Assalamualakum semua. Untuk blog yang baru nie, aku terpaksa reupload balik ke blog nie, bagi yang dah tengok harap bersabar dan mungkin korang boleh baca atau layan video aku nie lagi dan bagi yang belum tengok, sila layan :). Trip annapurna nie sebenarnya pada awal tahun 2012, bulan 2 hari tu dan waktu nie tak de satu flight airasia atau ke Malaysia airlines yang direct ke Kathmandu, selang 2,3 bulan aku tengok airasia dan buka route ke kathmandu dan tak lupa jugak dengan Malaysia Airlines, agak kecewa gak, sebab aku bayar tiket untuk sampai ke sini mahal, kiranya kalau dengan airasia, aku boleh jimat dalam RM900. Sebelum nie memang aku ada tag airasia pasal video nie, sekali dengan bos besar dia aku tag hahaha, mesej yang aku hantar "Tony please open new route to Kathmandu.
Sekarang kat Nepal memang senang nak jumpa orang Malaysia, tapi susah nak kenal mana orang malaysia, terutama sekali orang muka macam bangsa kita, bangsa melayu, kalau cina pulak, orang fikir china tanah besar, seriously kita beruntung sebab wajah kita sama seakan-akan orang Nepal, sebab apa ?, sebab faktor keselamatan, tak de orang nak kacau kita. Ok la kawan-kawan, korang yang tak tengok layan la video nie, ade banyak episod lagi yang aku nak kena reupload balik. bye-bye :)
Selamat datang sekali lagi pada anda semua ke blog baru aku, yang belum kenal aku, mai rapat-rapat sikit jangan duduk jauh-jauh, mai kita rapatkan tali persabahatan, nama penuh aku Wan Salahuddin Bin Wan Ismail atau lebih dikenali panggilan Udey atau nama komersialnya UDEYISMAIL . Umur aku sekarang dah masuk ke 29 tahun, tahun depan dah ke 3 series, seriously dh rasa macam lebih dewasa sikit.
Aku start travel secara tidak serious adalah pada tahun 2000, daripada dalam Malaysia sampai la keluar malaysia. Pengalaman aku dalam bidang photography sudah masuk ke 8 tahun dalam career seorang photographer dan ramai yang kenal nama udeyismail sebagai seorang wedding photographer dan ada jugak kenal aku seorang travel & travel blogger, minat aku lebih mendalam kearah travel kalau nak diikutkan sekarang.
Dah kahwin ke belum ?
Sudah berkahwin, kiranya aku kahwin dalam tahun nie jugak, tahun 2012 dan tahun depan bakal menjadi seorang ayah, rezeki Allah kasi sebenarnya tak sangka boleh jadi ayah awal.
Dah kahwin dah ade isteri, boleh ke travel ?, nak pulak lepas nie dah nak ada baby ?
Dah tanya bini, dia bagi green light, kami dua-dua memang suka travel dah setakat sekarang nie alhamdulillah dia faham apa yang aku minat dan aku pon harap apa yang minat, semoga akan kekal pendirian kami berdua, walaupun di bagi tapi tanggungjawab memang aku kena fikir, senang cerita pikiaq sendiri la kot nohhh, tapi tak pe, tiap-tiap tahun aku akan bawak dia jalan-jalan, jalan-jalan tak semestinya pi luaq negara, bawak jalan pi tugu negara ka
Apa perasaan nak jadi Ayah ?
Memang aku tengah duduk menghitung hari, x sabaq nak tunggu kelahiran dia, baby traveller aku panggil, tak sabaq nak main-main, dalam perut la nie pon aku cuba duk ajak beborak dengan dia. Kalau dia keluaq ja, aku x sabaq nak expose dia dengan luaq, nak bawak jalan-jalan (travel), first sekali nak bawak jalan mengenal dan bersyukur dengan apa yang ada di tanah air sendiri, nak bawak pi tugu negara, dataran merdeka, stadium merdeka dan banyak lagi la, lepas tu baru nak bawak dia pi tengok dunia luaq, harap aku dapat jaga dan bagi pendidikan dunia dan akhirat, Insyallah. Nama dia pon aku letak semperna nama satu tempat kat dunia nie yang mana aku teringin nak pi sangat, tak dak special sangat pon, janji ada nama, senang nak sebut, nak kira nama moden ka pa, itu hak aku lakan janji maksud dia baik, nak tau nama, mana boleh bagi, pakat teka la tengok.
Dunia nie luas bagi aku, sampai aku tutup mata pon belum tentu aku habis berjalanan, harap-harap generasi aku dapat sambung perjalanan aku.
Travel benda yang indah, mengenal dunia, mengenal kejadian, mengenal pencipta, mengenal kawan dan lawan, mengenal baik dan jahat, dan banyak lagi yang kita boleh belajar. Aku bukan niat untuk kumpul stamp passport, aku nak kumpul pengalaman, pengalaman yang berlainan yang mana tidak sama dengan pengalaman yang ada ditanahair sendiri.
Aku sanggup berhutang beribu ringgit semata-mata nak menjelajah dunia(mana ada hutang, aku kata kalau la). Keperluan perlu didahulukan dan kehendak tu, tunggu sat bak hang. Pengalaman tu boleh bawak sampai ke anak cucu, boleh cerita dari generasi ke generasi.
Ok la kawan-kawan sampai sini sahaja la kot, aku duk beletiaq kat hampa semua, harap hampa faham, kalau ada typo error tu, harap maaf la, kalau tak silap memang tak udey la, semua orang tau kalau selalu baca blog aku daripada dulu. kalau ada salah dan silap, aku mohon maaf, tersalah dan terkasar bahasa.
Bertolak daripada guesthouse pukul 5.00 pagi untuk ke stesen bas.
Perjalanan bergantung pada keadaan jalan. Jika factor jalan kurang elok
Perjalanan akan menjadi lebih lama. Sepanjang perjalanan boleh tengok
View pergunungan yang cantik. Sampai di Syabru besi dan bermalam
Day 4. SYABRU BESI TO LAMA HOTEL (2470m) 5 jam
Akan menyusuri kawasan berbukit. Berhenti di check point Rimche (2400m) minum dah rehat, seterusnya sambung perjalanan ke bamboo (1960m) untuk makan tengahari. Trek seterusnya akan berakhir di Lama hotel, Kalau bernasib baik, boleh tengok panda dan monyek putih di pengakhir trek. Bermalam nie Lama hotel
Day 5. LAMA HOTEL TO LANGTANG VALLEY (3430m) – 6 jam
Bergerak seawall pagi dan akan melintasi kawasan glimpses langtang Lirung. Akan melalui post kawalan tentera, bayaran kepada tentera Nepal 1000 rupee bagi National Park free, kalau bawa video 1000 rupee. Akan melalui kawasan dan perkampungan Tibet. Bermalam Teahouse yang terdapat di Langtang valley
Day 6. LANTANG TO KYANJIM GOMPA (3870m) 3 Jam
Mendaki ke Kyanjim gompa dalam ketinggian (3860m) dan terdapat kawasan monastery dan singgah untuk mintak kebenaran bagi mengambil gambar dikawasan monastry. Boleh tengok YAK cheese Factory, sangat berbaloi jika singgah lama disini
Day 7 – 8 . LANGTANG VALLEY & RETURN TO SYABRU BESI
Daripada Kyanji Gompa boleh mendaki ke view point (4300m) tengok glaciar dan pemandangan langtang lirung.
Balik ke Syabru besi atau sama ada sambung trek ke Gosainkund Trekk. Kalau nak balik kena ambik bas daripada Syabru besi ke Kathmandu
Assalamualaikum dan Salam sejahtera pada semua kawan-kawan, aku nak ucapkan selamat datang ke blog travelogue aku. Sebelum nie memang aku dh bermula berblog pasal travel nie di blog lama aku, disebabkan masalah teknikal, aku ambik keputusan untuk mengasingkan blog travel aku, so pemilihan nama dengan "departures by udeyismail". Aku cuba lakukan sesuatu yang boleh dikongsikan bersama-sama dengan korang.
Pertama sekali aku memerlukan masa untuk cari balik gambar-gambar lama atau gambar-gambar permulaan, kalau pertama menjelajah ke negara orang. Blog nie tak semestinya aku kena cerita pasal negara-negara luar yang aku pernah sampai, kalau boleh aku nak bercerita dengan korang tempat-tempat yang menarik di Negara kita sendiri.
Bagi kawan-kawan yang belum bookmark blog nie, korang sila dan sudilah bookmark blog aku nie, kalau korang ada blogspot, jangan lupa follow blog nie. Apapun Aku akan sentiasa mencari cerita-cerita baru untuk dikongsikan bersama-sama dengan korang semua. chowww!!!
Sebelum korang nak melayan gambar-gambar iphone aku, aku nak bagitau korang, sekarang aku dalam proses menulisan buku aku, buku terbitan kedua. So sekarang masih lagi dalam proses, kena tulis dulu apa yang patut. Sebelum ni, buku pertama, hanya mengfokuskan kepada photography, tapi buku kedua ini akan melibatkan photography, cerita yang berdasarkan kisah benar sewaktu aku menjejakkan kaki di Annapurna base camp, semua penulisan aku adalah mengikut hati dan pengalaman sendiri, amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan bagi kawan-kawan yang suke travel termasuk la kepada photographer yang meminati Travel photography.
Terbitnya buku kedua ini adalah hasil usaha aku sendiri, mungkin tidak ada bantuan daripada mana-mana pihak, segala kos kos perbelanjaan di tanggung aku sendiri, bagi aku cara itu adalah paling terbaik untuk diri aku. Kalau nak cerita selanjutnya kena tunggu buku nie keluar.
Bagi yang nak membuat tempahan buku ini, sila emailkan ke udeyismail@gmail.com.
Masa aku kat nepal, kamera iphone adalah peneman aku, kamera mudah dan tak berat. Daripada Kathmandu sampai la ke Annapurna base camp dan alhamdulillah tak ada masalah apa-apa, rasa cuak jugak pada mula, waktu berada dalam keadaan cuaca minus 20, lain macam jek hp aku. Ok aku tak nak citer pasal tudung, aku tak nak citer pasal style fesyen, aku nak share dengan korang gambar yang aku snap menggunakan iphone + Instagram, layan dulu
Hello everyone! My name is Udeyismail. I am Travel blogger & Travel photographer. I am here to blog about travel experience and tips on Travel photography & Travelling tips and i look forward to more!. I also contribute my work for a few international photo agency in Australia.I specialize in documentary coverage. I'm well positioned to shoot Wedding, Potraiture, Commercial & Travel anywhere in Malaysia & Australia. hope you all Enjoy!