiwa kental aku nie, aku beranikan diri untuk drive sorang-sorang dengan harapan jangan nak ada superman kat sebelah aku tengah terbang. Dengan kelajuan 80KM sejam, aku menyusuri jalan yang boleh dikatakan gelap, dengan satu siaran radio pon tak dapat, so aku terpaksa menyanyi sorang-sorang dalam kereta bagi nak menghilangan ngantuk, aku pandang kiri gelap, aku pandang kanan gelap, aku pandang belakang sebab nak make sure ade orang tumpang hehe. Dari arah bertentangan, boleh disaksikan lagak ngeri driver F1 yang membawa Bas yang laju, terasa meremang bulu leher aku nie. Pukul 2.00 pagi aku sampai di stesen minyak shell Sungai Temau sebelum merapoh. Bila tengok sigboard merapoh, teringat tragedi kemalangan ngeri beberapa tahun lepas yang mengorbankan banyak nyawa penumpang bas, terasa insaf sekejap dan tak lupa terasa takut. Berenti di Shell untuk menambah minyak, kasi penuh supaya tak risau dengan masalah minyak habis kat jalan dan rehat dalam 30 minit, sambil menguyah jeruk mempelam sehingga habis. Jarak perjalanan dari Sungai Temau ke Gua Musang adalah 93KM dan mengambil masa 1 jam 36 minit. Dengan keadaan kabus tebal dan jalan yang kurang baik, so jadinya agak mengambil masa yang lama untuk sampai ke Gua Musang. Finally aku sampai di Negeri Kelantan Darul Naim, Negeri yang dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang. Sampai di Gua musang, aku boleh tersalah jalan, tersalah simpang, so kena berpatah balik menuju simpang ke Kuala Krai. Tanpa berenti dimana-mana perhentian rehat di Gua Musang, aku meneruskan perjalanan ke Kuala Krai, dalam hati, lama lagi perjalanan nak sampai ke Kota Bharu. Sepanjang Perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai, kabus tebal menyelumbungi Jalan, membuatkan pandangan aku agak terbatas sikit dan aku pastikan tingkap ditutup dengan rapat. Rasa nak berhenti tapi memandangan aku kena sampai di Kelantan sebelum pukul 8 pagi. Aku sampai di Kuala krai dan seterusnya menyambung perjalanan terus ke Kota Bharu. Alhamdulillah Sampai jugak dan selamat juga aku sampai ke Kota Bharu pada pukul 8.00 pagi. Rehat Sebentar di Hadapan parking bersebelahan dengan Hotel Ridel, rehat untuk beberapa jam, sebelum menunggu rakan-rakan bangun sambil melayan uncle-uncle yang melayan taici di sebelah muzium sejarah. Destinasi seterusnya adalah ke Jalan Long yunus, dimana hostel sementara yang aku akan menginap (gegey studio) milik Joe yang dijaga oleh Pok cik Azmie Sulaiman. Di Gegeystudio la tempat aku beristirehat sebelum menyambung penjelajahan. Destinasi seterusnya adalah Pantai Mek Mas, Kota Bharu, aku akan buat kayuhan pertama, sejauh 30KM daripada Bandar kota Bharu, nak tau apa yang ade di Pantai Mek mas, So tunggu sambungan cerita ini Esok dengan gambar sepanjang perjalanan . Apapun Selamat membaca Pada Anda, Saya memerlukan Pandangan ataupun cadangan anda bagi menampakkan travelogue ini lebih menarik, Jika anda mempunyai sebarang pandangan sila tinggalkan komen anda dibawah UDE_7440g4 selain daripada menjelajah, saya juga adalah seorang jurugambar perkahwinan. Bagi yang ingin melihat hasil kerja saya yang terkini anda boleh layari di http://blog.udeyismail.net dan bookmark jika perlu

Friday, March 18, 2011

Kisah yang akan Datang

UDE_5222 Kampung Melawi, Bachok, Kelantan UDE_5375 Kampung kandis, bachok, Kelantan UDE_5197 UDE_5265 DSC_0094 DSC_0134 Sg Kolok, Thailand, photo by : Jihan Meghaa Ismail Akhirnya penjelajahan di kelantan dah selesai dan diantara tempat menarik yang aku sempat sampai adalah Kota Bharu - Bachok - Tok Bali - Pantai mek mas - tumpat - Tak bai Thailand - Sg kolok. Insyallah segala kisah perjalanan akan dikongsi bersama korang kat blog nie. Disini aku nak memperkenalkan kawan baru aku. Aku bukan la seorang kaki berbasikal, pelumba negara, mahupun seorang pelumba fixi, so basikal nie dh mula jadi kawan kepada aku, selama aku berada kat kelantan, dengan basikal ini la aku menjelajah masuk ke seluruh pelusuk kampung, semata-mata nak melihat kehidupan orang dan nak mencari sesuatu untuk dikongsikan bersama korang, terutama sekali berkenaan dengan gambar. Buat masa ini perjalanan aku dengan berbasikal adalah dengan solo, takat kayuh kat negara sendiri nie tak risau lagi la, kot-kot lepas nie ade plan nak masuk kampung luar daripada malaysia, aku kena cari sorang peneman. muncul minat untuk membeli basikal nie, bler aku terbaca buku yang ditulis oleh beberapa mamat saleh nie, iaitu Harry Roberts, Russ Schneider, Steve Salins and Dennis Stuhaug, diorang menjelajah kepelusut negara semata-mata mencari kepuasan dan ingin melihat dunia, dan tak lupa juga aku ade baca blog zahariz (9000km), kalau korang nak baca citer mamat nie boleh klik link http://zahariz.wordpress.com . timbul rase minat untuk buat sesuatu dengan cara berkayuh, bagi aku, aku nak ambik gambar, betul apa yang diorang cakap dalam buku tu, kalau kita naik bas dan kereta, pandangan kita akan terhalang diantara pintu, tingkat dan cermin dan apa yang steve salin cakap, kalau dia tak berkayuh, sampai mati dia tak akan sampai tempat yang dia idam-idamkan, bayar la travel agensi mana pun, tak akan mungkin diorang boleh bawak kita ke situ, begitu jugak pengalaman-pengalaman saudara zahariz. Sebagai seorang yang suka ambik gambar dan suka melihat kehidupan orang, so aku nekad untuk buat apa yang diorang buat, tak payah nak tengok negara orang, negara sendiri pon ada cantiknya. Segala persediaan dah aku buat sebelum buat kayuhan, latihan secukupnya, tiap-tiap hari, aku akan bawak muatan dalam 20kg berat, ini sebagai persediaan mana tau lepas nie akan ikut jejak langkah diorang dan apa yang diorang ceritakan dalam buku diorang, memberikan aku lebih semangat untuk buat apa yang aku idam-idamkan selama nie dan apa yang ada dalam pemikiran aku "kayuh, cerita & Gambar". Dengan berbekalkan 1 botol air, beg kiri dan kanan berserta dengan Nikon 300s kesayangan, Kit lens 18-55mm dan 50 mm, nak bawak tele foto lens tak boleh, nanti terlalu berat pulakkan. Dengan segala kelengkapan tu, aku meneruskan perjalanan, dengan kelengkapan yang agak terbatas, aku terpaksa menggunakan beberapa kreativiti dan kemesraan diri, bagi menarik perhatian :) Seperti mana pengalaman aku selama di kelantan, semua orang akan memberikan senyuman sepanjang perjalanan aku ketika membuat kayuhan dibeberapa daerah dan diorang anggap aku nie sebagai seorang tetamu. Perasaan takut tu memang la ada, tapi alhamdulillah dan diminta elakkan daripada masalah yang mendatangkan bahaya pada diri aku. Insyallah perjalanan seterusnya akan ke negeri kelahiran saya sendiri iaitu Negeri Kedah Darul Aman dan seterusnya ke Terengganu. Plan ke Luar negara ?, untuk perancangan masa hadapan, insyallah saya akan mengelilingi Pulau Bali, indonesia, jika tidak ada sebarang masalah Menjelajah masuk ke pelusut kampung adalah satu benda yang seronok, disamping tu boleh tengok telatah orang dan pandangan orang pada aku, apapun kalau nak tau lebih lanjut, kena baca travelogue aku nanti okeh. Disini aku selitkan beberapa gambar yang aku perolehi semasa aku masuk dibeberapa kampung di Kelantan

UDE_5767 UDE_5764UDE_5748 UDE_7531 Waktu melawat di adelaide 2 sahabat nie iaitu, Eani & Suryani bawak  berjalan ke hahndorf adelaide, katanya kat hahndorf nie tempat dia best, best pon kena pada musimnya. So kali nie aku nak share sikit kesemua travelogue sewaktu berada diadelaide. Hahndorf, Adelaide : untuk ke Hahndorf mengambil masa dalam 30 minit jika memandu la, kalau ambik bas mungkin lebih sikit minitnya. mengikut cakap Eani & Suryani, kat hahndorf nie mcm pekan lama, vintage area dan di diami oleh orang-orang german, so tarikan kat Hahndorf nie adalah ladang strawberry, tapi nasib tak menyebelahi kami, sebab pegi pon bukan musim dia kan. Kat Hahndorf banyak yang boleh dibeli kalau korang minat dengan barang-barang lama dan tak lupa juga buah tangan yang lain, aku pon hanya beli jem jek, tu pon sebab nak simpan bottle dia jek, nak simpan untuk tatapan masa depan, kalau tengok botol tu, mungkin teringat masa zaman-zaman datang kat Hahndorf. UDE_5776 UDE_5762 UDE_5768 UDE_5755 Di hahndorf kalau korang jenis berminat dengan senibina bangunan lama, boleh la jengok2 tengok kat sanakan, kalau nak bermalam pon boleh sajer dan orangnya sangat saling membantu kalau ada kesulitan masalah tapi jangan la tanya sampai masalah dalaman pulak kan, next time kalau datang musim strawberry, teringin jugak nak datang balik ke Adelaide nie. Memula sampai kat Adelaide rase heran sebab kalau kat malaysia, pukul 5 ptg boleh tengok budak-budak main2 kat depan rumah, depan padang permainan, boleh dengan suara orang, tapi kat Adelaide time-time mcm tu, senyap, tak payah tunggu petang dari pagi sampai ke malam, rase mcm perumahan tu x de penghuni, memang kul 7 tu tak dengar pape, tapi kalau datang malam minggu ade pulak bunyi-bunyi UDE_5786 Lepas dibawak berjalan oleh 2 orang travel guide Adelaide, kitorang lepak kat kedai pak horus penjual kebab, so kat situ boleh la kenal dengan student-student malaysia yang selalu lepak kat situ, disamping tu melayan 1 game, abis dahi aku kena tampal, apapun bagi aku, Adelaide tak la boring, sebab aku nie kaki berjalan, bukan kaki enjoy, datang tempat orang sebab nak tengok apa keindahan yang ade. apapun tunggu next entry pasal travelogue aku ok, apapun terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, December 30, 2010

Watikah penutup 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan semua rakan-rakan disini, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan usaha-usaha saya dalam bidang yang saya ceburi sekarang. Akan hampir masuk ke 6 tahun penglibatan saya dalam bidang photography, masuk tahun 2011, maka masuk la 6 tahun penglibatan saya dalam bidang photography ini. Seawal tahun 2005, bermulanya minat saya dalam bidang photography sekadar minat dan tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang photographer, atas rase ingin mencuba bukan ingin membuat pekerjaan sampingan bagi mendapatkan duit lebih, saya telah mempelajari skill dan strategi business dengan seseorang, disini saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak disana, hampir 2 tahun dalam proses pembelajaran, sehingga la saya mampu boleh berjalan sendiri. Tahun 2005 pada masa tu, antara kita photographer masih boleh dikenali, kerana pada masa tu komuniti dan photographer boleh dikenali tidak pada masa sekarang, macam-macam nama yang saya tidak pernah dengar, pada masa sekarang saya pon terpaksa bekerja keras dan meneruskan semangat daya saing diantara satu sama lain. Selain daripada minat saya sebagai seorang jurugambar perkahwinan, minat saya jugak tercenderung kearah Travel photography. Dalam photography la saya dapat pegi kebeberapa tempat yang saya inginkan, kali pertama saya dapat travel adalah di Thailand, merasai penjelajahan dengan menggunakan keretapi daripada Kuala lumpur hingga ke Bangkok dan pada tahun yang sama, saya ke Indonesia, Seterusnya saya meneruskan perjalanan ke Ireland, Belgium, Vietnam & Australia. Sesetengah daripada setiap perjalanan itu adalah atas percutian dan bekerja serta jemputan daripada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut dibeberapa Negara. Belum puas lagi dalam hidup saya untuk menjelajah lagi kebeberapa tempat yang saya inginkan Tahun 2010 bagi saya adalah tahun yang memberikan kenangan dalam hidup saya, bermulanya atau lahirnya Mukhrizlatif & udeyismail photography secara seriousnya adalah seawal tahun 2010. Untuk pengetahuan Mukhrizlatif & Udeyismail photography masih lagi baru dalam industry jurugambar perkahwinan, walaupun mana kami sudah lama tetapi syarikat yang kami tubuhkan ini masih lagi baru dan memerlukan pembaharuan. Alhamdulillah rezeki 2010 melipah ruah seawal penubuhan syarikat kami. Pada awal penubuhan, syarikat kami di terajui oleh saya sendiri serta Mukhrizlatif dan kini kami mempunyai 4 orang photographer yang telah menjalani proses pembelajaran dalam proses perintis, antara 4 orang photographer tersebut adalah Mohd Ming, Shah Fariz, Syimir & Faiz Ghazali dan tulang belakang kami seterusnya adalah chad selaku designer kami. Pencapaian besar dalam 2010 bagi saya adalah, saya dapat menerbitkan buku pertama hasil daripada usaha gigih saya sendiri dengan sokongan rakan-rakan yang lain, saya harapkan buku itu menjadi satu kenangan bagi saya dan anda semua, simpan la buku itu dengan sebaik-baiknya, kerana nilainya ada yang tersirat. Tahun 2011, Insyallah kalau diizinkan Allah S.W.T, saya akan mengadakan pameran photography yang berkonsepkan Islam di beberapa Masjid di seluruh Australia, jika tidak ada sebarang halangan. Pada 6 April kami berdua akan berada nie United Kingdom bagi sessi photography untuk rakyat-rakyat Malaysia yang menetap di sana nanti. Diharapkan tahun 2011 ini akan memberikan kami semangat baru bagi mereliasasikan azam baru kami untuk tahun 2011 ini. Jika Diberikan Kesihatan yang baik, umur yang panjang, kami akan sedaya-upaya lakukan yang terbaik untuk diri kami dan untuk mereka yang memerlukan kami. Sekali lagi diharapkan 2011 akan membawa lembaran baru dalam hidup kita Disertakan slideshow gambar sepanjang 2010, untuk dijadikan  tatapan anda, segala hasil kerja saya dalam tahun 2010 dihimpunkan semula dalam bentuk slideshow

sekali lagi sebelum tutup kedai,yang ade beberapa jam lagi, mungkin lepas nie dah tak de jual online mcm nie lagi, mungkin kena cari kat bookstore, mulai bulan depan, Insyallah. Jualan penutup tahun 2010, Dapatkan buku a picture is worth a thousand words by udeyismail dengan 30% Diskaun, Last day promotion sebelum masuk ke 2011

Wednesday, December 22, 2010

Next Entry

UDE_9110 UDE_9078 Blog ini sepi untuk seketika waktu, so nak tengok entry terbaru mungkin selepas kerja-kerja atau tugasan yang penting diselesaikan terlebih dahulu. Banyak gambar yang aku nak kongsikan disini dan diselitkan sekali dengan cerita dan pengalaman menarik sepanjang penjelajahan di beberapa tempat yang pernah aku lawati. Untuk beberapa minggu nie, aku agak sibuk dengan beberapa tugasan yang melibatkan Travel, menyiapkan kerja-kerja mengikut dateline yang telah ditetapkan dan insyallah tidak lama lagi segala kerja dan tugasan akan selesai sepenuhnya. Aku akui banyak perkara yang ingin aku kongsikan disini terutama sekali kisah yang baru dan kisah yang lama, apapun terima kasih pada korang semua

Sunday, December 5, 2010

Wayang Kulit

Wayang kulit adalah seni, Warisan Dan budaya bagi negara kita. Sehingga ke hari ini Wayang kulit masih lagi dimainkan di beberapa negara di Asia, seperti di Malaysia, Thailand Dan Indonesi. Mengikut sejarah Wayang kulit, Wayang kulit berasal daripada tanah jawa. Wayang kulit Kelantan dikatakan berasal daripada Burma dan Selatan Thailand, Permainan wayang kulit dikelantan dimainkan dalam loghat Kelantan dan kini telah dimodenkan dengan pelbagai isu semasa dan ade daripadanya masih lagi dimainkan dalam kisah Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana. Bagi di kedah, dikenali wayang gedek, yang dimainkan dalam loghat Utara. Bagi Wayang kulit yang dimainkan dikedah, cara penyampainnya adalah dalam loghat kedah dan telah dimodenkan dengan isu-isu semasa yang berlaku dimalaysia, ia adalah sebagai hiburan kepada semua golongan yang tinggal dikawasan utara. Bagi dikedah Watak Etong dan  dan ekau tidak asing lagi, apabila disebut wayang kulit, pasti orang akan bercakap tentang wayang kulit seri asun, kubang pasu. Pak majid adalah orang penting dalam mengendalikan wayang kulit seri asun, atau lebih dikenali dengan tok dalang. Gelagat permainan wayang kulit seri asun ini boleh menghiburkan semua orang yang datang. DSC_1276 DSC_1123 Bagi aku, dari kecil lagi, aku memang dibesarkan dikampung, sempat jugak untuk merasai atau menonton wayang kulit seri asun. Dulu wayang kulit seri asun memang aktif di kawasan kedah, menjelajah kepelusuk pendalaman dikedah pada waktu tu, Apabila mendengar sahaja persembahan wayang kulit, budak-budak pasti akan menyebut nama watak etong dan ekau, watak yang mencuitkan hati semua lapisan daripada tua dan muda. dapat sambutan pada waktu tu mungkin sebab siaran tv pon x banyak dan aktiviti kampung pon kurang. Teringat lagi pada umur aku dalam 9 tahun, sanggup ponteng kelas mengaji Al-quran semata-mata nak menonton wayang kulit seri asun, kalau tak sempat, memang kena beli kaset waktu tu, kerana tak mahu tertinggal dengan perkembangan terbaru dan cerita-cerita baru, so kena laburkan duit dalam rm5 untuk 1 kaset. Daripada itu, aku cuba dapatkan balik semua gambar-gambar yang permainan kulit untuk disimpan untuk personal collection. Mungkin satu hari nanti, Permainan wayang kulit ini akan dilupakan oleh generasi-generasi baru, maka hilang la seni dan kebudayaan yang kita warisi sehingga sekarang dan kita patut berbangga dengan apa yang ada dinegara kita, masih luas muka bumi malaysia ini untuk kita terokai dan mencari apa dalam seni kebudayaan negara kita, Apapun layan dulu slideshow kat atas tu ok

Thursday, December 2, 2010

Thank you Lonely planet images

UDE_8677 UDE_8683 UDE_8684 Barang atau hadiah yang dinanti telah pon sampai. Hadiahnya daripada lonely planet images dengan usahasama nokia, sebenar pada mulanya aku ade join contest lonely planet, One planet. 100 million. diorang mencari gambar-gambar untuk wajah-wajah dunia. Apa yang buat aku berminat sangat nak join contest 100 million nie sebenarnya, aku nak cuba nasib untuk menang tiket penerbangan keseluruh pelusut dunia. Harapan untuk menang tu memang agak susah jugak sebab boleh dikatakan 1 dunia join contest nie dan ade kelebihan pada negara-negara masing. Bagi penyertaan paling banyak adalah dari India, apa yang aku dapat tengok dari list. Untuk mencuba nasib aku pon submit dalam 4 keping gambar yang bercirikan Tourism Malaysia, cuba-cuba la mana tau ade nasib boleh menang. 2 bulan selepas contest 100 million, aku dapat email daripada lonely planet yang mengatakan aku tersenarai dalam 50 orang peserta bagi finallist stage dan dalam email tu cakap, antara 50 orang finalist akan memenangi Nokia mini N95 Gold Edition, so diorang mintak detail bersurat, tak boleh pakai email kena pos by letter kepada diorang di Melbourne. Agak happy juga pada mulanya, sebab dapat masuk finalis untuk menang tiket penerbangan keseluruh dunia dengan money pocket 50,000 USD . Masa yang diberikan dalam 1 bulan untuk diorang select gambar-gambar terbaik. Didalam senarai penyertaan mengikut negara, hanya 4 orang daripada Malaysia, so aku wakilkan orang melayu dalam tu, Paling ramai adalah daripada india. Finally keputusan pon dah keluar, siapa yang menang grand prize pon dah kelua di website lonely planet, yang banyak menang adalah peserta daripada india dan aku rasekan ade kelebihan pada diorang yang diorang gunakan kelebihan yang ada pada negara diorang, ye la negara diorang nie penuh dengan warna warni perayaan dan kebudayaan yang selalu disambut, apapun aku ucapkan Tahniah kepada pemenang 100 million. Keputusan pon dah dapat, so redha dengan setiap keputusan yang dibuat oleh juri lonely planet. walaupun tak menang tapi, dapat Handphone Nokia mini N97, sape yang nak bagi free kan. Tahun depan kalau ade lagi contest lonely planet, insyallah aku nak mencuba nasib, kalau boleh aku sedaya upaya nak tonjolkan Malaysia pada diorang

Followers

  © udeyismail Udeyismail by udeyismail 2008 'DEPARTURES BY UDEYISMAIL'

Back to TOP